Saturday, April 2, 2011

aku dan bahasa

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris.

Aku sangat sukakan Bahasa Malaysia. Pada aku Bahasa Malaysia punya keistimewaan tersendiri. Perkataannya puitis. Aku tahu, bukan semua perkataan Bahasa Malaysia adalah asli. Banyak dicedok dari bahasa lain seperti Arab, Sanskrit dan sebagainya. Namun, sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dengan bahasa rasmi negara tercinta.

Aku sering cuba memilih perkataan yang kurasa istimewa untuk digunakan dalam suatu keadaan. Usaha memilih perkataan yang sesuai memberikan keseronokan kepadaku. 

Antara penulis blog yang sering menggunakan bahasa tersirat dalam penulisan mereka adalah KHRLHSYM dan Inspirationalefeks. Kamu boleh klik kedua-dua nama itu dan hayati betapa mendalamnya maksud penulisan mereka. Oh! aku bukannya mengenepikan penulis blog yang lain. Kalian pun istimewa juga, dengan cara penulisan tersendiri. Cara kita berfikir jarang sekali sama dengan orang lain. Apa yang kita baca, terjemah dalam minda kadang kala tidak sama dengan apa yang penulis itu fikirkan.

Teringat zaman belajar dahulu. Aku dikehendaki menginterpretasi hasil kerja sasterawan  Inggeris terkenal seperti John Milton, William Shakespeare, Edgar Allen Poe dan sebagainya. Aku bukannya pandai sangat hendak menginterpretasi mengikut pendapat pensyarah. Aku menginterpret menurut akal fikiranku. Namun, kala itu kami perlu mengikut kata pensyarah. Maka, apa yang aku interpret seringkali dipangkah oleh beliau. Aku terima. Diam sahaja.

Pada aku, setiap dari kita punya akal fikiran tersendiri. Punya cara pemikiran sendiri. Bukannya boleh dibentuk sesuka hati. Biar dijerit pekik supaya berdiri sebaris dengan yang lain, namun ada di antara kita akan pilih untuk berdiri di luar garisan.

Bukan begitu?

18 comments

April 2, 2011 at 10:02 PM

penulisan saya biasa sahaja.

April 2, 2011 at 10:05 PM

sebenarnya gemar menulis bahasa melayu kerana mungkin kerana bercakap dalam bahasa melayu. hihi.

April 2, 2011 at 10:05 PM

bahawa jiwa bangsa. saye suke baca tulisan awak :)

Anonymous
April 2, 2011 at 10:26 PM

setiap manusia ada pendapat dan ideologi masing-masing, mendengar pemikiran org lain semakin meluaskan pemikiran sendiri..

Pelik juga.. pernah cuba entri yg perlukan interpretasi setiap perkataan.. tp xde sapa plak yg nk komen.. mungkin mereka malas nak berfikir...

April 2, 2011 at 10:29 PM

bukan semua orang rajin membuat senaman otak :)

April 2, 2011 at 11:13 PM

bhse dlm blog cik ezy terok benau..
cmpor je.. haha..
aduyai..
tp bhse dlm blog miss dill ok..
=)

April 2, 2011 at 11:23 PM

kalau masih boleh difahami, kire okei la tu :)

April 2, 2011 at 11:32 PM

cuba tanya mina....selalunya mina jenis menaip terus dari otak...
mcm budak2....

mina kagum jgk dgn khai...hehehe..

April 2, 2011 at 11:35 PM

ramai yang patut dikagumi.

termasuk arnab mina :)

April 3, 2011 at 3:22 AM

he he he he... jiwa kita manusia tak sama kot...he he he... yang penting paham ye tak ik dill.... kekadang cuba gak..he he he.... mungkin kekelakarn dah sebati dalam kehidupan kot...he he he... adalah pulak.. he he he

April 3, 2011 at 6:35 AM

Mr Iz istimewa dengan gaya penulisan sebegitu :)

April 3, 2011 at 9:52 AM

Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu cikgu? Gaya penulisan cikgu cukup teratur. :-)

April 3, 2011 at 9:58 AM

dahulu Bahasa Melayu. skarang Bahasa Malaysia :)

terima kasih kerna singgah

April 3, 2011 at 10:43 AM

khalis suka menulis menggunakan emosi di atas..so mmg tak tak tersusun arr.. hmm..kadang-kadang ejaan betul sbb nak dapatkan SEO je..huuu

Ada apa dengan DARA

April 3, 2011 at 10:52 AM

setiap orang punya gaya penulisan tersendiri :)

termasuk khalis

April 3, 2011 at 11:19 AM

setiap orng pnuya kreativiti penulisan sndri..hihi
tp nonie main belasah je

April 3, 2011 at 4:48 PM

baa~ CAK!!

sopan dn berhemah adalah gaya penulisan roy.. :D

April 3, 2011 at 6:50 PM

ya...itu sudah pasti. haha!

Post a Comment