Monday, June 13, 2011

karangan pendek dill

Ditemani drama bersiri Juvana. Realiti kehidupan diterjemahkan dalam drama ciptaan manusia. Benar dikata tiada kena mengena dengan kehidupan sebenar manusia dan mungkin jua kebetulan jika terkena sipi sini sana. Aku tidak pandai menulis karangan panjang lebar seperti Kapten. Penuh dengan pengalaman bererti bagi seorang manusia perantau. Pengalaman tidak dapat dijual beli. Hanya dirasa melalui diri sendiri. Mematangkan akal fikiran dan membiasakan mental dengan asakan rakus manusia lain.

Aku juga tidak bisa menyusut ayat-ayat penuh metafora atau simili seperi Ghost Writer dan Khrlhsym. Penulisan mereka penuh makna tersirat. Kadang-kadang aku kekurangan input untuk menggarap apa yang diperkatakan. Hehe. 

Okay. Tutup cerita tentang kawan-kawan blogger aku.

Aku memang sering online Mukabuku. Setiap hari. Selagi ada masa terluang. Sehingga ada seorang kakak satu tempat belajar dengan aku menegur;

Asyik akak online je, nampak Dill. Asyik akak online je, Dill mesti ada. 

Aku cuma taip ikon J

Aku tidak ada kawan untuk dilawan bercakap di rumah. Awal tahun ini baru mampu membeli sebuah televisyen. Sebagai syarat ada bunyi di rumah. Ada bunyi bising sikit. Aku jumpa kawan-kawan pun secara maya. Di mana? Mukabuku. Aku rindu manusia itu. Dia sudah jauh. Aku tidak pasti sama ada dia masih mengingati aku atau tidak. Aku senantiasa ingat dia. 

Ramadhan bakal tiba. Sangat sayu berbuka puasa sendiri. 

Sunyi.

p/s: tolong jangan suruh aku kahwin. alergik dengan cadangan itu.

47 comments

Anonymous
June 13, 2011 at 10:11 PM

nice one. Jom jenguk2 blog kami. lihat ap yang menarik disitu. :D
lawatan anda ke blog kami amat kami hargai. ^_^

June 13, 2011 at 10:11 PM

huhu... ingat nak suruh tadi... tapi dah dilarang... tak boleh kata apa la...

June 13, 2011 at 10:19 PM

aku suka bersendiri walaupun kawan aku berlambak....kerana kawan aku selalu bikin kepala aku pening...keh3

June 13, 2011 at 10:25 PM

@Umedia Network
yay! okay :)

June 13, 2011 at 10:25 PM

@Nasriq
dah tau dah kamu nak cakap mcm tu! cis!

June 13, 2011 at 10:27 PM

@Republic Aku
hehe. bukan semua kawan mcm tu kan :)

June 13, 2011 at 10:32 PM

~nnt pasang astro tao..baru clear sket tb ;)
~Sy pun sama..tiap2 ari pun nak kene on9..fb/blog..
~Nnt bulan pose, sekali sekala kita bukak pose sesama ya! ^^

June 13, 2011 at 11:48 PM

asalkan hepi.. eheh

Anonymous
June 14, 2011 at 12:29 AM

ok saya takkan suruh kamu kawen, tapi tunanglah supaya tak sunyi g... :P

June 14, 2011 at 1:54 AM

x lame lagi nak pose kan...
huhu
hari ni dean pose...
dill spend ye buka... hahaha

June 14, 2011 at 2:28 AM

nampaknya kat FB je dapat kekalkan hubungan ngan membe lama, kalau nak jumpa entah cam ke tidak lagi muka...

Anonymous
June 14, 2011 at 2:34 AM

sama laa.
duduk rumah hanya fesbuk yang boleh buat kite in contact dengan kawan2.
dan blog pon sama.
at least tak ada lah sunyi sangat

June 14, 2011 at 5:46 AM

Kalau drama Juvana tu kagum gila dengan watak Botak tu. Menjadi betul lakonan gangster beliau.. Kalau jumpa rasa nak minta dia turunkan autograf kat perut Bro. Huahuahua..

June 14, 2011 at 6:35 AM

kawan ngn saya jum!
=)
kita tak sendiri atas dunia ni..
Allah ada..

tc.
=)

June 14, 2011 at 9:44 AM

ait, dill dok sorng je ker??

xpe2.. selalu la tgr iema fb..hihi

June 14, 2011 at 10:45 AM

kahwin je dill. :)

June 14, 2011 at 11:01 AM

cik dill !
sila kawen cepat2 keh99

June 14, 2011 at 12:28 PM

okay aku dh rase ayat ko dh macm tahap ghost rider... hebt seh

June 14, 2011 at 12:52 PM

jemput la ke umah sy..anak2 buah sy semua 'lapar' teman borak..sy je xnak layan diorng..hehehe

June 14, 2011 at 1:01 PM

dill.. kahwin je dill.. hehehhehe!!~~

ghost writer.. memang penulisan dia cukup2 but saya berfikir 10x.. tapi ayat dia saya suka baca :D

Anonymous
June 14, 2011 at 2:45 PM

nasib ada blog kalo dan fb kalo tak, tak berani den nak cakap apa yang jadi... :)

June 14, 2011 at 3:32 PM

baa~ CAK!!

nikah dh ler.. haha

June 14, 2011 at 4:18 PM

kite kawan nak ?? sye punye kawan pun kat alam maya jerp =)

Anonymous
June 14, 2011 at 10:15 PM

jom kita berjiran

June 15, 2011 at 6:22 PM

alolo.. siannya dia. takpe la online selalu sbb kami faham cik dill kesunyian kt rumah tu~

mcm mne la rasanya berpuasa di rumah sewa kan.. x sabar pulak bila kenang2 ^^

June 15, 2011 at 11:13 PM

@~SaL IjOu~
hehe. kene tunggu kewangan stabil sket

June 15, 2011 at 11:13 PM

@kokser kokdam
Ameen.

June 15, 2011 at 11:13 PM

@muz
nak tunang ngan sape muz?

June 15, 2011 at 11:14 PM

@Shamsuddin Amin
kalau setakat blanje biase2 bleh la. kalau citarasa dean sampai hotel 5 bintang, dill tak mampu. huhu

June 15, 2011 at 11:14 PM

@Miz Novexx
betul tu senior!

Anonymous
June 15, 2011 at 11:14 PM

dengan saya nak? :)

June 15, 2011 at 11:14 PM

@chemay
boleh tulis mcm2 kat belog kan chemay :)

June 15, 2011 at 11:15 PM

@Bro Ery
cite tu mmg best. saye suke sangat

June 15, 2011 at 11:15 PM

@cik nurussalwa
saye setuju. saye je tulis gitu ^^

June 15, 2011 at 11:16 PM

@ïêmÃ¥ Ã¥¢klê§
baek :) thanks

June 15, 2011 at 11:16 PM

@KAMIHIDUP
nak kawen ngan sape KAMI oit

June 15, 2011 at 11:16 PM

@Scya Lollita
hep! tak mo suh kawen

June 15, 2011 at 11:17 PM

@k a k L a m p
ye la tu kak lamp

June 15, 2011 at 11:18 PM

@Khairul Antasha
tak mo la sembang ngan anak2 awak. hehe

June 15, 2011 at 11:19 PM

@Bella Bell
hep! bella, tak mo suh dill kawen

June 15, 2011 at 11:20 PM

@muz
kalau tak de, guwa mengong

June 15, 2011 at 11:20 PM

@Azroy Kassim
carikan saye calon

June 15, 2011 at 11:20 PM

@deeya
kite peng yu :)
dunia belog, dunia kita :)

June 15, 2011 at 11:21 PM

@Roza Ami Nanomiya
jiran! peminat tegar najwa latif. hihi

June 15, 2011 at 11:21 PM

@amna
bosan berbuka sorang2. huhu

June 15, 2011 at 11:24 PM

@muz
buat lawak lak die ni =P

June 16, 2011 at 12:40 PM

cik dill..bukan ada geng ke duduk satu rumah?....kalau mina cam cik dill pun akan sentiasa online...
sbb taktau nak buat pe kan....



hhmm pe kata cik dill ngajor budak ngaji....mesti ada ruang terisi...
smile...

Post a Comment