Tajuk sahaja dalam Bahasa Inggeris. Intipatinya dalam Bahasa Malaysia. Tak pe la kan =)
Jumaat lepas, menemani sahabat baik di KL Sentral. Banyak yang dibincangkan. Lagaknya seperti masalah negara sahaja. Padahal, hanya hal-hal berkaitan kami berdua dan manusia dalam hidup kami.
Kami duduk berdekatan dengan KFC. Tiba-tiba mataku terpaku pada satu susuk tubuh. Dia melihat ke arahku dan tersenyum. Aku terkejut! Wei! Aku dah lama tak jumpa mamat itu! Hampir tiga tahun. Dia mendekatiku lalu membuat aksi seperti ingin memelukku di situ. Aku tahu dia main-main saja. Suami orang tu weh.
Acik. Dia bekas rakan sekerjaku tika di sektor swasta dahulu. Dia tanya macam-macam. Atas sebab-sebab yang tak dapat aku rungkaikan di sini, aku memilih untuk tidak menjawab beberapa persoalan darinya. Dia agak terkilan. Maaf, kawan. Bukan semua perkara boleh dikongsi.
Fiza, macam mana sekarang?
Macam ini lah. Sama je.
Acik tengok dah makin kurus la.
Mana ada. Sama je.
Pot pet pot pet. Dia meminta diri. Yah, aku tahu sekarang dia bekerja di KLCC.
p/s: hape la aku ni. pasal menda ni pun nak tulis di sini.
p/s: fiza pun nama aku juga :)
p/s: dia bukan ex-bf aku.
p/s: dia bukan ex-bf aku.
20 comments
ex bf ek
@Aimi dan Pakcik Hashim
bukan la. kawan
seronokkan kalau jumpa kwn lama ni...
kdg2 byk soalan yg ingin ditanya tak terjawab...hehehe...
@KUREKURE COMEL
mmg banyak soalan die tanye. saye banyak sengih je. ahaha!
ada soalan tak semestinya ada jawapan...
wah lama tak jumpa tu bertahun tahun.... mesti masa mecemburui nya kan...he he he.... kira bertuah la dapat jumpa juga member member lama ni...he he he
Kontroversi kontroversi. Kita terjah... Hahaha :D
@Nasriq
btul tu. bukan semua perlu ada jawapan
@Mr iz
tu la. tak sangka. terkejut tahap dewa. huhu
@Miss Tira
alamak. macam rancangan tv lak. hihi
aida suka kalau kawan2 lama puji makin kurus...
haha..tak senonoh perangai :)
hihi...pot pet pot pet..bla..bla..bla..bla..
terima kasih awak..jom mkn eskrem smbil duduk tepi padang bola sambil tengok budak laki main bola.. auwwww......
erm...
ni mesti ade pape ni...
ade hati erk... LoL
gurau je dill...^^
@aida4eva
haha! sape la yang tak suke cik aida oi :)
@Khairul Antasha
jom2! kite bli eskrem sedap :)
@Shamsuddin Amin
tak de pape. kite ade hati kat awak je. hihi ^^
mesti peminat setia ni....
@ïêmå å¢klê§
haha! tak de maknenye
jadi nama dill,fiza lah ek...hurmm
@ghost writer
fiza & dill adalah sebahagian dari nama penuh saye :)