Saturday, March 26, 2011

aku dan tangga

Orang lain pergi ke gimnasium untuk bersenam. Tak pun pergi joging kat taman-taman. Kawan aku pernah bertanya kepadaku,

Tak pergi bersenam ke petang-petang ni. 

Saya rase sudah cukuplah saya turun naik tangga setiap hari. Tu pun kira bersenam dah.

Ya, aku tidak pernah pergi ke gimnasium. Nak pergi joging, pemalas nak mampos. Haha! Aku anggap apa yang aku lakukan setiap hari adalah senaman. 
tangga oh tangga~
Rumah sewaku berada di tingkat paling atas. Turun naik tangga lagi.
Aku berjalan kaki ke tempat kerja. 
Aku naik turun tangga ke pejabat sekolah.
Aku naik turun tangga ke bilik guru yang berada di tingkat 1.
Kelas-kelas yang aku ajar berada di tingkat paling atas. Dari tingkat bawah ke tingkat paling atas - lebih kurang 70 anak tangga.
Balik dari sekolah, berjalan kaki lagi.
Dipendekkan cerita, kaki memang sentiasa bergerak.  

Ingat lagi, ada satu hari tu aku kena pergi kursus kat Port Dickson. Kawan aku beria-ria kata dia akan ambil aku selepas solat Subuh. Aku punya la kalut siap-siap lepas solat. Bila nak turun tangga, aku tengok tangga gelap je. Penghuni kat sini tak pasang lampu ke. Aku pun turun perlahan-lahan. Sebelum ni aku sudah kira jumlah anak tangga setiap tingkat. Tengah syok-syok turun tangga, aku tergelincir. Astaghafirullah. Aku silap bajet jumlah anak tangga.  Tersilap kira. Jatuh tangga la jawabnya. Terdengkut-dengkut turun ke tingkat bawah dan berjalan ke perhentian bas terdekat. Kawan aku lambat 45 minit okay. Aku tertekan dibuatnya.

Kursus di PD dengan kaki sakit ya amat. Di sana kakiku bengkak. Nasib baik tak teruk. Bersyukur sangat-sangat. Sedih sangat sebab masa sakit, famili jauh. Rasa nak menangis. Sabar je.

Famili aku geleng kepala bila dengar cerita aku jatuh tangga. "Dill ni macam-macam," kata emak. 

Aku sengih.

19 comments

March 26, 2011 at 12:45 AM

nasib baik xteruk jtuh tngga tu~~~hati2 yer yunk :)

mmg miss dill dh 24 jam exercise tu...

March 26, 2011 at 12:49 AM

haha! mak geleng kepala ngan saye :) btw, thanks nonie ^^

March 26, 2011 at 1:10 AM

tu la duk asyik kira anak tangga
seb bek tak teruk
watch your step

March 26, 2011 at 1:11 AM

thanks brO. will do. insyaallah :)

March 26, 2011 at 1:38 AM

wahduhh! buas sungguh Miss Dill kita. ehehe.... len kali hati2.. :)

March 26, 2011 at 1:40 AM

buaskah? alamak~

cuai sbenanye. hihi. thanks miss shikio

March 26, 2011 at 3:40 AM

kesian ... hehe .... best gak kira anak tangga. . :)

March 26, 2011 at 7:41 AM

salam...

memang dah tak payah senam..kan naik tgga turun tangga pun dah ok..

March 26, 2011 at 7:42 AM

tak larat kira dah, awak :)

March 26, 2011 at 8:03 AM

@sekamar rindu: sampai termengah2 asik turun naik tangga. huhu

March 26, 2011 at 9:02 AM

hehee. tu laa len kali kena hati-hati lagii.
;)

March 26, 2011 at 9:16 AM

hehe. nak wat cane. dah nak jatuh. hihi

March 26, 2011 at 12:00 PM

awatla tak bawak torchlight..bahaya tue..mujur tekehel kaki..kalau leher?

March 26, 2011 at 1:39 PM

trun naek tngga memang kurus la peha miz dill..
hihi..
patut la maintain jek....

memang sedey kalau tgh sakit2 tp family jauh :(
nasib baek miz dill xde pape jatuh tngga 2....
laen kali klau gelap naek jela lif...

March 26, 2011 at 1:53 PM

kadangkala kita cuai juga. hihi

March 26, 2011 at 2:14 PM

@khalis: tak sempat nak grab lampu suluh. ingatkan diorang on lampu tangga. tgk2 tak on langsung. gelap jep

@iema: peha kurus? ish ish ish. masih besar ni. badan pun sudah membesar. hihi

khrlhsym: tu la. uwaaa~

March 26, 2011 at 2:28 PM

mmg bhaya klu kt tangga xde lampu ni...

March 26, 2011 at 2:34 PM

tu la. gelap wooo~

March 27, 2011 at 10:36 AM

mina adalah insan yg kerap jatuh tangga...kihkihkih....


selalu salah langkah....smpai pinggang ada effect skrg...hihihi...

Post a Comment