Friday, March 4, 2011

kue teow empat ringgit

Rasanya macam sudah lama tidak makan kue teow goreng. Berbulan-bulan dah. Hari ini cuma sempat makan nasi goreng masa sarapan pagi. Ingatkan hendak makan dengan adik waktu tengahari tadi. Tetapi muncul pula masalah yang tidak dapat dielakkan. Makanan tengahari berlalu begitu sahaja. 

Petang tadi pergi semula ke sekolah. Ada kerja yang perlu disiapkan. Rasa macam tak habis-habis pula kerja. Biasalah, mana boleh habis kan. Hehe. Perut sudah mengeluarkan irama keroncong. Lapar wei! Balik dari sekolah, ingat mahu jalan kaki ke restoran masakan panas. Tiba-tiba tertoleh ke arah kedai makan kecil berdekatan rumah aku. Terus belok. Singgah. 

Kak, ada makanan ape ye?

Masakanan panas. 

Erm. Nasi Goreng Ayam ada?

Tak de.  Nasi goreng je ade. (aih, kata masakan panas - mungkin masakan die yang panas-panas dari kuali literally)

Aku sedang berfikir sebelum dia menyambung. 

Nasi pun baru masak. Baru sangat-sangat. (intonasinya ditekankan di situ. aku tahu la yang die tidak mahu menggoreng nasi)

Kue teow goreng ade, kak?

Ada. Nak berapa? Satu? Okay.

Operasi menggoreng kue teow dijalankan. Mataku liar melihat papan senarai harga. Mak datuk! Harga! Tidak padan dengan kedai. Tidak sempat hendak tangkap gambar senarai harga tu. Nanti kantoi pula dengan kakak tu.

Siap digoreng! Panas-panas. 

Aku hulur RM10. Ala, tak de duit kecil. Ada RM4?

Aku menggodek-godek dompetku. Alhamdulillah, ada. Aku hulur duit seringgit empat keping kemudian berlalu pergi. Sikit lagi aku mahu rasa kue teow RM4. Lepas tu aku muat naik gambar ya :)

Lapar. Makan. Lapar. Makan. 

14 comments

March 4, 2011 at 7:17 PM

service kurang memuaskn la kedai tu..
huhu

March 4, 2011 at 7:23 PM

kalau ade skala perkhidmatan, kasi 2/5. hehe

March 4, 2011 at 9:11 PM

perhhhh...mahal gle....kalau kt pasar mlm pun baru 1.50....cik dill ni lain kali tgk harga tau....



sedap tak?

March 4, 2011 at 9:17 PM

dah order baru pasan harga. takkan nak cancel kot. kang kene kejar ngan sudip lak. eheh


tak sedap.

March 4, 2011 at 10:13 PM

lepas ni tak payah beli tau....
cekik darah betul kan....ishh2....

cik dill kyg tak?kalau tak mina nk blaje...hehehe

March 4, 2011 at 10:13 PM

anis pon baru makan kue tiau 4 hengget semalam . sedapppp punye .. wuhuhuuu

March 4, 2011 at 10:19 PM

@mina: mmg tanak beli dah.tak kenyang. ni tengah makan roti telur buatan sendiri lak. hehe. bestnye kalau mina nak blanje. :)

@anis: ekonomi tak bape nak stabil kalau kue teow melebihi bajet. hehe

March 4, 2011 at 10:26 PM

mahal erk??/
xpernah lak order kue teow kt kedai..

xpe2 pas kita bakoo je kedai 2...
hihi

March 4, 2011 at 10:29 PM

@iema: mahal utk kedai yang berada di kawasan rumah saye ni. tak nak pegi situ dah. lebih baik jalan kaki jauh sket tapi makanan masyuk.

jom bako!

March 4, 2011 at 10:56 PM

kalau empat inggit semua ada ok la... macam...he he he.. ayam kentucky ke... bebola ikan emas ke... double beef burger mcd ke....he he.. wah nak jd billionair cepat tu... agak agak la truk harga tu.. mahal tu.. kalau kdia kat pavillion ke lain la ceta... adusss tokey pun ... pikir untung je tak pikir pasal pelanggan pun... walhal pelanggan yg bawa untung tu... berpatutan la....he he.. ni bukan cekik darah lg ni...ni kira potong leher dah ni...he he he

March 4, 2011 at 11:09 PM

@Mr Iz: btol3x. ingatkan nak makan nasi goreng. siap kasi alasan tu. sabo je le. makan tempat lain la lepas ni

March 5, 2011 at 12:17 AM

malam2 dpat pekena kew teaw kerang pon sodap nih. :D

March 5, 2011 at 1:30 AM

pelik la.. mcm mana leh RM4??

kalau KL i caya la... but gannu RM4 ??

i rasa aneh... sad la xsedap.. kedai dia ramai org x???

March 5, 2011 at 6:43 AM

Aiman, I am not staying in Terengganu anymore. I am in KL. And I think RM4 is quite expensive for a stall near my neighbourhood.


masa tu, saye je pelanggan die. ahaks

Post a Comment