Sering terdengar bisikan manusia mengatakan cikgu-cikgu tak banyak kerja. Kerja separuh hari. Cukup bukan terima gaji. Buat pengetahuan kamu, bukan semua guru sebegitu. Masih ada yang ikhlas menjadi guru. Bak kata omputeh, passionate to be a teacher. Terbayang-bayang kata-kata kawanku, bila aku katakan aku ini guru dan ada beberapa tanggungjawab perlu kugalas.
"Alah. Baru lagi. Mula-mula memang la bersemangat"
Cop! Berhenti di situ. Jangan disambung tanggapan negatif. Aku tahu aku masih baru dalam bidang ini. Namun aku tahu perjalanan seorang guru bagaimana. Aku ada role model sendiri. Cara aku bekerja, hasil daripada pemerhatianku dan pengamatanku terhadap cara emak dan ayah bekerja. Setinggi mana dedikasinya mereka, aku cuba belajar dari situ.
Di sini aku selitkan sedikit informasi tentang tugas guru. Sumber dari Encik Jimmy Rose.
- Menulis rancangan mengajar.
- Menanda kedatangan murid / pelajar.
- Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku, 1 kelas = 45 orang murid. Jumlah buku bagi 1 kelas = 135 buah buku. Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas. Maka 5 kelas x 135 = 675 buah buku.
- Menghadiri / mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat. Mesyuarat JKK sekolah, Mesyuarat Guru, Mesyuarat Sukan, Mesyuarat Panitia (seorang guru mungkin ada 2 panitia), Mesyuarat PIBG, Mesyuarat Kelab Guru, Mesyuarat Kokurikulum, Mesyuarat Program (lebih dari 6 program anjuran sekolah - Hari Guru, Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Hari Kemerdekaan, Bulan Bahasa, Hari Anugerah, Sekolah Selamat)
- Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit beruniform (kadang-kadang hadir Sabtu), Perjumpaan Permainan (tambah untuk pertandingan), Perjumpaan Persatuan / Kelab, Latihan rumah sukan setiap minggu
- Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman/luaran
- Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk, borang emis/hrmis/label buku hadir kursus/balik dari kursus Borang Fleksi PMR/SPM, borang kehadiran murid ke kelas fleksi, buku pemantauan/salah laku murid, buku catatan relief guru, buku tugasan mingguan, laporan mingguan, laporan keceriaan, borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan, buku kokurikulum murid, borang pemarkahan kokurikulum etc
- Menghantar murid ke klinik
- Mengisi maklumat murid dalam fail peribadi
- Menceriakan bilik darjah (selalunya duit poket sendiri)
- Mengisi markah ujian/peperiksaan
- Mengisi data murid SMM
- Menangani masalah disiplin murid/pelajar
- memasukkan data disiplin dalam e-disiplin
- Melayani karenah ibu bapa/penjaga
- Mengecat sekolah
- Membersihkan bilik/stor/bilik khas
- Menganjurkan program-program wajin (hari terbuka dsb)
- Menyiapkan program Head Counting
- Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN, (cth: KIA2m, Linus dsb)
- Menyiapkan fail GERKO, persatuan, kelab dan sebagainya
- Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
- Mengendali masalah/kebajikan murid
- Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang
- Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dsb
- Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
- Berniaga (jualan hari kantin dsb)
- Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
- Menyediakan kertas peperiksaan/ujian
- Menanda kertas peperiksaan/ujian. 1 subjek 2 kertas = 2 . 2 x 45 = 90 . 90 x 5 = 450 kertas
- Perkembangan staf
- Mengendalikan perhimpunan murid
- Gotong royong (kadang-kadang guru perlu bawa semua alatan)
*Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas. Tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawa tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap guru cuti banyak dan sebagainya, tetapi hakikatnya tugas seorang guru memang mencabar. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja berbanding guru yang terpaksa menanda bukud an menulis rancangan sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.
SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA
Tulisan di atas aku petik dari penulis itu. Aku cuma murnikan sedikit tulisannya tanpa mengubah maksud atau makna penulisan beliau. Entri ini bukan untuk mengeluh atau merungut. Cuma berkongsi ilmu. Buka mata. Buka minda. Buka hati.
36 comments
Yezza.. sekarang lebih terbuka mata dan minda..
betul. kerjaya guru bukan senang kan kak. banyak yg cakap senang sbb dorang tak tau camne keje guru ni kat skolah. byk nak urus itu ini..
sometimes ada juga guru yang duduk di sekolah sampai pukul 5 sebab kena handle mesyuarat atas sebab perangai murid yang nakal ni.
Seringkali abah Shikio balik dari sekolah dan mengeluh kena pergi balai polis lah, hospital lah. Tugas sebagai HEM lebih mencabar. Jangan pandang rendah pada seorang GURU!
dill..act, kakak abg pun cikgu..die tiap2 hari balik pukul 6 sebab banyak kerje
ahaha..best kan jadik cikgu?? HAHA
murni tu kerja cikgu..abg memang respect :)
dulu anis rasa kerja cikgu memang tak rock . sangat tak rock dan memenatkan. hahahaaa
sekarang anis tak kisah pon cikgu ke penjenayah ke , asal tak menyusahkan hidup orang lain sudah la . =)
wah terima kasih kongsi sesama ... baru tau ni...tugas guru tu memang penting kan... banyak juga tugas sebenarnya kan... ramai dari kita menilai tanpa merungkai... hmmm... tahniah cik dill ye... lakukan lah yang terbaik demi untuk mendidik....
@khaifaiz
yeah. alhamdulillah
@dayang
betul tu dayang. orang hanya nampak yang luaran je
@Miss Shikio
btul tu shikio. semua tugas ada cabaran tersendiri
@Abang Zam
yeke abang? kim salam kat kakak abang ye :)
@Anis Mohd
semua keje ade penatnye, anis. btul cakap anis, asalkan tak nyusahkan hidup orang lain :)
@Mr iz
time kasih mr iz :)
guru la y byk membuat kite knal tntg sesuatu...
tugas guru mkin mencabar....:)
teruskan usaha murni mu dear :)
@Nonie
thanks nonie comel :)
Haaaa, hambik kau murid-murid. Hangpa ingat senang ke keroje cikgu ni. Susah hangpa tau. Hangpa apa tahu suruh buat keroje sekolah pun malas!
@Miss Tira
hihi. comel je tira taip gitu
yea... lama dah tau... bukan la ni je timbul cerita ni...
wah header baru
aku just tak suka bila guru2 komplen mcm diorang punya kerja ja yg susah. org lain pun kerja susah gak tp x ada hari spesel mcm HARI GURU...
sebenarnya semua kerja susah samada kita love atau tak ja sama kita punya kerja
jadi cikgu zaman sekarang kena rock sebab murid2 zaman sekarang otai sangat... heheh
@Nasriq
saje nak share :)
@Aimi dan Pakcik Hashim
btul. asalkan ikhlas, insyaallah sume okay :)
@Miz Novexx
saye ni bukan rock dah kot. ala2 gengster. haha!
hari guru dah dekat...^^
slmt hari guru... haha
mengajar biar ikhlas...^^
@Shamsuddin Amin
yeap. btul tu dean
suka sangat kalau dapat jadi cikgu..suka mengajar sambil2 dapat belajar.biasalah,ghost kurang ajar.hihi
@ghost writer
saye teringin nak blaja banyak mende dari ghost. jadi cikgu saye, bleh :)
no hal dill..janji tahan kena sindir..haha
@ghost writer
aduh. seperti sangat menakutkan je~
waaaauuuuu...byk nyer tugas...tp along tengok abah along cool jek...g keje kul 7pagi dok kat sekolah..megajar ps tu lik kul 2ptg..kadang2 keluar g studium bwk budak...pegetua bagi lesen...heeee...
Baa~ CAK!!
Dorang xtau. Mcm2 la drg ckp. Mmg berat jd ckgu ni.
Cita2 roy mmg nk jd cikgu. Tp parents suh jd engineer. ("-_-)
uih..payah jugak jadi cikgu ni. risau pulak nak pergi maktab.
@alongizhamhadi
hanya kongsi ilmu je along :)
@Azroy Kassim
semua keje ade cabaran tersendiri kan.takpe, berkat doa emak ayah, roy jadi jurutera berjaya
@amir
alah. tak de apenye asim. ok je sbenanye
tugas guru lg berat dari tugas mina...
baru mina paham....sbb tu kalau nak mengajar..perlu byk kesabaran kan cik dill....
mina sgt hormat dgn cik dill...sbb cik dill seorang guru...
@KUREKURE COMEL
saye tak hebat. biase2 je