Sunday, July 3, 2011

pertemuan eksklusif dengan kuman

Semalam separuh hari berada di sekolah untuk Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dan Kem Bestari Solat. Terkocoh-kocoh budak-budak menghafal Surah Al-Qariah, Al- Zalzalah dan Al-'Adiyat. Yang bersemangat waja, cuba memperbaiki markah dari baik kepada cemerlang. Yang mahu lulus paras hidung, hanya membaca ala kadar tanpa mencuba sebaik mungkin. Tidak guna belajar solat bagai nak rak jika tidak dipraktikkan di rumah. Betapa pentingnya pendidikan dari rumah. Segala-galanya bermula dari rumah. 

Okay. Mari bercerita tentang kuman.

Selepas aktiviti di sekolah, aku berkejaran ke Masjid Jamek. Mahu menemani sahabatku membeli sedikit barangan. Semasa dalam perjalanan keluar dari kawasan LRT Masjid Jamek, aku terlihat ramai manusia berpakaian pelik berlegar-legar di situ. Masing-masing memegang sekurang-kurangnya satu botol berwarna biru. Manusia itu seperti memakai sut angkasawan. Kemudian kami ternampak lagi manusia memakai pakaian serba hijau. Aku kira mereka itu Kuman. Rupa-rupanya ada promosi cecair pencuci tandas Domex. Aku dapat sebotol percuma.  Kuman-kuman dan Agen Pembasmi Kuman itu sangat comel ya. Mengedarkan risalah dan botol sample Domex percuma kepada orang ramai. Sahabatku sudah mula menangkap gambar Kuman dan Agen Pembasmi Kuman. Tiba-tiba ada seorang mamat berbangsa Cina menawarkan diri untuk menangkap gambar kami bersama manusia comel itu.

Comel kan Kuman dan Agen Pembasmi Kuman ini?

Memakai pakaian sukan tika berjalan-jalan sana sini. Terasa seperti budak sekolah. Haha! Bila lagi hendak rasa sebegini kan?

38 comments

July 3, 2011 at 9:04 PM

cett..
nak nampak muda la 2 :P

July 3, 2011 at 9:06 PM

@ïêmå å¢klê§
saye mmg mude dan comel. hihi^^

July 3, 2011 at 9:10 PM

haha... ingat kuman betul2 tadi,tipah tertipu
comel la kuman tu kan, nak sign boleh???

July 3, 2011 at 9:13 PM

bahaya2..kman merata2..
nice shot~ (^^!

July 3, 2011 at 9:22 PM

@Miz Novexx
hihi. kuman2 & agen pembasmi kuman tu semua sporting. terlupe lak nak amik autograf. hehe

July 3, 2011 at 9:23 PM

@senyumSOYA
thanks soya!

July 3, 2011 at 10:36 PM

dill sgt kecik
time kasih
:D

July 3, 2011 at 10:39 PM

@Anis Mohd
itu lak yang difokusnye. huhu

Anonymous
July 3, 2011 at 10:54 PM

ala bukan je selalu kan buat benda yang pelik22..hheeh

July 3, 2011 at 11:01 PM

awet muda... hehhee

July 3, 2011 at 11:13 PM

isk... pergi tak ngajak pung...

Anonymous
July 3, 2011 at 11:28 PM

kuman besarr~

July 4, 2011 at 1:00 AM

ingatkan si kuman dan kumin...rupanya sang kuman... untung tu dapat free...he he he

July 4, 2011 at 1:25 AM

HAHAHAHA

sempat lagi bergambar,

style abes !

July 4, 2011 at 9:20 AM

Kuman lg burok dri kostum yg mreke pkai itu.. Hahahahahahahahahah~

July 4, 2011 at 9:49 AM

comel jek kuman2 tu...
hahaha
sampai hati ke nak bunuh...??? LoL

July 4, 2011 at 10:21 AM

besarnya kuman.

Anonymous
July 4, 2011 at 3:31 PM

pic kawan ko kecik sangat

July 4, 2011 at 3:36 PM

siap ada beg sekolah kat depan?memang cam budak2..hehe

July 4, 2011 at 4:03 PM

@WidadCutieyGirlZ StorY
hehe. tapi diorang comel

July 4, 2011 at 4:03 PM

@JARI YANG TERBARAI
saye kah? ehem. (tersenyum malu)

July 4, 2011 at 4:03 PM

@Nasriq
kebetulan. sori ah :)

July 4, 2011 at 4:03 PM

@^baju kurung^
mmg besar!

July 4, 2011 at 4:04 PM

@Mr iz
kan..untung. tapi belum digunakan lagi

July 4, 2011 at 4:04 PM

@muhamad hanif
excited lebih~

July 4, 2011 at 4:04 PM

@Liyana Zahim
hahaha! ade2 je yana ni

July 4, 2011 at 4:05 PM

@Shamsuddin Amin
kalau secomel diorang, tak sanggup rasenye.ahaks

July 4, 2011 at 4:05 PM

@KAMIHIDUP
serius besar!

July 4, 2011 at 4:05 PM

@Kapten Atok
sengaja letak kecik2

July 4, 2011 at 4:05 PM

@mykhalis
comel tak? hihi

July 4, 2011 at 6:51 PM

pakai tshirt n tracksuit ketika berjalan2 adalah comel....hehe
awk nmpk mcm bdk skolah :)

July 4, 2011 at 9:07 PM

cmelnya akak..

bersama kuman3 tu ehehe...

latest entry : Mukmin Professional??

July 4, 2011 at 9:41 PM

@zarazueyin
hihi. bile lagi nak jadi budak skolah kan~

July 4, 2011 at 9:42 PM

@aNiS aNiSa
terima kasih adik comel :)

July 4, 2011 at 11:10 PM

lawan bersih ke..?

harharhar

July 4, 2011 at 11:21 PM

teringin nk pakai suit tu

July 5, 2011 at 6:12 AM

@kokser kokdam
dush! naye je~

July 5, 2011 at 6:12 AM

@intan.maisarah
confirm sara nampak comel ^^

Post a Comment