Monday, July 25, 2011

si dill yang garang

Muka cikgu lucu la. Saya rasa cikgu tak garang. - persepsi pertama seorang anak kecil ketika berjumpa denganku di luar waktu sekolah.

Aku senyum.

Engkau garang? Aku tak percaya la. - rakan sezaman belajar.

Aku senyum lagi.

Aku seorang yang garang. Aku akui fakta itu. Tetapi ia hanya untuk beberapa kondisi sahaja. 

#apabila anak muridku tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan;
#apabila anak muridku bising tidak ingat dunia;
#apabila anak muridku tidak mendengar kata.

dan mereka memahami perangai aku yang itu. =)

Aku bukan jenis naik marah membabi buta. Aku pernah tulis sebelum ini bahawa aku tidak suka manusia yang tiba-tiba menjerit sakan tanpa sebab. Seperti tidak berpendidikan lagaknya. Aku tidak mahu menjadi seperti manusia itu. Ya, aku seorang cikgu yang garang amat. Rasanya semua murid sudah tahu. Aku cuma menggarangkan diri aku ketika aku di sekolah dan bersama-sama murid-murid sahaja. Dengan orang lain suara aku mendatar sahaja. Pernah sekali aku menjerit di kantin untuk mengawal murid-murid dan kakak kantin menegurku;

Cikgu, saya tak tahu cikgu boleh menjerit. Sebelum ni suara cikgu perlahan aje.

Aku sengih.

Mengapa perlu garang-garang? Budak-budak tak suka la. Usah amalkan pengajaran konvensional. Pelbagaikan cara pengajaran. Manis-maniskan diri kamu, cikgu. -petikan dari komen kawan-kawan aku.

Dalam belajar, perlu fokus. Budak-budak sekolah rendah ini bukan senang hendak fokus. Lebih-lebih lagi jika matapelajaran yang dipelajari tidak diminati, mereka lebih cenderung untuk hilang fokus dan mula membuat onar. Bagaimana hendak membuatkan mereka fokus? Salah satu cara adalah mendisiplinkan mereka. Ya, ramai orang kata guna pelbagai cara untuk membuat sesi pengajaran lebih menarik. Lagi-lagi untuk budak-budak. Okei, kita ambil contoh matapelajaran Bahasa Inggeris. Mengapa tidak diminati?

#tidak faham sepatah haram; maka tidak boleh memberi respon
#kurang perbendaharaan kata
#anggap tidak penting

Bagaimana hendak menjadikan menarik? Aku sudah cuba hampir semua cara. Tidak berapa berjaya. Teori dan realiti pengajaran dan pembelajaran berbeza. Bila aku menggarangkan diri, sekurang-kurangnya mereka lebih berdisiplin maka mereka akan fokus dengan apa yang aku ajar di hadapan kelas. Memang takut sedikit tetapi aku mahu mereka belajar.

Garang aku bersebab. Jika mereka tidak melakukan tiga perkara di atas, aku selamba je dengan mereka. Siap buat loyar buruk sampai mereka bengang. >.<

Setiap kali aku berjalan dan bertembung dengan budak-budak itu akan kedengaran suara-suara kecil;

Hi Teacher!

17 comments

July 25, 2011 at 9:44 AM

betul tu, jadi guru biarlah garang bertempat... kalau sporting sangat pon nanti budak2 pijak kepala

July 25, 2011 at 9:59 AM

x suka cikgu garang, nanti perut asyik kecut je ms dlm kelas..hahaha

July 25, 2011 at 10:00 AM

xsuka jugak cikgu yang garang nak menjerit je kejenya....
rugi la xjadi anak murid miss dill.....

July 25, 2011 at 10:20 AM

ikut pengalaman anis , anis ingat nama cikgu yang garang je sekarang ni . cikgu yang baik2 , anis just ingat muka je , nama diorg dah ilang lah dari minda nih . hahaa

kesimpulan nya ,teacher dill akan di ingat oleh student2 nya kalau diorg pon mcm anis. hahaa

July 25, 2011 at 11:13 AM

"cikgu , cikgu tak boleh jerit kan ? bila cikgu jerit suara cikgu macam tersangkut"


kata murid cik scya masa jd cikgu ganti dulu T.T

July 25, 2011 at 11:20 AM

errr... ni betul2 takut dengan cik Dill...

July 25, 2011 at 1:27 PM

kalau garang sangat takut jugak.. walaupun bersebab.. cuma cara garang tu kena terkawal..

July 25, 2011 at 2:03 PM

hai teacher! =)

July 25, 2011 at 3:07 PM

perfecto ticer dill! garang adlh perlu dgn knk2 lau tak mreke mls yg amat! Huhuhu stylo stylo! Alaikkkkkkkkkkkkkkssssssss~

July 25, 2011 at 4:11 PM

kaedah konvensional lg plg berkesan tp mak bapak diornag plak yg naik angin karang

July 25, 2011 at 5:57 PM

kat skolah budak2 ade yg panggil gua abang...hehehe

p/s: nampak sangat gua tak garang, tapi budak2 okey je... kalo gua suka guna pendekatan adik-abang. diorang akan lebih mesra, mendengar cakap dan akan fokus. maybe pengalaman pon memainkan peranan jugak sebab skolah gua skang ni skolah ke dua gua ngajar. dan discussing ngan cikgu2 lain pon penting utk memahami politik dalam sesuatu skolah.

July 25, 2011 at 7:24 PM

cikgu garang mesti pelajar ingat punye..hehe lame2 murid jadi rindu..
garang bertempat la k..hehe

July 25, 2011 at 8:49 PM

aku suka cekgu yg kreatif. macam2 cara dia mngajar tak nak bg anak murid dia bosan.
wlaupon aku tau, mendidik itu bukanlah perkara yg senang.

salam ramadhan.

July 25, 2011 at 9:00 PM

hehe sekali sekala garang takpe

July 25, 2011 at 9:54 PM

cikgu yang baik
:)

July 25, 2011 at 11:26 PM

kegarangan itu perlu ... mengikut situasi ... ustat ijat dulu garang bila time mengajar... baru boleh masyukk apa yang di ajar.... he he he...

July 26, 2011 at 12:19 AM

cik amna tak mo jadi cikgu garang2.. tapi buat kali pertama masuk kelas, kena tunjuk galak sikit, kalau idok budak x respect kito ^^''

Post a Comment