Monday, May 30, 2011

The Land Before Time


Aku membesar dengan kartun. Pelbagai jenis kartun. Pernah dibebelkan di sini. Salah satu kartun yang menjadi kegemaran waktu kecil dahulu adalah The Land Before Time. Di sini aku kenal apa itu dinosaur. Kenal watak Little Foot, Cera, Spike dan Ducky.

terima kasih pacik Google

Cerita ini memberi gambaran tentang zaman dinosaur. Ya, semestinya kita sendiri tidak pasti tentang sejauh mana kebenaran kewujudan dinosaur ini dan bagaimana rupa sebenar mereka. Kita hanya disogokkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh manusia Barat. Hanya Allah s.w.t. yang lebih mengetahui apa yang berlaku dan rupa sebenar hambaNya yang ini.

Walau bagaimanapun, cerita ini menitikberatkan tentang kasih sayang antara keluarga dan kawan-kawan. Pentingnya ikatan kekeluargaan dan persahabatan di kalangan kita semua.

Alamak, macam memberi review filem pula. Haha! Ada di antara kamu pernah menonton cerita ini? Selepas ini aku mungkin akan bercerita tentang Bambi, Dumbo dan sebagainya. 

hantu kartun~

24 comments

May 30, 2011 at 6:36 PM

Eh a'aala... Denosor tu wjud ke ek? Sbb lau ikt bku sjrh pon mnusia pra sejarah tu pon rekaan barat.. Tp lecturer sy ckp denosor wujud.. Die lecturer sejarahlah.. Herher.. Denosor tu pupus mse asteroid langar bumi.. Eh sy da konpius meteoroid ke asteroid (cam typo je).. Hehehe..

May 30, 2011 at 6:41 PM

dulu kecik2 slalu fikir zirafah tu dinasour..hehe

May 30, 2011 at 6:48 PM

@Liyana Zahim
tu lah. saye pun tak bape pasti.

May 30, 2011 at 6:49 PM

@Nonie
mmg ala2 mcm dinosaur pun. ahaks

May 30, 2011 at 7:08 PM

iema tengok cite mama yokies je dulu dengan tomatoman...
suka cite 2...

May 30, 2011 at 7:30 PM

kenapa aku tak pernah tengok pun karton ni yea... tak sezaman ke? hoho... aku ni tua sangat kot...

May 30, 2011 at 8:06 PM

@ïêmå å¢klê§
eh. saye pun tgk kartun tu gak :)

May 30, 2011 at 8:07 PM

@Nasriq
yeke tak pernah? takkan la tua sangat kot. huhu

Anonymous
May 30, 2011 at 8:53 PM

mcm pernah tgk tp lupa

May 30, 2011 at 9:09 PM

xprnh pulak lyn kartun ni..
hihikk

May 31, 2011 at 9:54 AM

Baa~ CAK!!

Xbest2. Lagi best cyber rider dgn moespada.

May 31, 2011 at 10:24 AM

pernah tgk kartun ni dulu,,tapi dah lupa..cter kartun pun ade moral value jugak..bukan drama melayu je.
skng ni tgh layan boboiboy..^^

May 31, 2011 at 11:00 AM

anak saudara sy suka layan kartun..huhu.. tp bila dh tua bangka ni sy x suka tgok kartun..heheheh

May 31, 2011 at 12:11 PM

@Azroy Kassim
tu kartun berepisod. yang ni dah kire filem animasi. adeh, roy ni~

May 31, 2011 at 12:11 PM

@fadh leyanie
btol2! nak tgk cite ape2, biarla ade moral value nye. bleh serap sket

May 31, 2011 at 12:12 PM

@Khairul Antasha
hehe. ni kartun dulu2

May 31, 2011 at 12:17 PM

salam ziarah...
cantiknya header belOg dill...

pernah tengOk cerita ni...byk tOnjOlkan kasih syg kat dlm cerita katOn nih...

May 31, 2011 at 12:28 PM

@mOon jOhari
terima kasih moon :)

yah. mmg banyak moral dlm cite ni. utk ajar budak2 kan

May 31, 2011 at 12:31 PM

lupa pernah tengok ke x..heee

May 31, 2011 at 12:32 PM

@bunga
hihi. ni kartun old skool.

Anonymous
May 31, 2011 at 4:11 PM

cartoon spongebob pling best..aku yg dewasa ni pon masih layan spongbob

May 31, 2011 at 7:25 PM

@ibnubaba_04
same lah :)

June 1, 2011 at 4:02 AM

jawapan saya... dinosaur wujud dan Allah hapuskannya untuk letak nabi Adam di bumi..

cuba imagine kalau Nabi Adam bersama dinosaur.. pasti sakit kena gigit..

apa2 pun Allahu Alam..

wow suka eh cite ni... saya pun.. sbb mmg menyayat hati..

June 1, 2011 at 11:09 AM

@Secret Drifter
old cartoons are the best :)

Post a Comment