Sunday, March 27, 2011

nombor keramat

Baru sahaja siap key in markah murid-murid kelasku. Fuh. Sekarang ini di mana-mana sahaja aku nampak nombor. Sudah gila nomborkah? Bukan nombor loteri ya.

ehsan pacik Google

Aduh. Markah mereka tidak begitu memberangsangkan. Aku susah hati. Macam mana hendak menaikkan markah mereka ini. Matematik, Sains, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu: Pemahaman dan Penulisan bukan bidang aku. Dan untuk rekod, aku pun tidak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris. Setakat hendak ajar sikit-sikit, boleh lah. Banyak sangat markah berwarna merah ni. Susah hati. Susah hati. Walau bukan subjek aku, namun aku risau juga. Takkan selamanya mereka hendak macam ni. Kena push ni. Suruh rajin belajar. Masalahnya, budak-budak kan. Diberi pilihan, buku atau tengok tv, mesti pilih tv. 

Aku akan cuba pulun habis-habisan untuk naikkan markah Bahasa Inggeris. Enam orang gagal. Sedih. Aku dah lobi, beli kamus bergambar, buat kerja sekolah, baca buku Inggeris. Mereka buat tak tahu je. Lepas tu, tak tau hendak jawab soalan ujian.


Rasanya, dah garang macam singa dah~

18 comments

March 27, 2011 at 1:04 AM

try ajar pakia tv pulak macam tv pendidikan tu... dulu masa saya sekolah cikgu ajar cara macam tu...he he he

March 27, 2011 at 1:07 AM

fuh. susah pakai tv wo. nanti tak terkawal kelas dibuatnye~

March 27, 2011 at 2:53 AM

salam.....

jgn putus asa..teruskan mendidik...sebagai seorang guru, byk pendekatan yg boleh digunakan..sebagai guru sains, saya akan lebih menumpukan kpd pemahaman konsep serta eksperimen yg mudah..untuk murid2 saya..

March 27, 2011 at 2:59 AM

adatlah tu..ada hari turun ada hari naik..mungkin diorang ni banyak main dan tak berapa fokus tapi pada hakikatnya diorang pandai...overlook sikit...but buat post mortem dan selidik punca kegagalan dan rangka cara untuk mengatasinya...
InsyaAllah, result akan datang akan lebih baik

March 27, 2011 at 8:12 AM

emmm..try the best :)

March 27, 2011 at 9:43 AM

@sekamar rindu: yeap. tengah cube sedaye upaye. tapi ajar bahasa inggeris bukan semudah yang disangka. environment kene amik kire, background bebudak. anyway, thanks cikgu :)

jss: time kasih banyak2. tolong doakan saye :)

@syahirah: thanks! ^^

March 27, 2011 at 10:04 AM

miss dill try gna inisiatif y mcm lg enjoy dan santai...mcm wt aktiviti kt luar kelas ke...:)

March 27, 2011 at 10:31 AM

hehehe...mina cmtu jgk dulu..selalu fail....


lpstu cikgu tu bila ngajar dlm kelas je...mesti suruh mina duduk dpan...

lpastu tanya byk2 soalan dkt mina...
hehehe....

alhamdulillah....

March 27, 2011 at 10:59 AM

nonie: nonie, kelas kami ni kat tingkat paling atas. kesian kat budak2 nak turun naik tangga. termengah2 nanti kalo buat aktiviti luar. tak leh sangat santai2. kene kasi latihan banyak2. huhu. budak2 skarang...mcm2

@mina: hampir sume dlm kelas tu saye serang ngan soalan. pastu nganga. kadang2 saye tolong jawabkan. adoi

March 27, 2011 at 11:14 AM

meh kita rotan diorng..
bese ni xnk belajar..
ish...
>>iema pun dulu malas gak :">

March 27, 2011 at 11:17 AM

bebudak skarang tak bleh usik woo..nanti masuk court

March 27, 2011 at 11:29 AM

kalo diorg xnk buat keja skolah, hukum berdiri di luar klas

hehehe~ ^^

March 27, 2011 at 11:33 AM

pastu diorang lari. haha!

March 27, 2011 at 12:04 PM

sabo ye cikgu..
hehekk..
ssh jgk jdk cikgu kn..
huhu

March 27, 2011 at 12:14 PM

hahaha..dill..len kali kena garang cam kucen..baru budak2 suke..hehe

March 27, 2011 at 12:17 PM

@cik ezy: cabaran woo~

@apik: kalo garang cam kucen, alamatnye kene sepak terajang ngan bebudak jek =P

March 27, 2011 at 1:54 PM

bdk2 zaman skrg nmpknya susah nk belajar cuba buat lawatan ke? mngkin boleh menarik minat dorg..

March 27, 2011 at 2:00 PM

lawatan kawasan sekolah boleh kot. kat luar, banyak kos. kami kene jimat cermat skarang :(

Post a Comment