Tuesday, June 14, 2011

hiasan tambahan

Malam ini aku ingin bercerita tentang pengalaman aku makan di luar. Restoran atau kedai makan. Rata-rata daripada kita memilih untuk makan di luar akibat kekangan masa. Famili aku juga tidak terkecuali dari keadaan ini. Salah satu kisah yang tidak dapat aku lupakan sewaktu aku tingkatan lima. Kebetulan Emak pergi ke pekan pada hari itu. Alhamdulillah, boleh aku menumpang balik sekali. Kalau tidak, setiap hari aku akan menapak ke stesen bas yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah menengah.

Disebabkan aku sudah kebulur, Emak mencadangkan agar kami makan tengahari di kedai. Aku seperti orang mengantuk disorongkan bantal, terus setuju. Sampai sahaja di kedai makan, aku memilih untuk makan naik campur. Aku ambil nasi putih berlaukkan ayam merah. 

Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma bariklana fii ma rozaktana waqina 'azabannar. Ameen.

Aku makan dengan penuh berselera. Orang lapar katakan. Sedang syok-syok aku menyuap nasi, aku terlihat ada benda seperti menguit-nguit di celah daging ayam. Aku teliti ayam itu dan aku terlihat sesuatu yang tidak menyenangkan. Aku tolak pinggan dan memberitahu Emak bahawa ada ulat lalat hidup di celah daging ayam. Emak terkejut lalu melihat pingganku. Emak geleng kepala. Bagi mengelakkan kami membuka aib empunya kedai, Emak memanggil salah seorang pekerjanya. Emak memberitahu dia tentang ulat itu. Aku tidak pasti sama ada pekerja itu menyampaikan tentang ulat tersebut kepada empunya kedai.

Emak bertanyakan sama ada aku masih mahu makan atau tidak. Perut aku masih berkeroncong. Hanya sedikit sahaja nasik sempat kujamah sebelum menyedari kehadiran ulat itu. Aku memesan kuey teow goreng. Apabila kuey teow goreng sampai, aku sudah tidak mampu untuk menelan. Barangkali aku masih terbayang ulat menguit-nguit itu. 

Argh!

Tamat.

ciaO.

25 comments

Anonymous
June 14, 2011 at 11:36 PM

benci kedai yang macam itu
tak jaga kebersihan
-.-

June 14, 2011 at 11:38 PM

kalau Miz mesti dah menjerit, seramnya citer ni Miss Dill
Miz n family pon suka makan kat luar,lepas ni kena hati hati laa

June 14, 2011 at 11:48 PM

err..dah berapa lama lah daging tu kn.

June 14, 2011 at 11:52 PM

bw here...

come vst my blog ya..
=)

June 14, 2011 at 11:55 PM

mesti sedap ulat tu hahaha

June 15, 2011 at 12:06 AM

woaa~ pengotor giler itu kedai. dill buleh saman tauu kedai tu..

p/s. itulahh kalu org yg tlalu kejar keuntungan, smpaikan pelanggan jd mangse. ish3~

Anonymous
June 15, 2011 at 12:23 AM

erk
muntah2

June 15, 2011 at 12:37 AM

xdpt bayangkan kegeliannya.. eeee

Anonymous
June 15, 2011 at 12:39 AM

sal tu saya tak suka makan luar, kat uma lagi selamat... :)

June 15, 2011 at 1:04 AM

baru-baru ni pun saya alami benda yang sama. kedai makan lauk pauk.. dah makan 3/4 pinggan baru perasan telur lalat kt celah2 sayur kobis yang diambil..

p/s:nasib la dah kenyang time tu, takde la marah sangat kan ~.~ lalala~

June 15, 2011 at 1:26 AM

emak miss dil baik hti,,xkecoh2 pasl mknan da ulat tp kdg2 ada org bila jdi mcm tue samapi nk saman2 taw.

June 15, 2011 at 1:35 AM

pengalaman ..... ijat dulu time dilanda musibbah yang teramat berat... hidup terpinggir di hujung bukit ... terpaksa menjamah makanan... nasi bersama ikan yang amat berbau dikopek isinya tetiba ulat berada.. mengenangkan jika tak makan akan kebuluran dijamah juga demi untuk mengalas perut yang amat memerlukan tenaga.... hu hu hu

June 15, 2011 at 1:43 AM

klau iema bla je dari kdai 2...

June 15, 2011 at 9:56 AM

makan kat luar kdg2 boley jd sgt mengkhuatirkan~

June 15, 2011 at 10:09 AM

aku pernah kena gak.masa study kat melaka dulu.tengah sedap pekena kurma daging kat dewan makan tetiba baru perasan ada ulat.penuh satu pinggan macam mayat mangsa tsunami.sampai sekarang aku tak sentuh kurma daging.

June 15, 2011 at 10:19 AM

kalau KAMI mintak dia bayar KAMI. :)

June 15, 2011 at 12:14 PM

kalo cik ezy la mau 2-3 ari jgk xlalu nk mkn..
huhu

June 15, 2011 at 3:18 PM

kalau cik dill nak tau... itu la resepi rahsia kedai tersebut... perisa tambahan yang rahsia... jangan bagi tau orang tau...

June 15, 2011 at 4:29 PM

erkkk !! =.="

June 15, 2011 at 5:49 PM

errkkk..blh pulak cmtu kan..
mesti geli nk mkn lg kt situ kn

June 15, 2011 at 6:29 PM

wekkk! muntah 40 hari 40 malam. huhu.

eh kejap, ulat lalat tu rupe die macam mana?

June 15, 2011 at 8:28 PM

keuh tiaw goreng lalat satu !!

ahahahaha..

June 15, 2011 at 9:46 PM

di celah daging ayam pun,ulat boleh hidup..inikan pulak di dalam perut..uwek!sure itulah kali terakhir aku tengok bumbung kedai tuh..

June 16, 2011 at 9:32 AM

tu lah..kedai kena jg kebersihan..bukan mengutamakan untung semata2....nanti tak ada customer datang kan rugi...

June 16, 2011 at 12:37 PM

mina kalau ulat kat sayur..blh tahan lg...tp kalau dekat ayam...perhhh..
mina pun naik seram nak mkn....


sbb tu ulat ayam busukkan...erkk..

Post a Comment