Sunday, March 13, 2011

letupan di loji nuklear

Apa yang dibimbangkan oleh kerajaan Jepun akhirnya terjadi jua. Walaupun hanya letupan kecil namun ia tetap membawa impak radiasi. Dilaporkan empat orang pekerja loji cedera dalam letupan itu dan sedang dirawat di hospital berdekatan. Sembilan penduduk tempatan yang tinggal berdekatan dengan logi nuklear dipindahkan dan disahkan terkena radiasi namun pihak berkuasa menyatakan tiada masalah kesihatan dilaporkan. Radiasi boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser dan Agen Oren atau  Orange Agent.


Dipetik dari satu laman sesawang, Agen Oren adalah:


"Bahan Agen Oren mengandungi bahan toksik yang boleh memberi kesan sampingan kepada kesihatan seperti barah dan kecatatan kepada manusia.  Kerajaan Vietnam mendedahkan, sekurang-kurangnya satu juta penduduk negara itu telah mendapat kesan sampingan setelah terdedah kepada Agen Oren semasa Perang Vietnam."

Kala ini pihak berkuasa Jepun sedang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan penduduk sekitar loji nuklear. Selepas pengeboman terburuk Hiroshima-Nagasaki 1945 dahulu, ini merupakan kali pertama Jepun menghadapi ancaman radiasi nuklear. Namun, loji nuklear memang sudah memberikan impak radiasi kepada penduduk tempatan pada zaman ini.

Pelbagai negara telah menyatakan hasrat untuk menyalurkan bantuan segi perubatan dan makanan. Diharapkan semua negara bersatu hati membantu Jepun dalam menangani hal ini.

10 comments

March 13, 2011 at 10:23 AM

harap2 dh xd lg perkara buruk y berlaku...amin

March 13, 2011 at 10:30 AM

arap2 mcm tu la. doa same2.

March 13, 2011 at 12:08 PM

perhhh....kesian kan penduduk disana...


kalau dah kena radiasi tu mmg teraniaya la...

March 13, 2011 at 12:10 PM

nuklear mmg membahayakan. kat Malaysia tak de kan loji nuklear?

March 13, 2011 at 12:15 PM

nuklear memang bahaya...
dengar2 kerajaan nk wt logi nuklear tp tun mahathir bantah..
emm entah la... harap2 msia xde la nk wt logi nuklear ni..

March 13, 2011 at 12:21 PM

radiasi sangat2 bahaya. kesian kat penduduk yang duk dekat ngan loji tu. nanti jadi macam vietnam. kene penyakit Oren

March 13, 2011 at 9:45 PM

harap-harap selamat & baik2 aje lah rakyat2 mlysia kat sana.

March 13, 2011 at 9:53 PM

insyaallah selamat. sama2 doakan mereka.

March 13, 2011 at 11:32 PM

Baru Nelly thu .

March 13, 2011 at 11:43 PM

kite kongsi info same2 :)

Post a Comment