Rambut pendek keperangan. Telinga kiri kanan memakai subang. Berkuku panjang seperti perempuan.
"Bang, Wangsa Maju dua orang" katanya kepada Encik Kaunter Tiket LRT. Dia dan seorang perempuan berjalan menuju ke tangga bergerak.
Aku berdiri di belakang mereka. Mengamati fizikal lelaki itu. Bukan niat untuk memberi komen tentang cara pemakaian atau cara dia membawa dirinya. Namun, ini apa yang aku rasa.
Tidak ada salahnya berambut pendek dan kemas. Allah sudah kurniakan rambut berwarna hitam buat penghuni Asia. Hitam berkilat. Cantik. Tetapi bukan semua orang suka kan? Memilih untuk mewarnakan rambut perang, hijau, merah, biru, kelabu asap sudah menjadi trend masa kini. Berbalik semula kepada lelaki tadi. Diwarnakan perang rambutnya. Dari kejauhan, itu seperti warna karat air. Bila sentiasa mandi dengan air berkarat, rambut boleh bertukar warna.
Memakai subang di kiri kanan telinga. Kamu ingin cuba nampak macho kah? Setahu aku, kaum Hawa je yang nampak comel bila memakai subang. Muka nampak ganas. Tetapi, memakai aksesori perempuan? What are you trying to portray? A manly man? Think again, bro.
Berkuku panjang bukan cara menunjukkan kamu nampak ganas. Kebersihan itu penting. Dalam Islam ada menyatakan, 'Kebersihan itu sebahagian daripada Iman'. Kamu tu lelaki. Ape kehal lelaki berkuku panjang? Kamu mahu bertukar jantina dengan kekasih kamu kah?
Cara pemakaian menunjukkan keperibadian. Memang bukan 100% dinilai dari perawakan kita. Namun, first impression memainkan peranan penting dalam membentuk tanggapan kita yang seterusnya.
What was my first impression when I saw that man? Oh my! What happened to this man? His innocent look is covered with those stupid things. Somebody, please help this man. Fashion police or what so ever.
Maaf. Sedikit prejudis di situ.
28 comments
imaginasi aku cukup buat aku rasa mamat tu harus di sepak laju2
sape la agaknya ya..tapi memang dah ramai lelaki melayu jadi macam tu.. sigh
he he he.... tak tahu ...laanntak...he he he... konon bagi dia dah stailo la tu kot... he he he...
jiwa remaja penuh pemberontakan
hihi. betul-betul. tapi suka nak bertindik (=,,=)
@Abang Zam
haha! rasanya kalau abang zam ade kat situ, mamat tu tak selamat dah. ^^
@amir
mengecewakan kan?
@Mr iz
duh. mcm memperbodohkan diri sendiri je
@Aimi dan Pakcik Hashim
yeap. dah semestinya. tapi, bukan ke lebih elok die menghormati dirinye?
@Kontrol Histeria
hep! hisyam! say no to bertindik!
lelaki berjiwa halus tu... kita kena faham dia walaupun dia pun tak faham diri sendiri...
uishh mmg malang sape yg dapat bdk2...
boleh byg betapa selekeh nye mamat tu
alamak... ni mesti budak2 pavi ni... hahaha...
nasehat la dill...^^
cuba miss dill wat bunyi kekukur..mana tau mamat tu spesis ayam..paham bahasa ayam je..hehee
tiba2 nak tanya die bertindik kt telinga ke ??
xleh jadi wali brader tu. kan?kan?
Pengaruh barat. Seperti biasa. Kalau dah belacan tetap akan jadi belacan. Hahaha.
@Nasriq
oh. saye ni kureng memahami spesis mcm tu. huhu
@Ct Aja
kekasih die nampak relax :)
@Cik Ezy
sangat~
@Shamsuddin Amin
bebudak macam ni bukan bleh terime nasihat directly. tak pasal2 saye kene flying kick free
@mykhalis
hahahahah! lawak la khalis ni
@Anis Mohd
yah! tindik di telinga kanan & kiri.
@cik sakdi
yeap. tak leh jadi wali
@Miss Tira
elok tanye die, bro, ang layan belacan tak?
urat normal dia da tercabut tu..
@sal_ijou
haha. you should see him yourself.