Monday, June 20, 2011

pengajaran dan pembelajaran berkesan

Si comel ini anak kakak sepupuku. Bulan September ini cukup dua tahun umurnya.

Berjumpa dengannya ketika majlis persandingan sepupu lelakiku di Kajang bulan lepas. Aku mendukung dia dan membawa ke sekitar dewan. Dalam dewan itu ada penyaman udara terletak di setiap tiang batu.

lebih kurang macam ni

Aku bawa dia menghampiri penyaman udara itu. Mendekatkan mukanya sehingga terasa angin sejuk menyapa wajah dan rambut kerinting dia. Sambil itu aku mengajar dia,

"Aircond..sejuk"

Setiap kali kami berjalan berdekatan dengan penyaman udara, aku akan ulang ayat yang sama. Bila aku tanya,

"Aircond?"

Dia mampu membalas, "Sejuk"

Aku ceritakan semuanya kepada ibu dia. Haha! Makcik terlebih excited.

Tiga minggu selepas itu, aku mendapat SMS dari kakak sepupuku.

"Salam. Dill, tiba-tiba je Wafeeqa cakap 'ayah, aircond..sejuk, aircond..sejuk' sambil tunjuk kat aircond kereta. Selalu cakap 'sejuk' je. Ayah dia surprised. Baru I ingat sapa cikgunye ;-)"

Aku excited sungguh dan membalas SMS, "Eh, dia ingat lagi?"

"Tu la pasal..cikgu dia bkesan nih, hehe"

Habis semua orang aku ceritakan tentang ini. Sekarang, sudah 15hari berlalu, aku masih excited bercerita tentangnya dalam belog. Kamu semua layankan je lah~

Haha!

ciaO.

21 comments

June 20, 2011 at 6:44 PM

memang ada kualiti jadi cikgu,haha
time kecik-kecik ni la mudah nk ajar
apa-apa pun senang je depa ikut

June 20, 2011 at 7:25 PM

cara yang bagus :)

June 20, 2011 at 7:27 PM

wuaaa... mesti pandai ajar anak nanti ni...

June 20, 2011 at 8:37 PM

hahahaaa...suweeet je anak kakak sepupu tu..
biasala budak2 kan, die cepat ingat..so, PnP dill berkesan..
yeayy !!!

June 20, 2011 at 8:40 PM

baguih la teacher ni..
nak mntk kelas tuisyen...
hihi

Anonymous
June 20, 2011 at 8:43 PM

baikkkkkk
layan

June 20, 2011 at 9:14 PM

assalam cik dill :)
wah, lepas ni xleh panggil aunty dill tpi tcer dill. hehehe

Anonymous
June 20, 2011 at 9:39 PM

budak2 kecik kena ajar slow2.
dengan cakap lembut.
then dia akan cepat ingat.
sebab tu cikgu tadika lembut je.
then ramai peminat.
(tetiba rasa nak jadi cikgu tadika)
hehehe

June 20, 2011 at 10:00 PM

tahniah sebab berjaya menjadi pendidik terbaik.... comel je anak kazen miss dill ;)

June 20, 2011 at 11:42 PM

nak mintak ajar juga ngan cikgu dill..hihi

June 21, 2011 at 12:20 AM

ye sy lyn ni.. huhuhu.. tp mmg btol ekon sjuk.. kot pahni dill nk ajr len plk? ekon ttup tak sejuk! hahaha.. bg die ulangv2 pkataan tu plak.. =D

June 21, 2011 at 12:40 AM

comel... jadi la cikgu baru best...

June 21, 2011 at 1:45 AM

cikgu dia memang terbaik... bagos dill.. heheh!!~


cute budak tu :)


^^

June 21, 2011 at 1:59 AM

wah bagus lah cik dill ni... bijak dalam hal mendidik... nanti boleh la qayyim jadi anak murid cikgu ye...he he he

June 21, 2011 at 11:27 AM

cikgu yg betul2 berkaliber... hehe

June 21, 2011 at 12:04 PM

budak memang cepat tangkap.

June 21, 2011 at 1:51 PM

pmdai dill layan bdak2 ek...hehehe.

hehe..comel je.."aircond...sejuk"heheeh

June 21, 2011 at 4:14 PM

dill hang mmg bagush... banyak ank murid hang akn bejaya nanti.. hahah bukn sume org ade talnet nak ngaja okayy hahahah

Anonymous
June 21, 2011 at 4:33 PM

Bukti kehebatan seorang cikgu. Hehehe.

June 21, 2011 at 5:33 PM

budak2 kan..kena jar sambil wat praktikal..baru diorang ingat..hehe

June 21, 2011 at 6:51 PM

kamu mengajar dgn ikhlas cikgu, congrats !!

Post a Comment