Saturday, July 23, 2011

lepak-lepakan di sekolah

Malam ini aku tidur di sekolah. Ada Kem Pemantapan Ibadah untuk murid-murid Tahun Enam. Bagi memperkukuhkan ilmu agama yang sudah sedia ada memang mencabar. Sesungguhnya cabaran memanusiakan manusia dengan ilmu ukhrawi bukan semudah yang disangka. Sudah diajar berulang kali bagaimana bacaan niat solat Subuh, namun masih ada yang terkial-kial. Mengapa? Apabila tidak dipraktikkan, apabila ilmu tidak menjadi amalan. segalanya seperti angin lalu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Bagi sesiapa yang ingin mendirikan rumahtangga, pastikan ilmu agama penuh di dada. Bukan setakat ilmu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan segala bagai ilmu tetapi juga ilmu dari kalam Allah, ilmu dipelajari untuk dibawa sampai ke mati.

Hanya tiga perkara sahaja yang akan dibawa mati;

#anak yang soleh/solehah
#sedekah
#ilmu yang bermanfaat kepada kita dan orang lain.

Sudahkah kamu bersedia?


p/s: bila aku ada kelapangan aku jenguk belog kamu semua ya ^^

18 comments

July 23, 2011 at 1:07 AM

hmmm
ibu bapa kena main tanggungjawab masing2

July 23, 2011 at 1:54 AM

rasanya macam tak lengkap je lagi cik dill...he he he... doa penerang hati jang lupa... penting juga tu untuk anak anak... he he he he... berhati hati di jalan raya... ingatlah orang tersayang.. eh apa ni...aduusss..

July 23, 2011 at 6:46 AM

ade yg berumahtangge sebab dorg rase ilmu cinta dh penuh di dada. ki3

July 23, 2011 at 7:31 AM

Betul2.

July 23, 2011 at 10:08 AM

sengih2 bc komen RaraTan..haha..

July 23, 2011 at 10:52 AM

sekolah sy buat program mcm ni minggu depan :)

July 23, 2011 at 2:57 PM

a'ah kan. peranan ibubapa, klu tak praktik kat umah kat luar pun cam2 la kan...

July 23, 2011 at 3:53 PM

mmg payah & mencabar nak mendidik mereka lagi2 zaman skrg ni..pendekatannya lain benar..~

July 23, 2011 at 4:02 PM

melentur buluh, biar dari rebungnya.

July 23, 2011 at 5:25 PM

bagus sungguh pesanan ni..terima kasih ya dill..

July 23, 2011 at 6:44 PM

kim salam kat kawan2 kamu hehehehe

July 23, 2011 at 8:08 PM

rasanya macam dah. tapi belum cukup ilmu lagi. =..="

July 23, 2011 at 10:06 PM

baru je nak berkenalan nga dill.dill cikgu ek...toi2 dill. tu yg takut nk kawen.rasa cam diri xcukup je lgi.huhu

July 23, 2011 at 11:28 PM

errrr... tak sedia lagi...

July 24, 2011 at 12:17 AM

terima kasih Dill sebab bagi peringatan ;)

July 24, 2011 at 12:19 AM

kekadang orang ingat kawen neh senang, sebab dah couple bertahun, tak kan la jadi laen bila kawen. padahal tak.

July 24, 2011 at 12:20 AM

jaga diorang elok2 ye cikgu dill
:)

July 24, 2011 at 7:02 AM

Belum bersedia. Itu jawapan seikhlas hati Tira. Lagi pun amalan pun belum cukup lagi dan diri penuh dengan khilaf. Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan buat kita semua. InsyaAllah.

Post a Comment