Saturday, April 30, 2011

aku, dia dan kamu

It is not because I can't get rid of you. It is because I want to remember you.

Tidak perlu menoleh ke belakang lagi. Buat apa dikenang barang yang lepas. Bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Jangan mimpi lagi. 

Masih terngiang-ngiang tengkingan maha kuat dari manusia yang lebih selesa aku gelar parasit murahan. Perempuan. Kamu fikir kamu jerit-jerit macam orang gila di corong telefon bisa membuat aku menggeletar ketakutan? Kamu silap. Kamu hanya fikirkan amarah kamu. Amarahku tidak diambil peduli. Hanya kerna kita dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa, kamu bangga menengking aku kerna seorang lelaki. Pada pendapat aku, manusia yang sering menjerit, menengking tanpa usul periksa, menunjukkan dia tiada pendidikan. Manusia yang berpendidikan boleh fikir sewaras-warasnya, bagaimana untuk menangani suatu hal. Walau bukan semua yang begitu, tetapi aku salah seorang daripadanya.

Perempuan, kamu masih ingat kamu kata aku mengacau kehidupan lelaki itu? Subhanallah. Apa kamu lupa bahawa aku mengenalinya terlebih dahulu daripada kamu? Dia curang. Lelaki itu curang. Salah aku jugakah?

Ops. Itu episod zaman dahulu kala. Tidak wajar dikenang kembali kata kawanku. Tetapi kadang kala aku teringat juga. Bagaimana diri ini menelan kata-kata nista dari kaum Hawa. Akibat dia termakan janji manis seorang Adam.

Jika dia menjadi api, takkan aku mahu menjadi minyak. Menyemarakkan lagi api kemarahannya. Aku pilih air. Biar padam kegilaannya dan aku ditikam bertimpa-timpa.

16 comments

April 30, 2011 at 1:06 AM

alaa..
awat jd air
ptt panaskan dia lg
biar dia panas smpai terbakar sendiri
wahahahaaa
kdg2 kena jd jht, br la best
tbe2 terasa jht plak tp x nak padam . penat dah taip . :D

Anonymous
April 30, 2011 at 1:24 AM

Sabar ye Miss Dill. Jangan layankan orang macam tu. Nanti lama-lama dia bengang sendiri bila kita buat tak layan dan carry on hidup kita seperti tiada apa yang berlaku.

April 30, 2011 at 2:30 AM

biarkan saja dia dengan dunia nya cik dill.. orang macam jenis macam ni susah nak mengakui kesilapanya sendiri.... biarkan labi terjun dgn labunya... he he he

April 30, 2011 at 10:29 AM

sabar ye..

*ppuan tak kan pernah tewas gara2 sorang lelaki,kerana lagi tabah bila ujian menimpa berbanding lelaki..percayalah..be cool ye^^

April 30, 2011 at 10:58 AM

sy pernah kena maki & jerit oleh kaum hawa...katanya sy merampas kekasih dia..padahal hbgn sy dgn kekasih dia hanya biasa..tiada yg luarbiasa.. ah cerita lama..

April 30, 2011 at 11:44 AM

kene kaco cik dill??
isk..

April 30, 2011 at 12:03 PM

sabo miss dill.. biasala bila terasa diri diancam memang fikiran akan jadi singkat,,

April 30, 2011 at 12:26 PM

sabar dan kuat kunci kemenangan!

April 30, 2011 at 3:18 PM

biar la die terjun bersama labu labinya...

April 30, 2011 at 6:47 PM

@anis: malas nak dengar die membebel. bosan. sakit ati

@tira: yeap yeap. time kasih tira :)

@mr iz: baek. time kasih kawan :)

@woofer storm: inspiring. thanks :)

@khairul antasha: tu la. ramai sangat orang gile dalam dunia ni

@cik ezy: a'ah. cite zaman dulu

@khalis: tapi die menyakitkan ati saye :(

@azi: thanks :)

@iema: btol! biar die lemas

April 30, 2011 at 9:46 PM

jd air? tak best langsung... jadi la fire fighting yang jenis powder tu... baru berbedak tebal perempuan tu...

April 30, 2011 at 11:18 PM

Selalunya org yg memaki dan marah2 tak tentu pasal ni, dia akan dapat balik apa saja makian dia tu.
what goes round comes around.

chill! sabar. k..

April 30, 2011 at 11:24 PM

yeah. what goes around comes around.

thanks friend.

May 1, 2011 at 2:04 AM

org kata susah nak berhadapan ngn org yg x berpelajaran..lain pendekatannya..tp kdg2 yg berpelajaran pun lagi 'bodoh' dari yg x berpelajaran..

May 1, 2011 at 8:23 AM

btol. secara ringkasnya, bagaimana die mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan. kalau dah bongok sangat, tak leh wat ape le

May 1, 2011 at 11:56 PM

@nasriq: haha! tak macho ah gado2 ngan pompuan bodo mcm tu

Post a Comment