Thursday, March 3, 2011

entri pagi-pagi buta

Fuh, jadual hari ini memang penuh. Siang tadi ada mesyuarat. Nasib baik kawan tumpangkan ke kedai fotokopi. Namun, terpaksa berjalan pulang sendiri. Tangan kiri kanan bawa beg. Mesti orang ingat aku baru pulang dari membeli-belah. Tak ade maknenye. Rasanya sudah menapak (berjalan) melebihi 1000 langkah. 

Sekejap tadi baru sahaja makan malam. Siap kena kutuk dengan khalisbuncitla tue perut..hahaa. Bukan sengaja. Tadi perlu menulis dalam buku, apa yang hendak diajar esok. Tanda buku budak-budak. Baru sikit yang tanda. Yang kat sekolah tu, bertingkat-tingkat menunggu. Memang perlu ada kenderaan sendiri. Baru senang angkut buku balik rumah. Tak de la terkedek-kedek mengangkut beg penuh buku latihan budak-budak.

Ingatkan malam ni makan roti ngan nutella je. Tapi alhamdulillah, dapat makan nasi kerabu lauk solok lada (eh betul ke aku tulis tu?) Pagi-pagi buta makan nasi. Dah macam sahur. Apa-apa pun, terima kasih kepada kawanku yang sudi sumbangkan nasi kerabu kepadaku. Ya Rabb, permudahkanlah perjalanan kehidupan kawanku itu.

Hendak tidur, baru lepas makan. Tunggu sikit lagi la. Kawan-kawan pun ramai yang dah tidur. Si Mina confirm dah merantau ke alam mimpi dah. Mr Iz berdengkur terus. khairul hisyam pengsan dah kot. alongizhamhadi, kalau tak menjelajah blog, die layan tidur. haha! nonie, masih bersengkang mata akibat teringat ehem ehem di Singapura? hihi. jomsantaisekejap sudah bersantai kat mana agaknya.

Fairy, don't tell me you are still in the office. Balik rumah!

8 comments

March 3, 2011 at 12:36 AM

ehhh...aiii tak tido lagi tau....
lapor la pulak...ishhh2...



cik dill amik la sebijik kereta...
sian cik dill tau...


lampu dah ok?

March 3, 2011 at 1:20 AM

haaiiss... mana tdo lg ada ni.. belum bedengkur nye lagi..he he ... spesis burung hantu kot aku ni...ha ha ha ha... kena... kena.. kena.. memang kena ada kenderaan sendiri... aku yang baca ni pun dah terasa macam berat je beg yg ko bawak tu...he he ... patut la lampunye tak sampai...he he ...pasal bawa benda berat berat kot....he he he.... jgn mara ye....he he ... kalau orang tak menghargai juga pengorbanan seorang guru yg berdedikasi mcm ni...huh tak tau la aku nak kata apa....he he he tima kasih cikgu....

March 3, 2011 at 6:46 AM

@mina: tengah malam mmg lapo weh. hihi. saye tengah kumpul duit nak bli keta la ni. berjimat cermat amalan mulia :)

belum lagi. kena ganti lampu kalimantang tu mina. nanti bila2 nak g beli.

@Mr Iz: tu lah. agaknye makin pendek bile bawak beg berat2. haha!


Miss Dill^^

March 3, 2011 at 9:32 AM

makan dgn nutella..tu fav yana tue..huhuhuhuhu

March 3, 2011 at 10:40 AM

saya bermeditasi lah :)

March 3, 2011 at 3:47 PM

@Nur Liyana: hampir setiap hari makan roti sapu nutella. hihi

@Khairul hisyam: wah wah wah! bermeditasi anda ye? haha!


Miss Dill^^

March 3, 2011 at 6:58 PM

sedap nye nasi kerabu lauk solok lada...
:))

March 3, 2011 at 7:05 PM

@naddy: tapi bile makan pukul 12am, kureng best. hehe


Miss Dill^^

Post a Comment