Sunday, May 1, 2011

Segmen Weh! Halah, die bukan nak baca pun apa aku type

Segmen hujung minggu dari Abang Zam!

Klik banner kat bawah ni kalau nak join okei.

dengki ah!

ittew nark kasi suwat kat cikgu dill ittew. ittew tawu diew tark akan bacew suwat ni. diew sibuk tanda buku ittew nan kawan-kawan ittew. 



Kehadapan Cikgu Dill yang saya kasihi,

Saya layangkan surat ini kepada cikgu kerana saya ingin memberitahu cikgu yang saya cinta dan sayangkan cikgu.

Cikgu Dill,

Walau bertebaran paku di jalanan, akan saya redah demi untuk ke sekolah. Walaupun saya tahu cikgu sengaja tabur paku-paku itu di laluan utama saya ke sekolah, saya pasrah kerna saya sayang padamu, cikgu.

Saya masih teringat saya mengejar cikgu tika pulang dari sekolah, tiba-tiba perut saya memulas. Sakit tahap gaban. Saya rayu cikgu supaya tunggu saya. Dengan senyuman cikgu angguk. Oh, ayunya wajahmu pada waktu itu. Sedang saya syok-syok membuang hajat, saya terdengar pintu tandas dikunci dari luar. Saya tahu, mesti penjaga bangunan yang kunci. Sudah pasti Cikgu sudah lama berlalu dari situ tanpa memberitahu penjaga bangunan tentang saya yang sedang berjuang di dalam tandas. Tapi saya tak kisah. Cinta saya pada cikgu mekar semekar-mekarnya.

Cikgu Dill, 

Saya setia menunggu cikgu di depan pintu pagar. Agak terkilan apabila cikgu nampak saya di situ, cikgu terus buat pusingan 360 darjah dan menuju ke laluan alternatif. Saya cuba mengejar tetapi ditahan oleh Boboi, pembuli nombor satu sekolah kita.

Cikgu Dill,

Dengar cerita cikgu sudah mahu menamatkan zaman bujang cikgu. Saya rayu pada cikgu. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya cinta cikgu. Balik sekolah ni, kita balik sekali ya!

Ikhlas,
Muhammad Hafiz Danial
Darjah 2 Mutiara.


p/s: abang zam, haha! surat ni rekaan dill. tak de maknenye anak murid umur lapan tahun nak hantar surat macam ni.

22 comments

Anonymous
May 1, 2011 at 12:20 AM

br terpikir idea nak buat entri mcm ni. entri kepada org yang x wujud

May 1, 2011 at 12:22 AM

cepat2 buat. mau baca!

May 1, 2011 at 12:30 AM

hehehe...khas buat cikgu ya

hey come on dill! abg bujang lagi!
hahahahaha

thangs juin! abg review nt.. :)

May 1, 2011 at 12:34 AM

hahaha! ampeh. ape kene mengene ngan abang zam yang bujang tu. :P

May 1, 2011 at 12:46 AM

miang punye anak murid..hehe

May 1, 2011 at 12:47 AM

hehehe. :)

May 1, 2011 at 8:44 AM

ni cikgu ke anak murid yang gatal ni... agak musyikil jugak ni... jom garu2 dagu...

May 1, 2011 at 8:48 AM

haha! anak murid la~

May 1, 2011 at 10:17 AM

gaban..gaban .teringat gua zaman bebudak dulu

Anonymous
May 1, 2011 at 1:56 PM

Kuat betul imaginasi Miss Dill. Hahaha.

May 1, 2011 at 2:09 PM

amboih...

entah2 real kot ni

hahahha~

May 1, 2011 at 4:19 PM

ambuihh. ada hati kat cikgu ka. hehe

May 1, 2011 at 6:45 PM

cerita sadis cinta cikgu.Sama kesahnya ngan cik rosmali

May 1, 2011 at 7:30 PM

cikgu dill...

hari tuh masa tunggu cikgu dill balik dari sekolah,cikgu dill tak muncul2...wah giler punya tunggu.tetiba pak guard lari2 anak sambil bagitau yang cikgu dill terkunci dalam kelas sebab tertidur...kita sedih tau...cikgu dill mesti lapar giler kan....kan...jom saya belanjer cikgu dill makan kat bawah pokok ketapang...

May 1, 2011 at 7:35 PM

haha! jom kite lunch sesame ye hafiz danial :)

May 1, 2011 at 9:05 PM

@brutal solo: pnah anta surat kat cikgu ke? hihi

@tira: segmen abg zam punye pasal, dikerah otak ni supaye dlm ilham. haha!

@shikio: tak de maknenye! haha!

@fyqa: budak tu. bukan saye. lalala~

@headmaster: ni citer rekaan je :)

May 1, 2011 at 10:02 PM

hahahaaa... terbaeeekkk...=)

May 1, 2011 at 10:07 PM

err..hahaha!

May 1, 2011 at 11:50 PM

hahaha...kalau betul2 tu...mmg agak tergamam la gamaknya...hehehe

May 1, 2011 at 11:54 PM

saye pun tergamam kalo btol2

May 2, 2011 at 12:38 AM

baru tau awak ni cikgu....hehehe~

May 2, 2011 at 12:43 AM

alamak! kantoi~

Post a Comment