Monday, March 21, 2011

jiwa dan hati

Jiwa dan Hati merupakan dua orang sahabat baik. Ke mana-mana pun asyik bersama. Sampai orang kata sudah seperti belangkas. Persahabatan yang dibina berlandaskan kepercayaan. Satu hari, Jiwa terlihat hati menangis tidak henti-henti. Jiwa terasa pelik dan bertanya kepada Hati apa yang telah terjadi. Hati menceritakan perkara yang merunsingkan dirinya. 

"Jiwa, aku sebenarnya buntu. Di hadapanku ada dua batang jalan. Jalan A dan Jalan B. Jalan A ini penuh onak duri. Aku pernah cuba meredah jalan ini namun kakiku luka. Aku tidak mahu kakiku berdarah kembali jika aku lalu jalan ini sekali lagi. Jalan B pula adalah jalan yang tidak pernah diteroka orang. Jalan misteri. Aku baru jumpa jalan ini, dua tiga bulan lepas. Aku tidak berani hendak lalu. Nanti aku diterkam harimau, bagaimana? Aku buntu, Jiwa. Buntu. Kau tolonglah aku," cerita Hati bersungguh-sungguh.

Jiwa terdiam. Bagaimana aku hendak menolong sahabatku ini. 

"Hati, adakah kau pernah sampai ke penghujung Jalan A sebelum ini?"

Hati menggeleng. "Kaki dan tanganku luka teruk. Berdarah tidak henti-henti. Aku ambil keputusan untuk berhenti dan berpatah semula,"

"Kau tidak berani melalui Jalan B dan tidak sanggup meredah Jalan A. Aku tiada kata-kata yang sesuai untuk menenangkan hatimu, kawan. Nasihatku, kau fikirlah baik-baik. Aku tidak mahu lihat kamu luka teruk, Hati. Fikir masak-masak. Dunia ini memang penuh dengan macam-macam pancaroba. Pancaroba itulah yang membuatkan hati kau dan aku cekal. Aku sayang kamu, sahabatku," bicara Jiwa panjang lebar.

"Terima kasih, Jiwa. Aku akan cuba sedaya upaya." Hati mengesat air matanya.

Jiwa dan Hati meninggalkan persimpangan itu dan pulang ke rumah masing-masing. 


Nah, itu jawapan Jiwa dalam kisah ini. 


Tetapi jika kamu berada di tempat Jiwa, apa yang akan kamu katakan kepada Hati?

9 comments

March 21, 2011 at 9:03 PM

macam penah baca je citer ni cik miss...

March 21, 2011 at 9:04 PM

izzu, ni cerita datang dari hati saye. original :)

March 21, 2011 at 9:11 PM

sebagai jiwa, khalis akan cakap, kau pernah luka berdarah, kau pernah rasa perit, cuba sahaja jalan b. andai luka, perit, tak salah kau undur, andai kau jumpa air sungai jernih, lihat2,dulu, jgn terus kau redah, andainya di situ tempat rehatmu, berhenti, andai di situ kau rasa sesuai dan selamat, tinggallah dan menetaplah,, aku harap yang terbaik buatmu..

March 21, 2011 at 9:29 PM

sruh hati pilih jln C..
hehe..
cam nk test jpj je la..
ade jln A B C..
ekeke

March 21, 2011 at 9:55 PM

mcm ada pengajaran pulak kat sini yah..hehe

meskipun jalan A penuh onak dan duri, tetapi penghujungnya mesti berakhir dgn kegembiraan, kerana tiada jalan yg kita pilih akan sempurna dari awal hingga akhir. :)

yg penting jgn putus asa.. ^_^

March 21, 2011 at 10:10 PM

hhmmm...cuba teroka jln A sekali lagi...

cuba belajar dari pengalaman pertama...supaya lbh berhati hati...


walau terluka dipertengahan....
maybe di penghujungya.....indah...

yakin kepadaNYA.....itu lbh baik...

March 21, 2011 at 10:33 PM

taknak taknak..atas tue semuanya jiwa tk cakap..jiwa cakap cam khalis cakap..hehe..perasankan saya??

March 21, 2011 at 10:50 PM

kau gagahkan diri .... kau cuba lah jln b sebab jln a kau pernah mengharungi.... mungkin ada benda baru yg akan ko tempuhi dan rasai... jika gagal ..kau kembali lah semula ..dlm pada itu kau sudah ada pengalaman a dan b jadi sekarang terpulang pilihlah jln yg mana kau rasakan kau bole mengharunginya ........ kalau ada tol kau bayar je..nak u turn tak dpt dah...he he he

March 21, 2011 at 11:32 PM

tak de jalan yg mudahkan, mane2 pon pasti ade cbaran dier, jnji kite kn tbah mngharungi....

Post a Comment