Friday, July 29, 2011

kad hari lahir corak bola

Gollllll!!!!!!

Jerit Kamarul tanpa peduli mata-mata yang memandangnya di kedai mamak. Orang lain pun menjerit juga tetapi tidak sampai menghempas kerusi meja seperti Kamarul. Kemudian dia gelak besar dan matanya terus melekat pada kaca televisyen. Tiba-tiba dia terasa hujung bajunya ditarik perlahan. Dia menoleh. Seorang budak perempuan comel, bertocang dua sedang tersenyum kepadanya.

"Abang, kakak tu nak jumpa," kata budak perempuan itu sambil menunjuk ke arah kawasan berdekatan. 

Kelihatan seorang gadis memakai baju t sendat sedang tersenyum manis kepada Kamarul. Kamarul menelan air liur beberapa kali. Matanya tepat melihat dada gadis itu. Gadis itu menggamit Kamarul.

"Lauk ni," bisik Kamarul lantas bangun meninggalkan meja lepaknya.

"Hai, saya Kamarul. Awak?" Kamarul mula mengayat. Ayat-ayat cinta.

Gadis itu tersenyum manis. Cair hati lelaki Kamarul. Gadis itu menarik lembut tangan Kamarul dan berjalan menuju ke rumah flat miliknya. Hati Kamarul berbunga riang. Ah! Pedulikan perlawanan bola Malaysia lawan Singapura. Yang penting aku kenyang malam ni.

"Jemput masuk, Abang. Alis nak tukar baju," katanya.

"Abang nak ikut!" balas Kamarul nakal.

Anggukan diterima menggembirakan Kamarul. Apabila dia melangkah masuk sahaja ke bilik gadis, pandangannya tiba-tiba gelap. Hitam.

Kamarul terpisat-pisat bangun apabila dirinya disimbah sebaldi air. Badannya terikat pada kerusi. Di hadapannya gadis itu sedang memegang sebilah pisau rambo. 

"Abang, Alis nak buat kad hari lahir corak bola. Tapi Alis tak cukup warna merah. Alis nak mintak darah Abang sikit ya." 


"Kau gila, pompuan! Lepaskan aku, bodoh!"


Alis senyum.

Dia menoreh lengan, peha, betis dan mana-mana daging pejal Kamarul. Kamarul menjerit kesakitan. Ditadahnya darah itu ke dalam mangkuk lutsinar. Kamarul melihat Alis membenamkan berus lukisan dan mula mewarna kad hari lahir corak bola sebesar alas kaki.

"Kau gila, pompuan! Kalau aku dapat, siap kau!"

"Tapi sekarang Alis yang dapat Abang kan?" Alis merodok perut Kamarul. Rodok dalam. Tarik. Rodok lagi dalam. Kamarul tercungap-cungap. Alis menjilat kesan-kesan darah pada pisau rambonya. "Alis ingat Alis nak simpan telinga Abang la," sepantas kilat dia memotong telinga Kamarul.

"Aaaaaaaaaaaaaaaa!!! Bodoh! Sial! Pompuan tak guna!!!"

Alis senyum. Diambilnya wayar kabel telefon dan dililit-lilit tengkuk Kamarul. 

"Kau nak buat apa, sial?!"

"Alis nak hantar Abang ke syurga,"

Direntap tali sekuat hati. Sehingga tiada nafas masuk ke rongga peparu Kamarul. Terjerut sampai putus nafas.

Alis senyum lagi. Kad hari lahir corak bola sudah tersedia. Boleh dia simpan buat koleksi kad hari lahir.

Senyum.

13 comments

July 29, 2011 at 8:45 AM

layan cerita seram pagi2 ni....

July 29, 2011 at 8:55 AM

peghhhhh... kejam gila... dill sudah menulis cerpen seram pulak dah...

July 29, 2011 at 9:11 AM

best cerita ni cik dill...boleh melangkau jauh ni.. merentasi sempadan... nak lagi...he he he.... mungkin pasal ada ayat merenung didada...he he he he...opppssss....

July 29, 2011 at 10:44 AM

alahai laling wat citer seram, meremang bulu kaki Gua...

July 29, 2011 at 11:12 AM

bau2 KH kat sini..kehkehkeh

July 29, 2011 at 12:22 PM

erk..
seram giler..
saiko la pompuan tu..
huhukk

July 29, 2011 at 1:08 PM

tinggi betul imaginasi dill neh..
tp citer ni menarik

July 29, 2011 at 1:43 PM

takutttttt.
:(

July 29, 2011 at 3:02 PM

imajinasi yg awesome.. best gak cerita ni..blh buat koleksi cerita pembunuhan bersiri Alis..:)

July 29, 2011 at 3:56 PM

dua imaginasi dalam satu cerita... terbaik lah.. aku suka bab mula mula tu...

ingat kan pompuan tu nak buat ehem ehem last last ada psyco sikit... ahaha best best imaginasi yang baik..

bila nak buat short film malaysia? jln cerita da ada....

July 29, 2011 at 4:41 PM

hehehe.. aurm~

July 29, 2011 at 5:22 PM

kejam nye pembunuhan..tak sangka pandai bercerita bab2 kejam ni..haha ngeri je..cer letak gambar..haha

July 30, 2011 at 12:17 PM

whuhuh..terobek rasa perut ni~ =p

Post a Comment