Wednesday, May 4, 2011

komik.komik.komik.

Disclaimer: Aku bukan seorang otaku. terima kasih.

Aku suka baca komik. Aku mula mengumpul komik sejak umurku 17 tahun. Komik berlatarbelakangkan Jepun zaman kuno menjadi pilihan.
ehsan pacik Google

Jika anak gadis lain meminati Sailormoon atau yang sewaktu dengannya, aku lebih teruja dengan pencak pedang yang diketengahkan dalam komik ini. Peperangan. Pancung sana sini. Palitan darah di setiap ceruk. Anak kecil bawah umur tidak digalakkan membaca komik ini. Aku kumpul duit untuk membeli komik ini pada setiap bulan. Alhamdulillah, aku berjaya mengumpul set lengkap komik Satria Pedang (Rurouni Kenshin).

Siri penyiasatan Hajime Kindachi menarik minat aku kerna jalan penceritaannya turut sama menyeret aku ke kancah misteri.
Google sedekah
Budak lelaki ini dikatakan punya IQ 180.  Penulis komik ini menggunakan pelbagai sumber yang ada untuk jadikan misteri lebih rumit, kabur dan menyesakkan otak. Aku berjaya kumpul berpuluh-puluh buah komik. Cukup berset-set.

Aku simpan cermat dalam kotak-kotak dan letakkan di bawah katil. Suatu hari, emak dan adik telah mengeluarkan kotak-kotak itu dan meletakkannya di luar rumah. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, hujan turun dengan lebat. Kotak-kotak yang berada di luar rumah habis kebasahan. Emak dan adik tanpa lengah, terus membuang kotak-kotak itu. 

Aku tidak tahu menahu. Aku pulang bercuti. Mencari kotak-kotak itu.

"Mana komik semua eh?"

"Dah buang. Hari tu hujan. Kotak basah." selamba sahaja jawapan dilontarkan.

Aku tergamam. Astaghafirullah. Tidak terkata apa-apa. Kelu.

"Kenapa tak tanya dulu? Komik tu kumpul dari zaman sekolah," akhirnya terkeluar juga suara. 

Tiada jawapan.

Sedih. Terasa kulit disiat mentah.

21 comments

May 4, 2011 at 7:41 PM

hajime kindachi saya baca!!!

cuma untuk siri penyiasatan yang hajime kindachi dituduh membunuh tu tak sempat nak baca.

suka vagabond.

May 4, 2011 at 7:54 PM

sedak sedak anime ni.

May 4, 2011 at 8:05 PM

suka samurai X jugak

heheheh~ lagu crita tu best

Shikio suka kumpul buku dragon ball hahaha~ seluruh adek bradek suka crita tu

May 4, 2011 at 8:23 PM

ehhh samurai tuh...apik suke sangat..adehh..aper dah name dia

May 4, 2011 at 8:40 PM

alolo...cik dill...mina pun suka gak kumpul buku dulu...mina kumpul buku penyiasatan 5 bersaudara..best...


bila apak kawen baru...mak baru bakar semua buku mina...sedih gila....

May 4, 2011 at 8:51 PM

haaa
sebab tu anis tak penah beli komik sendiri

May 4, 2011 at 8:51 PM

kesiannye.. bawak banyak bersabaww yew ;)

May 4, 2011 at 9:04 PM

perhhh nyirap la pe lagi..hehee penat je kumpul2 ek..

May 4, 2011 at 10:11 PM

@hisyam: saye ade koleksi yang tu jugak!

@hiro: mmg sedak. hihi

@shikio: adik saye pengumpul komik dragon ball :)

@apik: kenshin himura :)

@mina: ala sedihnye..saba ye

@anis: wuwuwuw. sedih

@rara: masih terbayang2 cik rara

@azi: tu la. wuu~

May 4, 2011 at 10:14 PM

simpati dari ku...aku dulu kumpul komik kungfu dari hongkong...

May 4, 2011 at 10:16 PM

dewata raya?

May 4, 2011 at 11:28 PM

saya tak suka komik2 di atas .. saya suka mengembara dengan komik detektif conan and doraemon je.. amerconer berkata

May 4, 2011 at 11:31 PM

@amercorner.co.cc biaselah. minat masing2 kan :)

May 5, 2011 at 12:10 AM

waaaa..kalau aku sendiri tak kan mampu menahan sedih dengan kehilangan tuh semua.bagi aku koleksi peribadi sangat memberi kesan pada aku apalagi ia seolah mengumpul moment kita bersama...

ouh sayangnya...di mana harus dapatkannya semula.

May 5, 2011 at 9:31 AM

iema malas sikit bab2 nak beli ni...
tp iema suka anime...
kero..kero..keroooo

Anonymous
May 5, 2011 at 9:32 AM

huhu sayangnyer~ akak pun suka mengumpul jugak. Hehehe buku2 dari zaman sekolah lagi masih tersimpan rapi. Tapi aritu anak-anak akak cari buku punya pasal, habis diguntingnya :(( ..penat mengumpul dan penat mengemas lagi..sabow je la~~

May 5, 2011 at 6:27 PM

@ghost writer

entahlah ghost. sedih sangat. usaha. masa. duit.

hilang semua.

May 5, 2011 at 6:27 PM

@ïêmå å¢klê§

suke keropi eh?

May 5, 2011 at 6:27 PM

@wafiqa

budak2 mmg suke kertas. siannye akak

Anonymous
May 5, 2011 at 9:28 PM

haha
kumpul balik sampai anak cucu plak

May 5, 2011 at 9:36 PM

@Aimi
bleh je. bak duit. huhu

Post a Comment