Rata-rata kedengaran manusia berkata, berbincang, bermusyawarah tentang dara. Mahkota wanita. Diakui dara penting untuk menunjukkan tahap kebaikan seseorang gadis. Dulu, kini dan selamanya. Namun, telah terbukti dalam kajian bahawa kehilangan dara boleh berlaku selain dari membuat hubungan kelamin. Penglibatan dalam aktiviti lasak seperti sukan juga boleh menjurus ke arah kehilangan dara. Aku bukan ingin membebel tentang bagaimana untuk membeli dara tiruan atau sebagainya. Apa yang aku tahu, mahkota wanita perlu dijaga sebaik mungkin. Kepada mangsa kegilaan kaum lelaki, aku mohon maaf jika sebarang kata-kata aku dalam entri ini mengguris sanubari kamu.
Aku bukan saja-saja menulis tentang isu dara ini. Lewat petang tadi aku terbaca suatu penulisan dalam sebuah belog tentang betapa bangganya atau tidak malunya dia memberitahu dunia bahawa dia sudah membuat hubungan seks tanpa nikah. Dia muda lagi. Usia awal belasan tahun. Baru kenal dunia. Tidak perlu aku lampirkan alamat belognya di sini kerna aku pasti ramai di antara kamu sudah melawat belog gadis itu. Sewaktu aku melawat entrinya, aku terkedu. Ketika umurku sepertinya dahulu, aku tidak tahu apa itu seks 100%. Sekali sekala ketika melayari internet keluar pop up gambar porno. Kelam kabut aku menekan butang pangkah. Tergamam sekejap kerna terkejut. Tetapi itu cerita zaman aku sekolah dahulu. Masa kini, anak-anak semakin canggih. Media massa menyediakan pelbagai maklumat. Hatta menyediakan syabu pun ada di internet. Inikan pula porno? Berlambak.
Berbalik semula kepada isu kita. Maruah diri sangat penting buat semua manusia. Lagi-lagi kaum Hawa. Silap sikit, kita akan ditembak bagai nak gila.
"Lah, chill lah. Sekarang zaman moden. Tu semua tak penting lah!" - kata-kata semburan.
Kita bukan tinggal di negara barat. Malaysia kaya dengan budaya ketimuran. Lagi-lagi jika kamu beragama Islam. Amal Ma'aruf, Nahi Mungkar. Aku pun sedang cuba memperbaiki diriku sendiri.
Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Pohon kemaafan. Insyaallah, jiwa kamu akan tenang. Aku sentiasa doakan kamu.
21 comments
betul..nak2 kte ni kaum hawa,maruah diri perlu dijaga...
Roy orang sukan.. Setakat ini x pernah lagi dgr sukan penyebab selaput terkoyak. (dari rakan sekeliling roy sahaja)
Bak kata orang tua-tua. "Maruah seluruh keluarga terletak pada anak daranya."
@Nonie
sekarang ni ramai yang tak peduli dah
@Azroy Kassim
tah la roy. skarang ni mcm2. anak2 dah advance. melampaui batas
susah untuk di perkatakan kerana lelaki juga susah untuk di pastikan terunanya...terpulang ,dara bukan jaminan kebahgian akan datang dan juga tiada dara kerana seks luar nikah mmg harus di tegah!
jaga lembu sekandang lebih senang dari jaga anak dara seorang... betul ke?
@Republic Aku
seeloknya tegah seks sebelum nikah. mungkin boleh elak pembuangan bayi
@Nasriq
tak tau la nasriq. adeh
Its very normal dill.. Sex is something common already.. Dak2 skolah rndh pon da tau bnde ni.. Bkn mcm kte2 dlu.. (Ase sunggoh tua mbuat stetment neh) Hahah~
@Liyana Zahim
yeah. we need to do something about it. we are not from the west, yana.
cara didikan anak2 zaman skrg da jauh berbeza..teramat byk & besar cabarannya..yg haram dihalalkan..yg hukum dipersendakan..nauzubillah..mintak Allah tetapkan iman~
*kejelitaan itu luaran sahaja. Paling penting pengisian di dalam jiwa kita. bila semuanya terurus, insyaAllah mahkota kejelitaan sebenar itu juga terjaga ^^
bukan sebelum nih aku dah cakap yang benda nih tak berapa penting sangat bagi lelaki sebab lelaki pun kebanyakkannya dah melayang teruna..
masih ada lelaki yang mahukan dara sebagai isteri.
@~SaL IjOu~
semoga Allah pelihara. Ameen.
@amna
yeap. betul tu amna
@ghost writer
setuju. tapi masih ada di antara mereka yang inginkan isteri sempurna sedangkan diri sendiri biase2 je
@penjajah minda
pd mereka dara itu penting untuk menunjukkan kesucian isteri.
mungkin.
maruah kena jaga. :)
@KAMIHIDUP
btol :)
yup....mina taktau nak kata ape...
peranan ibu bapa penting.....