Sunday, May 29, 2011

kenangan di Kem Lambaian Danau, Melaka

Pernah bercerita tentang aktiviti air di sini sebelum ini. Ada banyak aktiviti lain yang diadakan selain aktiviti air. Salah satu daripadanya adalah laluan berhalang atau apa sahaja nama yang diberikan oleh pelbagai manusia. Dalam banyak-banyak aktiviti ini, yang satu ini memang tak dapat aku lupakan.


Memang tahap terbaik la tinggi tangga pokok ni. Kami perlu memanjat dan menuruni di sebalik sana tangga itu. Aku pun mula memanjat. Nak kata laju, tak juga. Apabila aku sudah betul-betul sampai di bahagian atas, aku hilang keseimbangan. Aku jatuh dari atas dan mendarat ke tanah. Nasib baik punggung mendarat dahulu. Kalau kepala, tak tahulah apa yang akan terjadi. 

Kawan-kawan mengerumuni aku. Muka masing-masing menunjukkan kerisauan tahap maksima. Aku sengih. 

Tak de apa-apa. Saya okay je.

Kemudian melompat ke dalam air. Berlari berdekatan gigi air. Kawan-kawan tercengang dengan tindakan aku sebelum mereka turut sama melompat ke dalam air. Waktu itu, aku tak rasa sakit. Serius.

Namun, kesan jangkamasa panjangnya tetap ada. Aku sering sakit belakang. Sebelum-sebelum ini aku sudah banyak kali jatuh terduduk, jatuh ala-ala Superman mahu terbang, jatuh tertiarap, jatuh terlentang dan entah apa jenis jatuh lagi aku sendiri tidak ingat.

Tidak baik untuk kesihatan. Perlu buat pemeriksaan kot. Sebab asyik sakit belakang. 

sigh~

16 comments

May 29, 2011 at 11:53 PM

pernah join kem remaja lasak tahun 2005 di sini.
paling best adalah perang lumpur !
marvelous !! minum air lumpur + kene lenyek dgn telur tembelang ;'D

May 30, 2011 at 12:12 AM

dill selalu jth...hati2 yer..:)

mesti lasak ni kan...hihi

May 30, 2011 at 12:17 AM

Baa~ CAK!!

Kg. Chin chin kan? Belakang tasik tu la tempat roy menoreh tiap-tiap hari. Kne kejar oink~ oink~. Kene tampor langsuir.

May 30, 2011 at 12:20 AM

@amna
telur tembelang? omaigad!

May 30, 2011 at 12:20 AM

@Nonie
a'ah. selalu jatuh. dari kecik2 dulu

May 30, 2011 at 12:21 AM

@Azroy Kassim
tak pasti lak name kampung kat situ. banyak oink2 eh kat area tu? err. kamu kene tampor? ce cite weh

May 30, 2011 at 12:22 AM

jatuh dan jatuh dan jatuh tapi masih mampu berdiri semula.tapi rasanya makan dalam jugak.mungkin tak sekarang,tapi akan datang.so,elak lah dari jatuh lagi.badan kena jaga tau..

May 30, 2011 at 12:25 AM

@ghost writer
saye cube utk lebih berhati2. time kasih ghost :)

May 30, 2011 at 9:23 AM

haha memang best Perang Telur, sebelum perang kena nyanyi dulu ekekee,

err aktiviti yg panjat tu, aku tak berapa berani pasal nampak macam dah usang, aku baru pergi Jan 2011

May 30, 2011 at 9:56 AM

@padin
perang telur? confirm wangi lepas tu kan. hehe. syok kat pegi sane :)

May 30, 2011 at 2:16 PM

Jatuh? sakit belakang? hati2... takut ada effect bahagian dalaman...

May 30, 2011 at 2:47 PM

@Nasriq
tu lah. risau jugak ni

May 30, 2011 at 7:09 PM

bahayanya,,
baek g cek cepat..
sebab orang cakap kalau perempuan ni jatuh terduduk bahaya sikit...

May 30, 2011 at 8:07 PM

@ïêmå å¢klê§
alamak. lagi takot ni

May 30, 2011 at 10:42 PM

Cik Dill..Sal pun sama ni..jatuh terduduk masa sukan aritu terasa sampai skrg..=/

May 30, 2011 at 10:47 PM

@Salihah Ismail ~SaL IjOu~
kite kene g check kot cik sal. risau gak ni

Post a Comment