Sunday, May 1, 2011

balik kampung, terlebih seronok

Ngko dah lahir kat sini. Sekolah kat sini. Takkan kerja pun nak kat sini? Keluar la merantau.

Lebih kurang macam tu lah kata-kata Penolong Kanan 1 merangkap cikgu Matematik Tambahan Kimia dan Fizik satu ketika dahulu. Merantau memberi banyak pengalaman dalam kehidupan. Ya, cikgu. Setuju dengan kata-kata cikgu.

Pengalaman bersekolah rendah sehingga menengah di sekolah harian biasa berdekatan dengan rumah sememangnya memberikan aku peluang untuk bersama dengan famili. Apabila berpeluang untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, aku perlu tinggal di asrama terletak di negeri lain. Mula-mula memang cuak sebab tak pernah duduk asrama kan. Tetapi lama-lama dah biasa. Umur 18 tahun, kalau aku masih menjerit nak balik rumah sebab homesick, alamatnya kena sepak terajang dengan ayah la jawabnya. Haha!

Negeri ini tidak jauh dengan negeri kelahiranku. Jadi aku tidak punya masalah jika mahu pulang ke kampung. Alhamdulillah. Kemudia, aku sambung belajar di negeri yang lain pula. Negeri yang terletak di sebalik Banjaran Titiwangsa. Walaupun tidak sejauh negeri kelahiran Rozami, tetapi aku rasa negeri itu sudah cukup jauh dari rumahku.

Kalau naik bas, 10 jam. Berkematu punggung dibuatnya. Aku tiada kereta. Jadi, aku menumpang kawanku sehingga Kuala Lumpur sebelum menaiki bas pulang ke kampung. Jarang dapat peluang pulang ke rumah. Bila sekali peluang itu tiba, nah! Terlebih seronok! Boleh jumpa emak, ayah dan adik-adik (kalau mereka ada di rumah) dan ehem-ehem (sebelum dia diculik oleh parasit murahan).

Padahal bila sampai di rumah, duduk lepak je. Tengok tv. Pergi pekan. Minum milo ais. Makan goreng pisang. Benda mudah dan ringkas. Bukannya pergi melancong ke mana-mana pun.  Tak kisah. Asalkan duduk di rumah.

Sense of belonging is so important. Home Sweet Home.

13 comments

May 1, 2011 at 11:30 PM

rumah segala2nya fren..walaaupun buat tkde benda pun nak buat,tapi masih lagi rasa best duk uma..ermmm

May 1, 2011 at 11:40 PM

btul. kampung mmg mendamaikan

May 1, 2011 at 11:46 PM

mina suka balik kg....tp bila dah kawen ni jd terhad...cediihhh...


mina dah biasa merantau...sejak kecil lg...kalau tak silap mina pernah sekolah di 5 buah negeri berlainan...


semua duduk asrama...hehehe....
cik dill untung...smile...

May 1, 2011 at 11:53 PM

huhu. sbb zaman saye susah nak dapat asrama. asrama kurang. huhu

May 2, 2011 at 12:33 AM

merantau memang meluaskan pengetahuan dan pengalaman kita

rumahku syurgaku~

hehehe~

May 2, 2011 at 12:35 AM

ni yg rasa nak balik rumah semula ni..huwaaa...homesick~~

*ayat mintak kaki kat muka..dah besar pnjng pon manja lagi..hehe~~


^__^v

May 2, 2011 at 12:38 AM

@shikio: btul2. jom pakat balik kg. hehe

@bella: hihi. normal. rindu rumah

May 2, 2011 at 12:43 AM

mungkin setengah orang menyukainya termasuk kamu dengan alasan-alasan tersendiri,tapi bagi aku tidak...kalau sekadar kemudahan yang aku perolehi itu suatu yang tidak berbaloi utk aku,tapi kesukaran di tempat orang adalah suatu nilai sepanjang hidup aku.

May 2, 2011 at 12:49 AM

bro, saye pun merantau ma. ni cume luahan perasaan excited bile nak balik umah. lebih2 lagi bile duduk jauh.

May 2, 2011 at 2:45 AM

ye..rumah ialah heaven on earth. huhu

May 2, 2011 at 6:50 AM

aku dari kecik2 lagi dah merantau dah... tiap kali balik rumah, itulah yang dirasai...

May 2, 2011 at 8:55 PM

bila balik rumah rasa selamat kot ..tu yang seronok tu..he he he...tak ada masaalah pape... he he he...

May 2, 2011 at 10:59 PM

@saya afi: that's right!

@nasriq: rasa kerinduan :)

@mr iz: btul! balik umah, tgk famili. tak ingat masalah bagai dah

Post a Comment