Friday, July 1, 2011

hari ambil kad kamajuan

8.00 pagi hingga 12 tengahari.

Tiga puluh minit sebelum waktu menginjak pukul dua belas, seorang ibu melangkah masuk. Ingin mengambil kad kemajuan anaknya. Anaknya yang satu itu sudah bertanya "Mana ibu saya, cikgu?" sejak dari pukul 8 pagi lagi. Dia menunggu ibunya datang bukan kerna seronok mengambil kad kemajuan. Dia teruja untuk balik rumah sebenarnya. Boleh dia berlari sana sini bersama jiran merangkap rakan sekelasnya secepat mungkin. Tepat pukul dua belas, urusan antara ibu dan aku selesai. Ibu itu keluar bersama anaknya. Kelihatan masih ada seorang anak murid diam berdiri berdekatan mejanya. 

"Ainul, dah pukul dua belas. Ainul balik dulu ye. Esok saya kasi nombor untuk Larian 1 Malaysia tu ye."

Perlahan dia mengemas beg dan berjalan pulang. Aku pasti dia sedikit terkilan kerna emak ayah dia tidak sempat mengambil kad kemajuan miliknya. Mungkin emak ayahnya agak sibuk dan tidak berkesempatan untuk datang ke sekolah. 

Teringat ketika aku berada di Tingkatan Dua dahulu. Aku bersekolah sesi petang. Hari itu hari mengambil kemajuan. Ayah berjanji akan datang selepas pulang dari kerja. Ayah kerja syif. Jadi jadual kerjanya tidak menentu. Aku melihat seorang demi seorang emak atau ayah rakan sekelasku datang dan kemudian mereka pulang ke rumah bersama-sama. Makin lama, makin sedikit rakan yang tinggal. Akhirnya tinggal aku seorang. Aku terjenguk-jenguk, bertanya dalam hati, mana Ayah ni. Aku menunggu dan terus menunggu.  Lewat petang, akhirnya..

"Assalamualaikum, Cikgu. Saya datang nak ambil report card anak saya, Dill."

Ayahku sampai. Berbincang dengan cikgu kelasku. Tentang aku yang entah apa-apa di dalam kelas dan macam-macam lagi. Aku sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Terima kasih, Ayah sebab sempat datang. =)

Ainul, jangan sedih ya. Hari Terbuka hujung tahun ni mungkin cikgu boleh jumpa Emak atau Ayah Ainul  =)

24 comments

July 1, 2011 at 2:20 PM

sedihnya, kesian kat Ainul tu... maybe mak ayah dia busy tapi at least luangkan la masa untuk anak sekejap~~~

July 1, 2011 at 2:43 PM

time nak suh mak ayah datang ambil report kad adalah time paling takut msa skola dulu sbb takut balik nanti kene sekeh... hehehehe

July 1, 2011 at 2:49 PM

aih, tiba-tiba teringat balik time skolah rendah dulu2
kalau ada PIBG, mula la bimbang takut ayah/mak x dapat datang
ye lah, sibuk di bendang
herm, itu semua kenangan :)

July 1, 2011 at 2:59 PM

Mesti nakal ni. huhu. :)

July 1, 2011 at 3:10 PM

tak pe ainul... mungkin ayah dan ibunya terlalu sibuk ..nasib baik ada cikgu dill... mungkin ada perasaan terpendam pada dia kot...nanti cikgu dill try la buat edisi siasat...he he he he

July 1, 2011 at 6:26 PM

Moga2 nnti da jd parents tak wat ank cani.. Siannyeee... Eh, sy buleh ke jd ibu yg baik agk2 ek? Hihihi~

July 1, 2011 at 6:32 PM

malu dia sama kawan2 n cikgu

July 1, 2011 at 7:34 PM

dulu anis lg suka klo umi n abi anis x dtg sekolah .. wahahhaaa

July 1, 2011 at 8:17 PM

@Miz Novexx
mungkin tak sempat kot. sian kat die

July 1, 2011 at 8:19 PM

biasa masa kecik dulu mak je datang..abah tak nah datangpun

July 1, 2011 at 8:21 PM

@KeTaM_BaTu
hehe. saye suke je g amik report card mase dulu2 ;)

July 1, 2011 at 8:22 PM

@penaberkala
btol2. tapi mak ayah saye mmg jarang datang utk pibg pun

July 1, 2011 at 8:24 PM

@Umedia Network
sape? ainul? ainul baik sangat.

saye? oh..saye 'baek' ahaks

July 1, 2011 at 8:25 PM

@Mr iz
die tak cakap banyak, ijat. diam je

July 1, 2011 at 8:25 PM

@Liyana Zahim
boleh ^^

July 1, 2011 at 8:26 PM

@Kapten Atok
mmg kesian tgk die tadi kapten. mesti die tertunggu2

July 1, 2011 at 8:26 PM

@Anis Mohd
anis nakal ye~

July 1, 2011 at 10:15 PM

hehehe..mcm2 nak jwb dengan mak ayah kan?
saya paham perasaan ainul
kalau mak abah dtg mmg syukur wpun x ckp byk sgt.hehe

July 1, 2011 at 10:54 PM

bapak gua akan datang skolah bila gua fail adoiii

July 1, 2011 at 11:54 PM

aku special sikit... cikgu yang datang jumpa... hoho... baik sangat kan...

July 2, 2011 at 6:20 AM

@suhaili sarif
mmg kesian tgk muke die tadi.

July 2, 2011 at 6:20 AM

@JARI YANG TERBARAI
kalau lulus, tak datang la eh?

July 2, 2011 at 6:20 AM

@Nasriq
perasan die ni. ahaks

July 3, 2011 at 10:28 PM

kesian Ainul~ =/

Post a Comment