Tuesday, May 31, 2011

kartun dan filem animasi

Aku menulis tentang The Land Before Time dalam entri sebelum ini. Buat pengetahuan kawan-kawan, The Land Before Time boleh dikategorikan sebagai filem animasi. Ia keluar di layar perak dan durasi ceritanya melebihi satu jam.

Bagi kartun-kartun yang ditayangkan di televisyen seperti Spongebob Squarepants, Gaban, Jem and The Holograms, Tomatoman dan macam-macam kartun lagi punya episod tersendiri. Setiap episod tidak lebih dari 30minit (kebanyakannya).

Dahulu Atok aku sering menyewa pita video gusti. Zaman aku kecil-kecil dahulu mana ada pemain DVD. Cuma ada pemain pita video atau Video Tape Player. Kami adik-beradik berkumpul di hadapan televisyen menunggu kartun bermula.

Bambi (1942)

 101 Dalmatians (1961)

The Lady and The Tramp (1955)

Itu antara filem animasi keluaran Walt Disney yang kami tonton sewaktu kecil dahulu. Bukan semua pernah tengok kartun-kartun ini kan? Different people, different opinion. Different people, different things they like =).

p/s: aku masih suka kartun. sehingga sekarang. bukan sekadar hiburan, ia cara aku untuk belajar Bahasa Inggeris.

22 comments

May 31, 2011 at 7:59 PM

101 dalmatians tu lyn la jgk..
=)

May 31, 2011 at 8:22 PM

aku rasa aku lahir zaman batu la... kenapa aku je yang tak pernah tengok pun cerita2 ni...

May 31, 2011 at 8:34 PM

@Cik Ezy
yap. comel2 je anjing tu

May 31, 2011 at 8:34 PM

@Nasriq
err. umo kamu bape sbenanye?

May 31, 2011 at 8:49 PM

101 dalmatians tu best ;D
cik scyaaa suka !

May 31, 2011 at 9:13 PM

baru jea masuk 72... hoho...

May 31, 2011 at 9:16 PM

hahaha..sape la yang tak suke karton..orang tua cm apik ni pon minat gak..hehe

May 31, 2011 at 9:17 PM

bgus2 ;)

May 31, 2011 at 9:25 PM

@Scya Lollita
mmg best! dan comel! dan kiut! dan..dan.. :)

May 31, 2011 at 9:26 PM

@Nasriq
mude lagi beb!

May 31, 2011 at 9:26 PM

@apik pehe
kite geng la apik!

May 31, 2011 at 9:26 PM

@Fyqa
bagus? ok bagus2 :)

May 31, 2011 at 10:34 PM

sy sgt suke nengok cite katun daddy long legs & ninja boy ;p

May 31, 2011 at 10:38 PM

@~SaL IjOu~
hihi. kartun mmg best!

May 31, 2011 at 10:46 PM

tak tengok 'fox and the hound' ke? haha

May 31, 2011 at 10:51 PM

@amir
amir! tak ingat la pnah tgk ke tak. banyak sangat kartun. hehe

June 1, 2011 at 12:00 AM

filem animasilah best untuk ditonton...rasa free sangat...hehe

June 1, 2011 at 1:18 AM

best cartoon tu !!
p/s : dulu2, abah selalu minta tolg saya teman dia tgk wresling.. teringat kisah lama..

June 1, 2011 at 11:06 AM

@Republic Aku
yah! btul tu :)

June 1, 2011 at 11:08 AM

@amna
amna pnah tgk kartun tu? :)

tak larat tgk wrestling. darah2~

June 1, 2011 at 2:35 PM

ha ah. saye cume tengok dragon ball. goku nmpak ganas. katun2 ni saye tak penah tengok. siryesly, sampai sekarang. hehe

June 1, 2011 at 5:08 PM

@cik azeya
ni filem animasi lama. bukan semua orang pnah tgk :)

Post a Comment