Monday, May 2, 2011

dingin

angin malam hembus pergi
tinggal aku sendiri
kau pergi tanpa bunyi
tiada sesen pun peduli
apa aku tiada harga diri
dipijak, dihenyak seperti cebisan bumi.


lantaran itu
kau jalan terus tanpa
toleh lagi
apa kau fikir aku ini hina amat
sanggup jilat dendam kesumat?


dunia dikata berbeda buat kita
kata siapa?
kau suka?
kau puja?
mana hebat kau?
berterabur semua
dipancung angin lintang.


dill.
1.02am

10 comments

May 2, 2011 at 1:06 AM

puisi yang keren.boleh hantar ke majalah Remaja nih.

dia datang bagaikan angin malam.mendinginkan tapi tidak mampu tertahan.maka hangatkan malam mu.

dunia tetap berbeda walau dalam apa cara sekalipun.yang membedakan adalah rasa kita.

May 2, 2011 at 9:33 AM

berbakat betul kwn aku sorang ni..keep up!

May 2, 2011 at 10:05 AM

pndai berpuisi ,,nti masuk pertandingan bole laa...

May 2, 2011 at 11:44 AM

wahh,,semakin puitis sekarang.. tabahkan hati k?

May 2, 2011 at 3:30 PM

sajak yang mendalam maksudnya

ai fenin

May 2, 2011 at 4:58 PM

faham2 begitu...

May 2, 2011 at 7:49 PM

Sabar ye Miss Dill. Orang tak hargai kitakan. Ramai lagi yang menghargai kita. :)

May 2, 2011 at 8:58 PM

wah dahsyat cik dill ni berpuisi...ada bakat tu...he he he... betul punya marah tu...he he... kau dan aku tidak sama sememang nya kita berbeza... keraaa aku lelaki dan kau pula wanita...hehe he... eh apa ni ada sangkut paut ke...he he he

May 2, 2011 at 10:28 PM

awak reka ye, hebat laa ^^
"sanggup jilat dendam kesumat?"
"dipancung angin lintang"

smile always :)

May 2, 2011 at 11:33 PM

miss dill hebat...
meluahkan peraasan dalam bentuk puisi ^_^

Post a Comment