GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Sebelum ini aku hanya menyampaikan ucapan Hari Guru kepada insan-insan bergelar pendidik dalam hidup aku. Kali ini aku sendiri menerima ucapan daripada famili, sanak-saudara dan kawan-kawan. Terima kasih. Seringkali aku baca puisi 'Guru Oh Guru' nukilan sasterawan negara, Usman Awang dan setiap kali itu lah jiwaku terisi.
Tidak pinta wang berjuta, cukup keputusan terbaik cuma. Ikhlas dari jiwa raga moga tersimpan ilmu di dada mereka. Buat guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang pernah mencurah ilmu kepadaku, jasa kalian aku kenang sampai mati. Terima kasih untuk segalanya. Tanpa kalian, aku ini tiada apa.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpian yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuag sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilan apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
30 comments
ye selamat hari guru ye cik dill... moga menjadi pendidik yang terbaik buat negara kita... sabar ... yakin... semangat...dalam mendidik...dan selamt juga hari guru pada guru guru sedunia...he he he
selamat hari guru!
selamat hari guru dill :)
jd la pendidik seikhlas hati..kerjaya y amat murni :)
@Mr iz
terima kasih mr iz :)
doakan saye eh
@z a z a
terima kasih zaza :)
@Nonie
terima kasih cik nonie :)
selamat hari guru :)
weh cikgu..aku nak haidah frmane gamba..aku tau kau akan dapat frame gamba yg banyak hari ni
KAHKAHKAH
camat ali gulu cikgu...
selamat hari guru utk awak...
:)
selamat hari guru..
=)
@whitelover
terima kasih :)
@Abang Zam
haha! laju je ye~
@Nasriq
terima kasih :)
@Khairul Antasha
terima kasih awak :)
@Cik Ezy
terima kasih :)
Selamat Hari Guru Miss Dill. ^^
@Miss Tira
tira! tira! time kasih :)
selamat hari guru miss dill
uishh susah 2 nak jagi guru berdedikasi....
sabar je la dill erk...
pengorbanan 2 dihargai sampai ke akhir hayat...
Selamat hari guru yah Miss Dill!!
jika ada tersilap kata, Jue mohon ampun. :)
@ïêmÃ¥ Ã¥¢klê§
iema, terima kasih :)
@Miss Shikio
terima kasih jue sayang. rase mcm ucapan hari raya lak :)
aku baru saja terfikir kalau kau.....
"wah!dia juga bisa jadi pencinta puisi yang meletakkan puisi seiring kecintaannya pada para pendidik..."
dan saat belum menghabiskan pembacaan puisi aku seolah mengenal bait dan irama dari seorang tokoh yang matinya masih mau dikenang sebagai 'tongkat warrant'.
'cintai' guru kamu seolah kamu mencintai rantai emasmu.
slmt hari guru cikgu...^^
@ghost writer
tiada kata lain mampu diluah kecuali ucapan terima kasih kpd kamu :)
@Shamsuddin Amin
terima kasih, dean :)
Selamat hari Guru Cekgu Dill.... :)
@akulahct
terima kasih :)
Selamat hari guru!!!!!!!!!!!!!!!!!!
*sambil jerit kuat kuat pakai mic. haha
@rj Etika
hihi! terima kasih, awak!