Sunday, July 31, 2011

kotak ubat gigi

"Aisyah!" 

Aisyah yang sedang menyapu halaman rumah menoleh ke arah Mak Timah. "Ye Mak,"

"Ubat gigi kita dah habis. Aisyah tolong beli kat kedai Pak Seman. Ambil duit dalam beg tangan Mak," pinta Mak Timah.

"Alah Mak ni. Ubat gigi je pun. Tak pe tak pe. Aisyah pakai duit Aisyah. Erm. Aisyah naik basikal ye Mak. Leceh la kalau naik kereta."

"Kamu baik-baik Aisyah. Basikal tu bukannya elok sangat,"

"Ye Mak," Aisyah sudah mula mengayuh. "Orang pergi dulu!"

Aisyah, berusia 20-an, seorang guru di kota metropolitan. Sudah berkurun tidak menunggang basikal. Ini pertama kali sejak bertahun-tahun lamanya.

"Aduh. Apsal la aku gatal sangat nak naik basikal ni. Tengok sekarang ni  dah mengelewo sana sini," omel Aisyah sendirian. 10 minit kemudian, Aisyah selamat sampai ke kedai Pak Seman.

Aisyah terus menuju ke rak dan mengambil sekotak ubat gigi. Menuju ke kaunter, Aisyah sempat menyambar snek cokelat jenama Crispy

"Semua sekali RM4.60, nak"

Not merah sepuluh ringgit bertukar tangan. Dan bakinya Aisyah masukkan ke dalam poket seluar treknya. Aisyah memasukkan kotak ubat gigi ke dalam raga basikal dan mula mengayuh. Dalam perjalanan Aisyah sibuk mencuba membuka plastik cokelat Crispy. Pandangan yang sepatutnya ke arah jalan raya dialihkan kepada cokelat Crispy. Di hadapan ada seekor ibu itik dan anak-anaknya sedang berjalan santai. Aisyah terkejut. Basikalnya hilang kawalan dan Aisyah tergolek ke dalam semak. Kepala Aisyah pening dan dia pitam di situ jua.

Aisyah terjaga apabila terasa bahunya digoyang-goyang. Dibuka matanya dan kelihatan seorang lelaki begitu dekat dengan badannya. Aisyah terkejut. Menyambar kotak ubat gigi dan mula mengetuk badan lelaki itu. Kotak ubat gigi renyuk dan ubat gigi tersembur meliputi wajah lelaki tersebut.

"Aaaahhhh!!!" Aisyah terus mengetuk dengan kotak gigi. Memikirkan itu senjatanya yang terakhir.

bersambung...


*mengelewo - bengkang-bengkok


jom baca!
#mata guli-guli
#kad hari lahir corak bola

8 comments

July 31, 2011 at 4:27 PM

*mengelewo*

hihi..terasa nak balik kampung bila baca perkataan itu.



.
menunggu sambungan

July 31, 2011 at 4:58 PM

cepat2 buat sambungannyeee..
nak bacaaaaa
:)

July 31, 2011 at 6:13 PM

uishh..
panjang lak cite kali ni..

July 31, 2011 at 6:47 PM

laling, dah bersambung nanti bagitau gua...

July 31, 2011 at 8:27 PM

nk bace smbungannye pulak...

July 31, 2011 at 11:37 PM

hoho... akhirnya... ada jugak series... huhu... aku tunggu...

August 1, 2011 at 12:38 AM

he he he he... bila tu...he he he.. ni tgh mengelewo juga ni...he he he.... senjata terbaik gitu...he he he...boleh digunapakai tu...he he he..... tuuunnnggguuuuu....he he he

August 2, 2011 at 4:50 PM

mana episode 2 !! cepat la !!

Post a Comment