Sunday, March 13, 2011

otomen comel

hai! comel tak saye?

Comel tak patung ultraman ni? Aku beli khas untuk opah aku semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu tahun lepas. Okay, aku tahu nampak seperti kebudak-budakkan. Opah aku sukakan patung beruang atau lebih senang kita panggil teddy bear. Macam mana la aku boleh terlupa opah ada memberitahuku opah sukakan teddy bear. Sebelum ini aku sudah belikan patung beruang panda dan anak lebah. Opah suka :)

Selepas otomen (kita panggil otomen je la ya) bertukar tangan, opah aku ketawa. 

"Ultraman dibaginya opah. Macam budak-budak".

"Alamak. Sorry lah Opah. Tak sengaja. Hehe".

Kami sama-sama ketawa. 

Opah beritahu aku otomen masih dalam plastik. Sihat walafiat. Kenapa masih dalam plastik? Supaya tidak kotor.  Aku muatnaik gambar otomen di Mukabuku. Ramai yang bertanya, siapa yang beri patung itu. Mereka ingat teman lelaki aku yang hadiahkan. Haha! Teman lelaki pun tak de. Bila masa hendak dapat hadiahnya. Lawak-lawak! Hadiah untuk Opah aku la, kawan-kawan.


Lepas ini aku hendak belikan seekor (yeke seekor?) teddy bear untuk Opah. Aku tengok teddy bear kat pasar malam Jalan TAR comel-comel. Nanti nak ajak kawan pergi survey

Hoyeh!

16 comments

March 13, 2011 at 10:52 PM

perhhhh...opah kite sama la....hehehe...


opah suka bear?hehehe...comel je opah....

March 13, 2011 at 10:54 PM

yeke? opah kite dua orang mmg comel kan?

tak sabar nak beli teddy bear baru utk opah :)

March 13, 2011 at 10:59 PM

wah! opah awk pun ske teddy! hehe

March 13, 2011 at 11:03 PM

a'ah a'ah.

saye baru je tau 2-3 taun lepas. comel je. hihi

March 13, 2011 at 11:31 PM

Hehe .comelnya ....
suka2 .

March 13, 2011 at 11:44 PM

comelkan? rase mau peluk tanak lepas. ahaks

March 14, 2011 at 12:09 AM

nak gak ottoman..he he he... bg lak ptg dinosor...he he he... baru otomen ada geng...he he he...

March 14, 2011 at 12:12 AM

pastu berperang dua patung tu. haha! penin opah saye~

March 14, 2011 at 12:20 AM

wahh.. somelnye otomen... nk pinjam boley tak

March 14, 2011 at 12:25 AM

ce tanye opah saye. opah kasi tak? hihi

March 14, 2011 at 2:18 AM

wah!!comelnya opah cik dill..siap ske teddy bear lg..
kalau opah kte dulu ske ngn brg2 hiasan.:)

March 14, 2011 at 2:26 AM

kak dilla....comelnyaaaaaaaa...
nak kwn dgn die boleh?hehehe

watermark pn comel

March 14, 2011 at 4:09 AM

waa opah suka teddy bear...
boleh la maen2 sama2 ngn cucu...
jgn miz dill yang maen terlebih dah la..
hihi

March 14, 2011 at 6:43 AM

@nonie: opah suke macam2 mende. teddy bear ni salah satu daripadenye. hehe

@elly: bleh je nak kawan. jangan berperang kat umah opah kak sudah. ahaks

@oh. cucu2nye sume dah beso2. nasib baik saye tak minat teddy bear. kalau tak, mesti berebut ngan opah. :)

March 14, 2011 at 8:57 AM

Kalau ye pun belikan opah tu, carilah hero2 yang handsome macam superman ke, ben 10 ke...ni hero yang pakai topeng...
tapi sebab opah awk pun nampak macam peminat ultraman, sy x dapek nak cakap apa2...:-)

March 14, 2011 at 9:06 AM

encek awak, opah kite minat teddy bear le. awak tak bace entri btul2 ye? hehe.

Post a Comment