Selalunya aku memang jarang pulang ke kampung kalau cuti Sabtu Ahad ni. Sampai orang atasan kat tempat aku bekerja tu bertanya kenapa aku tidak pulang. Kawan sekerjaku siap bergurau, "Jarang balik rumah? Anak derhaka!". Dush! terasa mukaku hangat. Walaupun hanya gurauan semata-mata namun masih terasa. Bukan apa, kos pengangkutan menjadi masalah utama. Contohnya seperti semalam, tiket keretapi biasa RM20. Kalau ambil ETS dah mencecah RM31. Nasib baik ada duit lebih. Selain itu masa bersama keluarga tidak cukup. Tidak sempat hendak bergolek-golek sakan di atas katil yang empuk bersama bantal gebu. Bestnya!
Aku hendak melawat keluarga sahabatku. Walaupun aku bukan lagi menjadi salah satu agenda penting dalam hidupnya namun aku masih menghormati keluarga dia. Ayahanda dan Bondanya sudah kuanggap seperti keluargaku sendiri. Semalam adiknya telefon. Ingin memaklumkan tentang ketiadaan Bondanya. Suara sudah sebak. Aku tidak mahu dia menangis. Kasihan. Jadi, aku telah membuat lawak yang aku kira bodoh untuk membuat dia ketawa.
Adik, tak mahu sedih-sedih lagi ya. Sabtu ni Akak datang.
p/s: terasa macho pula bila taip enti auto-published ni. lalala~ motif?
16 comments
saya pun tak suka balik sabtu ahad sebab tak sempat nak bermanja manja ngan mak,dahlaa tiket mahal... huwaaa :(
oooo... dah tak penting dah tak leh jumpa ek?
balik kg dgn bertujuan baek..
=)
Mmg btol dill.. Tiket mahal gile tp dok umah dua ari je.. Rugi.. Haish.. Kai kete pon lg bnyk duit nk pkai..
gua naik kenderaan sendiri, mudah nak gerak mana2, balik ikot suka hahahha
Sy bukan kata jarang..mmg x balik kg langsung ujung minggu..dok abis masa 8 jam lam bas..siyes penat..tiket kapal terbang kalo x book awal2 mau beratus..nak book awal takut pulak tetibe ade hal..kesimpulannya..cuti panjang ajola balik kg~
kalau kg dekat... balik tu jgn berkira sangat. huhu
nanti ada duit lbihh.
naek flight je balik kampung
hehe
:P
@Miz Novexx
tu la. mmg tak cukup nak golek2 kan
@Nasriq
kang dikate nyebok plak kalo nak jumpe die
@Cik Ezy
yeap yeap
@Liyana Zahim
saye naik tren je yana
@JARI YANG TERBARAI
kamu tak pe la. saye ni, nasib baik ade kaki :)
@~SaL IjOu~
tak pe. pasni, stiap cuti panjang, sile balik
@Roza Ami Nanomiya
em..banyak pengiraannya
@chemay
flight? menggeletar mase bayar harga tiket. hehe