Monday, March 7, 2011

adik sudah ada jodoh ka?

Untuk pergi ke bank terdekat, aku perlu menaiki teksi ke pekan sebelah. Aku memang jarang berborak dengan pakcik teksi. Kekok. Tapi pakcik teksi yang ini bersemangat untuk bersembang denganku. Dia tanya macam-macam soalan.

Adik, sudah kahwin ka?

Belum lagi.

Sudah ada jodoh?

Jodoh? (ape maksud pakcik ni?) erm. Tak de lagi.

Oh, kalau tak de jodoh lagi, boleh la jodoh sama saya. Saya baru 41. Belum kahwin lagi. (oh! dia maksudkan teman lelaki. Mengong betul aku ni)

Err..Hujung tahun ni saya kahwin. (cuba cover balik. aku tak tahu hendak kahwin dengan siapa ni. Tipu je!)

Eh. Tadi kata tak de jodoh. Ni tiba-tiba ada jodoh pula bila saya cakap pasal kahwin. (dia tersengih-sengih. takut wei!)

Oh. Tadi saya ingat tanya sudah kahwin ke belum. Saya jawab la belum lagi. (berdoa supaya cepat sikit sampai)

Alhamdulillah, sampai akhirnya. Dia sempat cakap "Adik, saya main-main saja. Jangan marah ha."

Aku sengih. Cepat-cepat blah.

Adoi. Pakcik. Anda menakutkan aku saja. Moga aku tidak akan bertembung dengannya lagi. Oh, pakcik teksi itu bukan berbangsa Melayu ya. Jadi, gaya percakapannya lain macam sikit. Hehe.


p/s: lampu aku sudah sihat! yay!

8 comments

March 7, 2011 at 11:35 PM

he he he gatal juga pakcik tu ye...he he he.... lain kali ajak la teman kat anak murid tu.... lain kali kalau dia tanya kata la ....apee... ni anak saya la...he he he

March 7, 2011 at 11:40 PM

takot ok! asik jumpe orang pelik je

March 8, 2011 at 12:05 AM

wahhh....ada yg berkenan tu...
kalo mina pun seram...hihihi...



hoyeyyy....lampu dah ok...mesti ceroh kan bilik cik dill...hihihi

March 8, 2011 at 12:13 AM

mina, sangat menakotkan. huhu


yay! cerah2. walaupun tidak secerah mentari. hihi

March 8, 2011 at 1:05 AM

bhaya tu..hehe
ensem ke pakcik teksi tu?? =)

March 8, 2011 at 6:47 AM

oh..tidak...

March 8, 2011 at 9:48 PM

pacik tu ade try nk ngorat awk la..
hehekk

March 8, 2011 at 9:56 PM

tidak!!!! sangat menakotkan situasi itu!

Post a Comment