Dill, jom keluar jalan-jalan.
Aku yang sedang asyik menonton televisyen menoleh ke arah suara itu.
Nak naik apa, Kak Ida?
Alah, kita naik basikal je.
Wokeh.
Aku bangun dan menuju ke arah basikal. Kelihatan Kak Ida sudah bersedia dengan basikalnya. Kak Ida merupakan kakak sepupuku. Waktu kecil dahulu aku sering bertapa di rumahnya. Kami sering bersembang sampai larut malam tentang topik entah apa-apa. Malam ini diajaknya aku keluar menunggang basikal. Ambil angin malam kononnya.
Angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kami mengayuh perlahan sambil bersembang. Kak Ida membelok masuk ke suatu lorong perumahan berdekatan padang permainan. Kawasan gelap-gelita. Senyap sunyi. Tiba-tiba kedengaran salakan anjing bersahut-sahutan. Bukan seekor anjing, ada lebih kurang lima ekor anjing. Menuju ke arah kami! Kami kaget.
Kak Ida! Anjing liar! Lari! Kayuh cepat!
Tanpa berlengah lagi, aku dengan pantas memusingkan basikalku dan mula mengayuh selaju mungkin. Laju! Laju! Laju! Kak Ida sudah mengayuh jauh di hadapan. Berusaha menyelamatkan diri. Aku mengayuh dan mengayuh. Aku terasa salakan semakin hampir denganku. Aku kerling ke sebelah kanan, tiada apa-apa. Bila aku kerling ke sebelah kiri, ada seekor anjing berlari laju betul-betul di sebelah roda belakang basikal aku. Aku bertambah takut. Kayuhan semakin laju. Aku tidak mahu toleh lagi. Fokus mengayuh sahaja sehingga sampai ke rumah Kak Ida. Berjaya kalahkan anjing itu. Aku termengah-mengah. Kak Ida pun sama. Taubat. Tidak mahu menunggang basikal di kawasan itu pada waktu malam lagi. Malam itu budak umur sepuluh tahun merempit tahap dewa.
Aku membayangkan jika waktu itu rantai basikalku jatuh, alamatnya aku kena baham dengan anjing liar la jawabnya.
Tamat.
ciaO.
28 comments
wah takotnye...hi3, nasib baek smpat kayuh....
kayuhan semakin laju... hahha.. betul2 ambik angin tu
@Ct Aja
sangat takot, aja!
@khaifaiz
dah terlebih2 ambik angin dah. tobat2
teringat kes sal kat uia..kene kepung ngn 5 ekor anjing dekat court badminton..seram sejuk!
lepas ni confirm azizulhasniawang tak boleh cari makan punya...
@~SaL IjOu~
serius? sangat menakutkan!
@Nasriq
tu mmg dah confirm ah!
sgt bhye la..
nsb baek anjing tu kalah..
hehe
uish macam2 la miss dill ni..
nasib baek sempat kenal miss dill..
ahakkk..
aku pun pernah masa kecik2
saiko lah anjing tu. nak bawak basikal bapak pon susah
seram!! hahaha~
penah jugak kena kejar ngan anjing, yang bengangnya, tuan anjing ada kat sebelah ja..dia uat xtaw ja
hohohoh~
baa~ CAK!!
jgn takut dgn anjing.. kena tunjuk berani.. dominan.. baru anjing tak kejar..
perghh.. takutnye! tapi tak pe.. pengalaman MANIS ^__^V
@Cik Ezy
kalah dengan kelajuan + ketakutan tahap maksima :)
@ïêmÃ¥ Ã¥¢klê§
haha! tu la. kalau tak,tak sempat la jumpe i yang comel ni. ^^
@Aimi dan Pakcik Hashim
tu la pasal. menyusahkan orang je kan
@Miss Shikio
ape ke jenis tuan punya anjing mcm tu. elok kene hempok je
@Azroy Kassim
ape la budak umur 10 tahun tahu pasal dominan & tunjuk berani tu roy. yang tau, lari selaju2 nye :)
@Bella Bell
manissssss sangat! :)
pergh dah lama x merempit naik basikal ;D
cuak x cuak x ?
haha
xpe.. at least ade pglman. hikkk
@Scya Lollita
mase kecik2 dulu selambe je naik beskal. skarang ni tah le.haha!
@fyqa
pengalaman menakutkan
kena kear anjing ni nak tergelak rasa, KAMI pernah kena kejar anjing beramai-ramai masa sekolah dulu. kelakar. :)
@KAMIHIDUP
mesti lari laju tak hengat kan? ahaks
hehehe....mesti debor gile kan....
mina pernah sekali la.....lepas tu terus fobia bila jumpe anjing...hihihi....
@KUREKURE COMEL
saye pun takut ngan anjing. ngeri