Wednesday, April 27, 2011

apa hebatnya sejarah negara sendiri?

Aku menyambung kembali pembacaanku tentang negara tercinta, Malaysia di perpustakaan sekolah. Buku Rekod Malaysia tulisan Ghulam Jie M. Khan menjadi pilihanku kali ini. Banyak yang aku pelajari tentang sejarah negara kita. Tentang raja-raja, hakim negara, ibu mithali pertama, sekolah-sekolah cemerlang, perajurit negara dan pelbagai cerita lain.

Dulu sewaktu di sekolah, aku hanya mengetahui bahawa J.W.W. Birch dibunuh oleh Si Puntum ketika sedang mandi. Dalam buku ini diceritakan, nama penuh J.W.W. Birch adalah James Wheeler Woodford Birch. Residen negeri Perak yang dibunuh kerana memperlekehkan adam resam orang Melayu di negeri Perak. Sebilah lembing tertusuk tepat di dadanya ketika dia sedang menjirus air ke badan. Dalam keadaan parah, Birch cuba melarikan diri namun Si Puntum menetak kepala Birch sehingga putus. Birch tenggelam di dalam sungai dan hanyut dibawa arus.

Wah! Semua ini tidak diceritakan tentang bagaimana Birch dibunuh dalam buku sejarah. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.  Maaf jika aku memberikan fakta yang tidak betul. Aku hanya menulis semula apa yang aku baca.

Aku kecewa kerna aku tidak ambil serius tentang sejarah negara sendiri satu ketika dahulu. Mungkin belum ada sinar kesedaran sewaktu umur belasan tahun. Ayah aku menerapkan semangat patriotik dalam diriku. Aku tidak seberani Leftenan Adnan atau sebijak Dr. Mahathir Mohamad. Namun, aku cuba menjadi seorang rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.

Sering aku tulis di papan hitam untuk anak muridku;

I love Malaysia.

16 comments

April 27, 2011 at 5:48 PM

kadangkala sejarah malaysia juga diputarbelitkan. serius tak tipu.

April 27, 2011 at 5:51 PM

yeap. itu sudah hebat diperkatakan sejak dahulu lagi. sedih jadi mcm ni

April 27, 2011 at 5:53 PM

susah jugak nak percaya sejarah2 ni.

sumber tu kata lain, sumeber ni kata lain..

haishhh! tapi saya suka baca sejarah Melaka.. hehehe~

April 27, 2011 at 5:57 PM

sejarah dah banyak ditokok tambah. kadang2 pening bace

April 27, 2011 at 6:17 PM

dulu sejarah adalah slh satu subjek kegemaran.. Bila baca buku sejarah aku bygkan peristiwa yg terctat spt benar-benar terjadi didepan mata...

April 27, 2011 at 6:25 PM

bagusnye khai!

April 27, 2011 at 7:42 PM

aku suka sejarah pasal luar negara..yg dalam negara..errrrrrr

ce cite ce cite!

April 27, 2011 at 8:34 PM

abang berasal dari obersi ye?

April 27, 2011 at 8:55 PM

sejarah ? kadang2 mngantuk baca ..
=p

April 27, 2011 at 9:09 PM

bila penyampaian tak sehebat penceritaan, mmg mudah bosan :)

April 27, 2011 at 9:40 PM

sejarah... siapa yang tulis sejarah? hoho... aku pun nak tulis sejarah jugak la... mengaku aku ni cucu cicit sultan melaka yang mangkat dijulang

April 27, 2011 at 9:45 PM

mase blaja dulu penulisan sejarah sering dikaitkan dengan Tun Seri Lanang & Munshi Abdullah.

skarang, tak tau la.

April 27, 2011 at 10:24 PM

mina gila sejarah..siyesss...dulu pernah bercitacita menjadi ahli sejarah....tp disebabkan apak tak suka...so terus terkubur...


bila dh tau sejarah byk menipu...mina rasa tak rugi lah...huhuhu

April 27, 2011 at 10:26 PM

hehe. kalau tak mina dah jadi profesor sejarah kot. :)

April 27, 2011 at 11:23 PM

wah saye tak suke sejarah...hi3

April 27, 2011 at 11:24 PM

bukan aja sorang je. hihi

Post a Comment