Friday, March 4, 2011

kejap je masa berlalu kan.

Rasanya macam baru semalam je aku mengomel seorang diri, "Hai, dah hari Isnin?" Tengok sekarang, sudah hari Khamis. Lagi 10 minit (sehingga aku menaip ni) sudah pukul 12 pagi, hari Jumaat. Masa cepat sangat berlalu. Sudah masuk bulan Mac. Budak-budak hendak periksa minggu depan. Kemudian, operasi menanda kertas ujian. Akan jadi hobi ku sepanjang cuti sekolah. Haha! 

Macam mana dengan kamu semua? Ada yang rasakan masa berlalu begitu lambat dalam kehidupan kamu? Sedar tak sedar, umur semakin meningkat. Birthday aku lambat lagi ye :)

Demi masa
Sesunggunya manusia kerugian
Melainkan
Yang beriman dan yang beramal soleh

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati.

Sebagai manusia, hambaNya, kita telah ditetapkan berapa jumlah perkataan yang kita boleh ucapkan sepanjang kita hidup. Jika sudah cukup jumlahnya, maka itu antara tanda hidup kita jua sudah sampai ke pengakhirannya. Jadi, cuba hindari kata-kata yang tidak berfaedah. Kata -kata biarlah dihiasi dengan ayat-ayat indah diredhai Allah 

Selamat malam.

3 comments

March 4, 2011 at 12:05 AM

a'ahh...cepat sgt kn...kdg2 smpai xsempat nak terkejar kejar....



petanda kiamat makin hampir..huhuhu

March 4, 2011 at 12:24 AM

selamat hari ulangtahun..ye...moga murah rezeki... dpt la tu nanti...he he he ..panjang umur, sentiasa dirahmati dan dilindungi.... apa lg yek...he he he kira selamat lah segalanye... he he he... tua dah aku rupanye...he he he

March 4, 2011 at 6:42 AM

@mina: tu la pasal. tau2 je dah nak hujung minggu. rase macam banyak mende je lagi tak setel.

@Mr Iz: entri ni bukan pasal birthday saye. birthday saye lambat lagi. jangan lupe pos hadiah ye

Miss Dill^^

Post a Comment