Sunday, March 6, 2011

aku dah besar, ok!

Agaknya itu la yang asyik bermain di fikiran budak-budak muda sekarang (chop! aku pun muda juga ^_^). Setiap hari aku membaca status bekas anak muridku di Mukabuku. Apa yang aku fahami sedikit sebanyak dengan ilmu yang seciput ini, mereka sedang sibuk mencari pasangan berlawanan jantina. Yang perempuan sibuk mencanang tentang teman lelaki dan yang lelaki berbincang tentang teman wanita. Aku fikir semula. Budak-budak ni baru menginjak kaki ke tingkatan 1. Baru merasa persekitaran baru. Kawan-kawan baru. Muka-muka baru. Tetapi, perlu kah mencari pasangan secepat itu? 

Remaja mencari identiti.

Okay, aku faham itu. Aku pun pernah melalui zaman belasan tahun. Namun, ia bukan tiket untuk kamu bermain cinta hingga lupa pelajaran. Ya, cinta itu penting juga. Aku tahu. Simpan sendiri sudah. Tidak perlu dicanang seantero dunia betapa kalian perlukan teman. Kalau emak ayah mu baca bagaimana? Mungkin emak ayah zaman kini tidak kisah. Bukan seperti dahulu. Pantang ada kawan lelaki/perempuan, menyeringai kemarahan.

Sekarang kamu semua hanya nampak kegembiraan. Ya, tidak apa. Nikmatinya dahulu. Jangan lupa Yang Maha Esa, Emak Ayah dan pelajaranmu. Zaman kini, pelajaran amat dititikberatkan. 

Buka mata, buka minda dan buka hati.

p/s: entri ini tidak berkaitan dengan sesiapa. maaf jika ada yang terasa. aku hanya manusia biasa.


10 comments

March 6, 2011 at 8:47 PM

saye umo 20 baru start kapel2..
haha..
ms sekolah xde org nk..
keh3

March 6, 2011 at 8:55 PM

tapi itulah,,zaman kita membesar tidak seperti zaman ini.. contoh masalah talipon kesekolah.. bende camnie kecoh masuk parlimen.. tapi itulah..masig2 ada alasan masing..kan?

March 6, 2011 at 8:58 PM

@cik ezy: tu lah. sekarang ni budak2 cari bf/gf dulu. adoi

@khalis: tu la. kadang2 tu perkara yang dibincangkan, takkan ade jalan penyelesaian sampai bile2. semua orang dok pertahankan alasan masing2

March 6, 2011 at 9:30 PM

ohh terasenya...
huhu...

March 6, 2011 at 9:36 PM

alamak. tak bermaksud

March 6, 2011 at 10:03 PM

budak skrg mmg advance....adik mina yg kecik time tadika dh ada pkwe konon2 nye....kena sekeh skali dgn mina...hihihi...

March 6, 2011 at 10:06 PM

ui..tadika dah ade? kite dulu mase tadika tau lari2, makan2, tido je. haha!

March 7, 2011 at 12:41 AM

kemajuan... he he he... pegaruh kuat sekarang ni...kiri.. kanan.. depan belakang... lg satu mcm dah jd trend kot...ko tak da makwe/pakwe tak rock la beb... he he he.... risau gak anak aku yg 8 bulan ni tkt nanti dah pandai bercakap... baba tu makwe qayyim...adusss tak pusing kepala aku..... he he he...

March 7, 2011 at 2:32 AM

selamat sy msa skolah pentingkan pelajaran dari cari awek... lalala

March 7, 2011 at 6:44 AM

@Mr Iz: tu la. sekarang ni dah tak same mcm dulu. tengok2 la Qayyim. pelajaran dulu sblm cintan cintun ni

@nick: yeah :)

Post a Comment