Saturday, March 12, 2011

tsunami di negara matahari terbit: Jepun

Sebenarnya aku tidak berapa tahu tentang kejadian tsunami di Jepun ni. Tidak menonton televisyen semalam. Cuma hari ini mataku lebih membuntang melihat gambar-gambar dan video-video tsunami di sana. Subhanallah. Ketika entri ini ditulis, masih ramai lagi yang hilang, beratus-ratus yang cedera dan tidak tahu berapa yang sudah meninggal dunia. Jepun sudah mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya pergi ke tempat yang lebih tinggi selepas beberapa gegaran kecil sebelum itu. Ombak tsunami bukan hanya air. Ia turut menyeret kenderaan, rumah, pokok dan banyak lagi benda lain. Earth quake alarm was quite helpful at this time.

Sebentar tadi melihat paparan bagaimana ombak tsunami membenam Sendai (pusat gempa bumi dan pekan terdekat dan pertama terkena hentaman tsunami) yang dirakam dari helikopter. Subhanallah. The most powerful quake in Japan's quake history.


Sekarang ini ramai risau jika kejadian ini akan memberi impak kepada loji nuklear. Takut bocor kan. Lebih ramai penduduk akan terdedah kepada bahaya radiasi dan sebagainya. Seramai 20 000 penduduk berdekatan loji berkenaan diarah meninggalkan kawasan kediaman.

Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan mereka. Kasihan kepada mereka yang kehilangan keluarga dan harta benda. Semoga mereka tabah.

9 comments

March 12, 2011 at 11:27 AM

tu la kan..sy tgok smlm pun mcm gerun je..huhu.. semoga diorang selamat.. kesian bila tgok diorang..huhu..

March 12, 2011 at 11:30 AM

memang sangat kesian. bayangkan baby, budak2 kecik, orang tua terseksa. kite doakankan mereka

March 12, 2011 at 12:43 PM

Amin....

March 12, 2011 at 12:44 PM

#prayforjapan tgh trending kat twitter sekarang . xtaulah diaorg betulbetul berdoa atau cuma type !

March 12, 2011 at 12:51 PM

harap2 semuanya selamat kan, ct aja & eka.

March 12, 2011 at 1:42 PM

harap2 malaysia x mengalami mcm ni... amin..

March 12, 2011 at 1:44 PM

kite doa same2 ye nick

March 12, 2011 at 2:26 PM

amaran dari allah kan.....



moga semuanya selamat dan amik iktibar....



sorang blogger ada kat sne sorang..
risau gak ni...huhuhu...

March 12, 2011 at 2:29 PM

insyaallah, die selamat. kite doa same2

Post a Comment