Kedengaran bunyi kuali berlaga dengan sudip. Ketung! Ketang! Bunyi apa pula pagi-pagi buta ni. Orang mahu tidur. Buka mata, lihat dapur. Adik bersemangat menggoreng sosej, menyediakan pinggan mangkuk, tipuware dan sebagainya. Baru aku teringat. Pagi ini mahu ke tempat impian adikkku.
Pukul 9 lebih singgah sebentar ke tempat kerja ayah sebelum terus menuju ke destinasi. Aku sempat sambung membuta dalam kereta. Haha. Buruk perangai. Sampai sahaja, kami mengambil keputusan untuk makan tengahari dahulu sebelum meredah tempat impian adik.
Dewasa: RM12.00
Warga Emas: RM10.00
Adik sudah excited sungguh. Mula-mula berkenalan dengan Tamarin. Klik situ jika ingin tahu lebih lanjut tentang Tamarin. Oh. Tidak memberitahu kamu kami pergi ke mana ya? Kami melawat flora dan fauna di Zoo Taiping. Tengahari terik memang tidak berapa ramai pengunjung. Ye lah, siapa yang mahu berhangat pijar pada waktu-waktu sebegini kecuali kami. Haha! Aku sudah tidak ingat bila kali terakhir menjejakkan kaki ke Zoo Taiping ini. Mungkin berbelas tahun lalu. Ketika aku kecil dan comel. Sekarang sudah kerepot. Aduh.
Zoo Taiping sudah maju dan cantik. Ayahku kata hutan di sini memang hutan sebenar. Bukan ditanam oleh manusia. Alangkah seronoknya jika berpeluang merasai pengalaman Night Safari di sini. Tunggu zoo, aku akan kembali!
Pelbagai binatang di sini. Aku letak gambar ni je la ye =) |padahal tak larat nak upload banyak-banyak|
ini gajah. ahaks
Kira-kira dua jam kami di zoo. Kepenatan melanda. Tika melangkah keluar dari kawasan zoo, ayahku tiba-tiba berkata
Eh! Kita tak tengok zirafah pun kan?
Aku dan adik merenung sesama sendiri.
A'ah la. Kuda pun!
Lain kali lah.
Tamat.
ciaO.
42 comments
lame xg zoo..
haha..
letak gambar harimau yang comel2 nanti ye. haha
salamualaik dill :)
2 jam dalam zoo.. boleh bayangkan penatnya berjalan kaki dlm tu.
adik dill umur berapa tu?
@Cik Ezy
sesungguhnye mmg lame!
@amir
erk. rimau? wuu~
@amna
waalaikumussalam amna.
die dah masuk 20an. hihi. die kate rindu nak g zoo
lain kali tu berbelas tahun akan datang lg
Satu jea persoalan di minda ni... kita yang jakun tengok binatang atau binatang tu yang jakun tengok ragam manusia...
pergi zoo masam malam pon bestt.
hehe
@Aimi dan Pakcik Hashim
pasni bawak anak sendiri plak :)
insyaallah.
@Nasriq
tu lah. binatang tu nampak relek je
@chemay
takut tertido ngan unta lak nanti :)
zoo paling power dalam malaysia, zoo melaka dan zoo taiping. :)
alaaa...alang2 sampai tu naper tak tengok semua?
pernah p zoo melaka... dan tengok buaya.. hehehe!!~
Dah lama betul Bro tak pergi zoo. Adalah dekat 8-9 tahun. Tak tahu dah apa jadi dengan zoo tu. Hehehe.
bestnye pegi zoo.... last pegi time matrik dulu, ;)
dh lama xp zoo.
:/
tetiba teringin plak nk ke zoo? hehe
@KAMIHIDUP
yah! maka, jom kite g zoo!
@apik pehe
tak perasan zirafah kat mane. sedih2
@Bella Bell
zoo melaka terkenal ngan buaya!
or 'buaya'? hihi
@Bro Ery
sile lawat zoo ye. menambah pengetahuan. hihi
@Miz Novexx
sile pegi ye cik senior. ahaks.
@Fyqa
jom tgk zebra kat zoo!
@NICK IRFAN
nick teringin? sile rajinkan diri melawat zoo :)
oH SY DA AGAK ITU GAJAH! Sy da agak dari td da! Tak sgke sy bijak juger.. Herherhehr..
@Liyana Zahim
hihi. yana mmg bijaksana :)
macam mana ni miss dill, ayah lagi bersemangat dari anak ni..
ishh
@ïêmÃ¥ Ã¥¢klê§
anaknye yang ini mmg kurang bersemangat. dah letih. dua jam jalan
salam kak dill..
waa comelnya gajah
td br tgk nanny mcphee
comel gajah 2..hehe
@suhaili sarif
gajah paling comel adelah dumbo :)
wah dah lame tak prgi zoo... teringin nak pergi lg...
@Ct Aja
sile pegi. ajak reramai :)
hm rasanya baru sekali g zoo..next? mungkin bila ada anak nnt..which is..x tao biler..heheh
zoo adalah tempat paling best okeyh...huhu
tak sangka zoo taiping dah ada tamarin..begitu lama(rasanya awal 2000 last pegi sana)semua masih macam hutan sebenar(sokong kata ayah kamu dill..)
mina dulu kena kursus kat taiping dlm 1bln lbh....kat zoo tu tiap2 minggu pi...hahaha....
kat tasik pun syok gak....ala ada itik tu..hihihi....
syok....rindu pulak kat taiping...
p/s: night safari tak syok...buat abis duit je nnti...hihihi...
@~SaL IjOu~
alah. nnt kite dua pegi zoo negara je. nak? hihi
@Umedia Network
ya betul. pd pencinta2 haiwan di luar sana, sile lawat zoo!
@ghost writer
dulu tak banyak binatang kan, ghost
@KUREKURE COMEL
yeke? nasib baik tak pegi. haha!