Monday, March 14, 2011

SEGMEN CARI GADUH : LELAKI vs PEREMPUAN

Cuti sekolah ni memang aku menghadap blog je. Teringin pula hendak menjawab soalan-soalan Encek Ben Ashaari ni.


Encek Ben ada sertakan beberapa soalan kepada penulis blog lelaki dan wanita.
  1. LELAKI pilihan anda ?
    Diizinkan Allah, aku inginkan seorang Adam yang beriman jiwa dan raga. Bertanggungjawab. Sayang aku dan emak ayahku seadanya.
  2. Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
    Jujurnya, aku takut dengan perkataan itu. Pendapat peribadi aku, tidak perlu keseksian pada lelaki. Namun setiap manusia ada definisi tersendiri tentang seksi. Pada aku, seksi seorang lelaki bilamana pandangan matanya mempunyai aura tersendiri. Menikam hati siapa sahaja yang dipandangnya.
  3. LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
    Pengalaman sendiri mengiyakan ayat-ayat di atas. Hanya berusaha bagai nak gila sebelum memiliki cinta aku. Selepas berjaya, aku dipandang tanpa perasaan. Seperti gula-gula kapas yang tiada perasa manis.
  4. Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
    Hati aku berkata, aku tidak sanggup dimadu. Aku tidak sanggup melihat suamiku di dalam pelukan wanita lain. Hati perit. Sudah tidak larat melihat orang tersayang menabur kasih sayang kepada wanita lain. Bunyi seperti kejam, kan?
  5. Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
    Aku akan bertanya kepadanya terlebih dahulu. Jika dia tidak mengaku, akan ada masanya dia kantoi. Tested and proven. Selepas itu, aku pergi jauh dari dia. Tidak mahu manusia seperti itu dalam hidup aku.
  6. LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
    Pendapat peribadi aku, sebenarnya kedua-duanya sama sahaja. Bergantung kepada keadaan. Jika lelaki atau wanita kalah dengan godaan mendatang, kedua-duanya akan curang.
  7. SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
    Aku rasa, wanita lebih setia pada cinta. Ada banyak contoh di mana wanita-wanita hebat mampu hidup sendiri lantaran suami tersayangnya dijemput Allah. Tidak terkinja-kinja mencari yang lain kecuali jiwa menuntut.
  8. Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
    Ya. Aku seorang yang cemburu. Namun, aku cuba untuk cemburu bertempat. Aku belajar dari kesilapan lalu.
    Noktah.

26 comments

March 14, 2011 at 6:47 PM

salam. wah. cam best je segmen nih ><

March 14, 2011 at 6:54 PM

kak dilla...waaa sgt puitis
terkedu sye bce kak

March 14, 2011 at 6:55 PM

kak dila,dl rsenya ade gmbr pmpn pakai topi kan.ni xde pun kt template akk...hehe

March 14, 2011 at 7:35 PM

@jannah: jom join! :)

@elly: yeke? kak jawab biase2 je dik oi..

yeap. tu template lame. tapi template yang ni, elly dah perasan dah dulu. elly tegur kat chatbox. elly taip, 'kak dilla, dah tukar template baru! comelnye kartun welcome to my blog tu' :)

March 14, 2011 at 7:38 PM

sayunye jwpn cik dill....

jgn putus asa tau...mina doa cik dill dpt yg lg best...dan apa yg cik dill pinta diperkenankan ALLAH swt....

March 14, 2011 at 7:41 PM

eh, sayu ye mina? saye main taip je tadi. hehe

time kasih mina. moga dimakbulkan Allah hendaknya doa mina :)

March 14, 2011 at 7:54 PM

segmen lagi? hehe. rajinnya si ben itu :P

March 14, 2011 at 8:03 PM

hehe. ni 1st time saye join. saje :)

March 14, 2011 at 9:10 PM

wahhh bagus la cik dill ni... he he he he.. moga dapat yang terbaik untuk yang terbaik... he he he

March 14, 2011 at 9:18 PM

wow..
cam best je segmen ni..
hehe.

March 14, 2011 at 9:35 PM

salam....

wah...segmen abg ben yang mantap..

** folo ur blog..

March 14, 2011 at 10:34 PM

@Mr Iz: biase2 je. moga doa Mr Iz dimakbulkan Allah. :)

@Naddy: jom join!

@sekamar rindu: segmen encek ben sume mantap :)

Miss Dill^^

March 14, 2011 at 10:45 PM

salam,
mengunjungi rakan2 segmen ben ashaari soal cinta;)

soal apisv2

March 14, 2011 at 10:52 PM

salam. hai apis. time kasih sbb sudi kunjung :)

March 15, 2011 at 10:09 AM

salam dan selamat pagi
jom baca:

http://fuyohblog.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-tuhan-trafik.html

March 15, 2011 at 10:14 AM

salam. selamat pagi :) thanks singgah blog saye :)

March 15, 2011 at 10:44 AM

jawapan yang selamat & bagus..

cuba belog abang pula

March 15, 2011 at 11:01 AM

terima kasih abang zam. akan jenguk blog abang zam :)

March 15, 2011 at 11:02 AM

hye.. salam santai
dari blog AbG Ben ..

http://heandsheloves.blogspot.com
>NiSha<

March 15, 2011 at 11:37 AM

Yup! cmburu mst bertempat.. tak ley cmburu buta..

tak bek..

=)

http://cerytara.blogspot.com/2011/01/9-perkataan-yang-perlu-lelaki-waspada.html

March 15, 2011 at 11:59 AM

singgah jap dr belog abg ben...
(saya da klik hb kamoo...)



jom singgah n follow belog saya...
http://inibelogfyna.blogspot.com/

March 15, 2011 at 12:52 PM

macam-macam jawapan ada...
ser0nok baca...



salam ziarah dari segmen s0al hati En Ben...

March 15, 2011 at 1:10 PM

cinta itu subjektif kan :)

http://aida4eva.blogspot.com

March 15, 2011 at 2:15 PM

@nisha: thanks nisha :)

@clara: yeap. kalau cemburu buta, semua bengang. huhu

@fyna: tima kasih. akan lawat blog awak lepas ni :)

@solo molo: time kasih sbb singgah :)

@aida: betul tu idea. setiap orang punya pendapat tersendiri :)

March 15, 2011 at 2:22 PM

terbaik....hehehe~

March 15, 2011 at 2:27 PM

time kasih bella :)

Post a Comment