Thursday, June 9, 2011

binatang terhangat di pasaran

Peringatan: Kepada pencinta haiwan di luar sana, entri ni mungkin sedikit sebanyak akan mengguris hati suci kamu. Sile tekan butang pangkah di atas sana ya.

Hampir dua puluh tahun kami menetap di perkampungan ini. Tidak tinggal di kawasan perumahan atau rumah-rumah taman. Senang cerita, kampung. Aku budak kampung. Walau bagaimanapun aku tidak tahu bagaimana rasanya memanjat pokok kelapa. Hanya sempat memanjat pokok rambutan dan cempedak rendang. Sungguh tidak mencabar kan.

Tidak berpeluang bergelumang dengan bendang (sawah padi) kerna kampungku tidak punya satu. Setakat lintah dan pacat, memang  berlambak di kawasan rumah. Lembu-lembu milik Babaji gemar melepak di sini suatu ketika dahulu. Setiap kali ingin menyidai pakaian, sudah pasti ada seekor pacat sedang syok menghisap darah di celah jari kaki.  

Oh. Aku sudah tersasar dari tajuk utama cerita.

Dahulu kawasan rumah aku sangat sunyi. Sunyi boleh diibaratkan bila sebiji cawan plastik melantun-lantun jatuh ke lantai, gema bunyinya mampu memecah keheningan rumah. Bingit. Keadaan ini sangat sesuai untuk belajar. Cuma dua tiga tahun kebelakangan ini ketenteraman kami dicabuli dengan segerombolan binatang jahat, menceroboh masuk sana sini.

Mencuri makanan dari dapur, mengkucar-kacirkan barangan dapur, memecahkan atap genting rumah, mengotorkan pakaian di ampaian, menari salsa atas kereta dan macam-macam lagi angkara bangang mereka. Asalkan ketua jantan atau jantan dominan ada, mereka rasa mereka hebat dan kuat. Pernah cuba menyerang Emak kerna Emak cuba menghalau mereka pergi. Nasib baik adik lelakiku ada di rumah. Sepantas kilat binatang itu lari. Jika tiada senjata di tangan, lupakan niat untuk menghalau mereka.

Sudah banyak kali diadukan perkara ini kepada pihak berkuasa. Mereka pernah datang untuk menangkap binatang itu. Namun binatang itu lebih bijak. Mereka hilang tanpa kesan bila Majlis Perbandaran menjenguk kawasan perkampungan.

Setiap hari mereka akan datang melompat-lompat atas atap rumah dan menggegarnya seperti mahu roboh. Aku terasa mahu tembak binatang itu sampai mati. Bunyi kejam. Tetapi mereka sudah melampau. Teringat menonton Majalah 3. Kanak-kanak cedera teruk diserang binatang ini. Takkan mahu tunggu ada nyawa melayang baru tindakan sehebat lautan akan diambil.

ini kamu kata comel? damn.

38 comments

June 10, 2011 at 12:48 AM

parah dah ni dill. tembak je. huu

June 10, 2011 at 1:16 AM

tiap2 petang gua menebas dan tiap2 petang tu jugak 4 ekor babi hutan akan teman gua buat kerja... x rasa nak tembak, rasa nak bela lah pulak

June 10, 2011 at 1:30 AM

comey ape..
die senyum kt kita..
hihi

June 10, 2011 at 2:36 AM

org ckp beli patung harimau letak kat tempat monyet ni selalu lepak....


tak pun cik dill beli mercun baling kat monyet tu...hehehe...

June 10, 2011 at 2:43 AM

Pihak berkuasa yg malas nak gunakan kuasa..mmg selalupun bila da ada nyawa yg melayang baru nak terhegeh2 cari jalan penyelesaian..huhuh~

June 10, 2011 at 7:47 AM

perghhh die nih sagt sadis.. ske curi brg2 dalam plak tuh hahahah

June 10, 2011 at 8:37 AM

tak payah susah2 mina... bela jea... boleh buat teman cari kutu... hoho...

June 10, 2011 at 8:41 AM

@saya afi
tak tau sape yang bleh tembak. diorang bijak

June 10, 2011 at 8:42 AM

@JARI YANG TERBARAI
babi hutan? bahaya tu bro

June 10, 2011 at 8:42 AM

@ïêmå å¢klê§
tau la die kawan baik iema

June 10, 2011 at 8:42 AM

@KUREKURE COMEL
rasenye patung2 ni die buat main je. mercun dah tak laku dah. diorang tak heran

June 10, 2011 at 8:43 AM

@~SaL IjOu~
entahlah. diorang pun penin gak kot

June 10, 2011 at 8:43 AM

@k a k L a m p
haha. die tak curi. die kotorkan ngan tanah

June 10, 2011 at 8:44 AM

@Nasriq
hihi. mcm2

June 10, 2011 at 8:58 AM

panggil perhilitan. :)

June 10, 2011 at 9:00 AM

saya tak cinta haiwan ni..

HAHHAHHAHHA

June 10, 2011 at 9:03 AM

@KAMIHIDUP
sedang cuba diusahakan

June 10, 2011 at 9:03 AM

@muhamad hanif
bagus. jadi, mari kite hentam binatang ni!

June 10, 2011 at 9:31 AM

grrrr!!! binatang tuh musuh ketat Miz kat kolej, setiap hari masuk asrama pompuan... asrama laki taknak pulak masuk~~~

June 10, 2011 at 9:54 AM

comel.kalau dpt tangkap,
bagi iqa pelis.hahah

June 10, 2011 at 9:57 AM

ini kalau yg jinak py cute kot...hi3

June 10, 2011 at 10:31 AM

tak comel
menakutkan

June 10, 2011 at 11:06 AM

rsnya ada kuar dlm tv psl isu ni..lupa kat area mana diorng highlight hari tu..

sy tkut dgn spesies ni..ntah la..xtau kenape..

Anonymous
June 10, 2011 at 12:24 PM

ko cr kat internet cara buat perangkap monyet. dah tangkap bg kat zoo

June 10, 2011 at 1:03 PM

mesti rimas kot...dulu wktu kwsan perumh depan nk dibgunkn,ktorng kna serng ngn burung gagak...seram...

June 10, 2011 at 5:11 PM

@Miz Novexx
diorang memilih gak. die tahu orang pompuan tak bape berani, tu sbb die serang kite

June 10, 2011 at 5:11 PM

@syafiqakarim
no problem. amik la semua :)

June 10, 2011 at 5:11 PM

@Ct Aja
oh no. no. no.

June 10, 2011 at 5:13 PM

@Anis Mohd
tidak akan comel. selamanya.

June 10, 2011 at 5:14 PM

@Khairul Antasha
spesis ni berbahaya. gigit manusia

June 10, 2011 at 5:14 PM

@Aimi dan Pakcik Hashim
diorang bijak, kapten. kitorang dah tak tau nak buat mcm mane

June 10, 2011 at 5:14 PM

@Nonie
sangat rimas. geram sangat2

June 10, 2011 at 5:28 PM

Baa~ CAK!!

Tips: masuk kn beberapa batang jarum kedalam telur rebus yg sudah di kupas kulitnya. Hidangkan lah kepada sang hanuman tu.. Pasti mereka menyesal.

Anonymous
June 10, 2011 at 6:20 PM

oh saya sangat benci binatang ini! harap je comel -,-

June 10, 2011 at 9:02 PM

adei...diorg ni mmg...

sekeh kang..hihihi

June 10, 2011 at 10:13 PM

@Aliana Ruhizat
oh. tidak comel sama skali

June 10, 2011 at 10:13 PM

@senyumSOYA
sekeh tak cukup. tembak!

June 10, 2011 at 10:13 PM

@diana
die pnah masuk umah saye :(

Post a Comment