Pada aku, tiada hari spesifik untuk meraikan Emak aku. Hari-hari adalah hari Emak. Bukan lapan haribulan Mei. Bukan setiap hari ahad minggu kedua dalam bulan lima. Hari-hari aku ingat Emak. Kalau boleh hari-hari mahu jumpa Emak. Tidak perlu bersembang bagai. Asal nampak Emak depan mata, itu sudah cukup untuk aku.
Emak, pengorbanan Emak tak terjangkau dek tangan ini. Pengorbanan Emak lebih tinggi dari langit. Kasih emak kasih syurga. Tanpa Emak, aku ini tiada makna.
Emak, masih ingat tak dulu Emak pernah kejar Along dengan rotan kat padang bola? Hehe. Along tak ingat la sebab apa Emak kejar Along. Mesti sebab Along nakal amat kan? Masa kecil, Emak garang wo~ Along takut. Tak berani nak loyar buruk dengan Emak.
Sekarang ini Emak sudah seperti kawan. Kadang-kadang lawak Emak buat kami adik-beradik ketawa terbahak-bahak. Emak kata Emak minat tengok cerita Tamil. Sebab apa? Emak suka tengok babak mereka berlawan. Lawak, Emak kata.
Emak, Along sayang Emak sangat-sangat. Sebelum cuti sekolah nanti, Along belikan ink printer Emak ye. =)
Selamat Hari Emak Sedunia.
Emak, Ummi, Mama, Mom, Mum, Mother.
Hari-hari adalah Hari Emak.
Kasih Emak Sampai Syurga.
Buat sahabat yang Emaknya sudah dijemput Ilahi,
kita sama-sama panjatkan doa untuk mereka.
Moga ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.
Buat sahabat yang Emaknya sudah dijemput Ilahi,
kita sama-sama panjatkan doa untuk mereka.
Moga ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.
p/s: siapa kata ayah tak penting? emak di jiwa, ayah di hati. dua-dua bercantum dalam satu nyawa. nyawa si dill.
22 comments
Kalau hari2 adalah hari mak... hari bapa pulak bila?
@Nasriq
hari2 pun adalah hari ayah. dua2 saye sayang
stiap hari adalah hari mengasihi parents! uweeeh!
hahahaha
@Abang Zam
btol! hihi
selamat hari ibu jgk.....hhmmm...
@KUREKURE COMEL
mina, kite doa same2 utk arwah emak mina ye
wish Allah bless them..
@ghost writer
terima kasih, ghost :)
Kejar dengan rotan kat padang bola. Ni mesti kes main bola tak ingat dunia ni. Hahaha. Selamat hari ibu. :)
selamat hari ibu tok miss dill, ehh mak miss dill...
mak iema jugak..
mak semua orang jugak..
hihi
@ïêmå å¢klê§
yah! selamat dan selamat
hero tamil kacak2 gak
@Miss Tira
hehe. main sampai tak ingat nak balik umah
@Aimi dan Pakcik Hashim
yah. mmg kacak~
khalis rasa bersalah bila semua orang kata hari ibu hari sambutan yahudi..nak ucappun macam serba salah
@mykhalis
tu sbb hari2 ade lah hari emak. tak yah spesifikkan mana2 tarikh pun :)
stiap hri adlah hri ibu + bapa :')
@Fyqa
ya betul!
selamat hari ibu~
kasih ibu tidak terperi..kasih ayah sentiasa di hati :)
tengok cite tamil mmg menghiburkan . anis setuju.hahaaa
@aida4eva
btul tu aida!
@Anis Mohd
anis bleh la geng ngan mak saye :)