Friday, March 11, 2011

manusia pelbagai ragam

Pengalaman hidup aku tidak banyak. Baru setahun jagung bak kata orang. Namun begitu, aku telah jumpa pelbagai manusia dengan ragam tersendiri. Aku tidak katakan yang aku ni bagus orangnya. Tidak. Tidak. Cuma apa yang aku cuba sampaikan manusia-manusia pelbagai ragam ini sedikit sebanyak telah memberikan impak dalam kehidupanku.

Pengalaman mengenali seorang hamba Allah ni banyak mengajar aku tentang persahabatan dan famili. Namun, kami sudah tidak berhubung lagi. Ikhlas aku katakan, aku tidak mahu dia menghubungiku, Beberapa kali aku katakan kepada kawan-kawanku yang lain 'Dia memang kawan yang sangat baik. Namun jika ini yang perlu aku terima untuk menjadi kawannya, aku tidak ingin meneruskan persahabatan kami' Ya. Kamu boleh kata aku kejam. Tetapi, aku ada sebab tersendiri yang kukira sangat kukuh untuk aku membuat keputusan ini. Baru-baru ini kawanku memberitahu tentang berita tentangnya. Sudah selamat mendirikan rumahtangga. Semoga dia bahagia dengan kehidupan barunya. Terima kasih kerna membuat hidupku kucar-kacir satu ketika dahulu. Aku terima seadanya.

Manusia ini pula pandai menabur janji. Setia la. Itu la. Ini la. Aku senang membuat perumpamaan begini, manusia seperti jelly atau agar-agar. Pantang dicuit, pasti bergegar atau bergerak. Manusia ini tidak tahu harga suatu kesetiaan. Mengambil jalan pintas menyayangi orang lain tanpa diketahui. Dalam bahasa kasarnya, curang. Memang tidak boleh dimaafkan sama sekali. Tidak mungkin dilupakan. 

Banyak lagi manusia yang lain. Aku cerita lain kali lah ye :)


p/s: cerita tentang manusia-manusia ini sudah bertahun-tahun berlalu. hanya mahu berkongsi dengan kamu semua.

13 comments

March 11, 2011 at 4:59 PM

kalau pelangi tu satu warna, tak indah kan... :)

March 11, 2011 at 5:20 PM

aku tidak suka berjanji kerana aku sendiri tidak mepercayai janji.

March 11, 2011 at 6:07 PM

skunk neh susah na cri org yg btol 2 stia.. kbykn curang.. best sgt ke curang?? i hate dat lol.. -.-"

March 11, 2011 at 6:08 PM

sabar la Dill...khidupan xpernah suram dengan pelbagai rgam manusia...

March 11, 2011 at 10:56 PM

@si para para: betul. dan warna-warna itulah mematangkan kita :)

@hisyam: masalahnya, sesetengah manusia mmg suka berjanji dan gemar memungkiri

@sya hassan: btul tu. mmg sangat susah.

@nonie:hehe. sabar sebahagian dari iman :)

March 11, 2011 at 11:08 PM

maybe allah nak tunjuk dekat cik dill...yg cik dill akan dapat yg lbh baik lg....huhuhu...

March 11, 2011 at 11:12 PM

insyaallah. moga dipermudahkan :)

March 12, 2011 at 1:28 AM

cikgu kena byk bersabar. mungkin akan jumpa yang lebih baik.. saya misalnya.. hehe

March 12, 2011 at 3:23 AM

lidah tidak bertulang kata orang lama... lembut lidah dari gigi..kata orang lama..
lidah itu lebih tajam dari mata pedang... kata orang lama.. pengalaman mengajar kita untuk menempuh kehidupan... mengajar kita menilai,memerhati dan menikmati.... jadilah yang terbaik untuk mendapat yang terbaik.... he he he.... kata orang baru kot...he he he

March 12, 2011 at 5:44 AM

sabar miz dill...
miz dill akan jumpa orang yang lebih baek...
mnusia macam2 perangai untuk melengkapkan kehidupan...

March 12, 2011 at 9:58 AM

@azroy: insyaallah. time kasih. :)

@Mr Iz: time kasih :)

@iema: yeap yeap. time kasih :)

March 12, 2011 at 10:45 AM

ada yg lebih baik menanti kamu. Allah kan perancang yg terbaik..

March 12, 2011 at 10:55 AM

tima kasih :)

Post a Comment