Tuesday, July 19, 2011

saya gementar

3 Jaya: School Based Oral Assessment |English Language|

Berbicara tentang 'My Family' di hadapan kelas. Di hadapan kawan-kawan. Menilai kefasihan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

"Ahmad Muzakkir!"

Dia ketua kelas 3 Jaya. Berbadan kecil. Bijak. Baik budaknya. Berjalan perlahan menuju ke hadapan kelas. 

My name is Ahmad Muzakkir |dan seterusnya...| 

Tiba-tiba matanya berkaca. Mengesat air mata dengan tali leher. Ekspresi sedih sekali. Aku terkesima sebentar. Mengapa dia menangis? Bila masa aku marah dia? Dalam masa yang sama dia masih cuba berkata-kata sambil mengesat air mata. 

"Muzakkir, come here". Dia melangkah lemah. Tali lehernya masih dikesat pada mata.

"Kenapa Muzakkir menangis?" Sedih aku lihat air matanya laju turun. Aku pegang tangannya.

"Saya gementar" jawabnya sedih.

"Muzakkir, saya tak marah Muzakkir pun tadi kan? Saya nak tengok Muzakkir cakap je kat depan. Muzakkir tak payah takut. Muzakkir cakap je apa-apa. Don't worry ya"

Dia angguk dan berjalan semula ke hadapan. Dia cuba menyambung ayatnya tadi namun tidak berjaya.

"Thank you" dan dia duduk kembali.

Oh Muzakkir. Hatinya selembut jiwanya. Mudah tersentuh dengan apa jua perkara. Saya harap kamu tidak menangis tatkala kamu memarahi anakmu suatu hari nanti.

20 tahun kemudian: "Ayah marah ni!" kata Muzakkir kepada anak kecilnya. Dalam masa yang sama air mata Muzakkir mengalir deras.

Usah begitu ya Muzakkir? Sayang kamu ^^

24 comments

July 19, 2011 at 9:53 PM

=)

July 19, 2011 at 10:06 PM

hihikk..
mcm saye mase kecik2 je..
cuak je nk nanges..

July 19, 2011 at 10:27 PM

cikgu muka garang kot hahaha

July 19, 2011 at 10:30 PM

@penjajah minda
^__^

July 19, 2011 at 10:31 PM

@Cik Ezy
ye ke? sian die~

July 19, 2011 at 10:31 PM

@ORLANDO AHMAD
mungkin kot. gabra tgk muke dill. haha!

July 19, 2011 at 10:40 PM

haha
muzakkir mcm pernah jumpa watak dia

July 19, 2011 at 10:58 PM

Cikgu Dill ni garang sanagt kot... nasib abik tak terkencing dalam seluar budak tu...

July 19, 2011 at 11:28 PM

@Kapten Atok
hehe. die budak baik :)

July 19, 2011 at 11:28 PM

@Tukang Karut
ko dengki kan?

July 19, 2011 at 11:41 PM

neves nak bercakap kat depan la tu...hehe

July 19, 2011 at 11:47 PM

he he.... jiwa lembut budak tu... moga berjaya lah dia...he he he... ijat dulu kalau gementar je mesti sakit perut...he he he

July 19, 2011 at 11:50 PM

wah akak suh dorg ckp kt depn ek/
huhu

July 19, 2011 at 11:54 PM

budak yang sangat comel
:)

July 20, 2011 at 1:26 AM

dulu waktu sekolah rendah, gee tak penah menangis bile kena denda kt depan. muka sebal. tapi naik sekolah menengah, kena rotan kat betis je terus gee nangis. mase tu mungkin gee baru belajar rasa malu.... ^^

haiiii, teringat zaman dulu kala abes baca entri ni..

July 20, 2011 at 6:22 AM

@Lea IsNaw!
ha tu la. die mmg cepat gementar~

July 20, 2011 at 6:23 AM

@Mr iz
pastu kene g tandas kah?

July 20, 2011 at 6:23 AM

@suhaili sarif
yeap. salah satu model sboa kan?

July 20, 2011 at 6:23 AM

@chemay
dia mmg comel :)

July 20, 2011 at 6:24 AM

@She's Gee
sekarang sudah menjadi manusia kan? Alhamdulillah.

July 20, 2011 at 7:03 AM

ke miss dill ad marah die..
hihi.. gurau jerk..

July 20, 2011 at 11:02 AM

hatinya lembut. :)

July 20, 2011 at 11:22 AM

see...

hati lelaki pun mudah tersentuh aper..hihi

July 20, 2011 at 7:23 PM

ada x ckgu mcm tu skrg?tetbe teringak miss farhanah...


ckgu abg,tp muda blm kwin..lembut je orgnya,pndai menjaga aurat.


haihh..rs nk kwin dgn dia. :)

Post a Comment