Tuesday, May 17, 2011

laksamana jiwa dan kesatria hati

Suatu pagi yang hening, Laksamana Jiwa berjalan dengan megahnya menuju ke rumah Kesatria Hati. Hajatnya cuma satu. Mengajak Kesatria Hati untuk sama-sama memerangi Parasit Kematian yang berusaha menghancurkan negeri mereka, Camedilot.

Kesatria Hati, sudikah kamu berjuang bersama-sama aku membunuh Parasit Kematian?

Aku masih cedera akibat peperangan lalu. Namun, ini bukannya alasan untuk aku membelakangi negeri tercinta, Camedilot.

Jadi, ayuh kita menyediakan bala tentera secepat mungkin. Parasit Kematian sudah menghampiri sempadan negara kita.

Dua sahabat menuju ke medan peperangan. Dari kejauhan, dapat dilihat panji-panji lambang tengkorak melayang-layang ditiup angin.

Parasit Kematian!

Tentera Parasit Kematian amat ramai dari bala tentera Laksamana Jiwa dan Kesatria Hati. 

Mati kau Jiwa! Hati! Hahahahaha! Biar kami takluk Camedilot. Biar mati semua!

Ah! Jangan kau fikir kau mampu kalahkan kami. Akan kami tentang kamu sehingga titisan darah terakhir!

Peperangan memang kejam. Undang kesedihan dilitupi api kemarahan. Jiwa dan Hati bermati-matian menghunus senjata menghalang Kematian mara ke hadapan. Ambil masa beribu tahun tanpa henti. Sampai bila peperangan ini? Sehingga Jiwa dan Hati gugur ke bumi Camedilot? Sehingga Parasit Kematian ketawa celaka sambil menakluk Camedilot?

Tiada siapa yang tahu. 

to be continued.

22 comments

May 18, 2011 at 12:07 AM

ada berapa episod ni?

May 18, 2011 at 12:18 AM

nak buat novel ke ni?

May 18, 2011 at 12:58 AM

menarik, interperasi konseptual. hehe. tak sabar nak tunggu sambungan.

May 18, 2011 at 1:18 AM

aaa..apik tak paham..hehehe

May 18, 2011 at 1:40 AM

he he he misteri menanti pasti...akan ku tunggu keputusan nya nanti....he he he.....

May 18, 2011 at 11:05 AM

karya ori ke nie?? nice..sambung2..jiwa memang kecik..tapi kalau dah berhati waja takde apa mmpu halang..

May 18, 2011 at 11:06 AM

Terasa seperti mengimbau kembali memori belajar komsas dahulu kala.haha!

May 18, 2011 at 3:40 PM

Peperangan menghasilkan api kebencian.. Tak suka tak suka...

May 18, 2011 at 3:49 PM

@Nasriq
berapa kamu nak? haha!

May 18, 2011 at 3:49 PM

@ieyla
haha! saje menulis. tak layak diangkat jadi novel pun :)

May 18, 2011 at 3:50 PM

@KHRLHSYM
yeke hisyam? pd saye biase2 je. huhu

May 18, 2011 at 3:50 PM

@apik pehe
haha! apik terjemah je ikut pemahaman apik :)

May 18, 2011 at 3:50 PM

@Mr iz
misteri kah mr iz? hehe

May 18, 2011 at 3:51 PM

@mykhalis
original dari dill :)

May 18, 2011 at 3:51 PM

@tieykah
sudah rindu sama komsas ya? hehe

May 18, 2011 at 3:51 PM

@Miss Tira
tiada siapa yang sukakan peperangan, kan?

May 18, 2011 at 9:44 PM

hati mati
macam simbolik kepada sesuatu dalam jiwa .
emmm

kalau tgk drama kan ... part plg bengang adalah bila nampak

to be continued tuh..atau tbe2 je iklan n cte lain kuar . =)

May 18, 2011 at 11:05 PM

@Anis Mohd
hehe. tapi ini cerita bosan, anis :)

May 19, 2011 at 8:54 AM

baa~ CAK!!

wow!! novel!!

May 19, 2011 at 5:58 PM

@Azroy Kassim
ni novel eh? hehe

May 23, 2011 at 9:05 PM

haaaa...ni yg firstkan....baru betul2 paham...hehehe..

May 23, 2011 at 9:18 PM

@KUREKURE COMEL
hehe. mina paham eh? ramai tak paham sbenanye

Post a Comment