Thursday, April 7, 2011

cerita seram kini

Sebelum apa-apa, aku hendak kasitahu yang aku ini seorang yang penakut. Memang tak boleh tengok cerita seram sikit. Dulu masa Ju-On popular, aku langsung tak berani nak jenguk sikit pun. Teringat masa dulu, dalam pukul 12 tengah malam, adik perempuan aku layan Ju-On. Dia ajak aku tengok sekali. Dia tu jarang nak ada rasa takut bile tengok cerita jenis macam ni. Ju-On, Saw, dan segala mak nenek cerita hantu. Selamba dia je tengok. Aku je berlindung di sebalik perisai lembut - kusyen. Hihi. Bila dia ajak tengok Ju-On, aku jenguk la kejap. Sekali tengah scene dia merangkak turun tangga dengan rambut mengerbang tu. Menyirap darah aku! Terus lari masuk bilik. Haha!

Kali ini, aku nak cerita tentang drama seram kat tv tu. Bukannya aku nak mengutuk atau mengumpat drama orang kita ni. Kadang-kadang bila aku tonton di kaca televisyen, ada drama seram. Fuh! Kadang-kadang nampak merepek okei. Ada satu scene tu, minah ni kena kacau dengan saka famili dia. Dia bukannya baca ayat suci Al-Quran, dia pergi ambil keris lama berbalut kain kuning. Bengong ke ape? Kebanyakan cerita jenis ni, jarang dipaparkan karakter tu kembali kepada Yang Esa bila dalam keadaan memerlukan. Yang dicarinya keris pusaka lah, tangkal lah, itu lah, ini lah.

Kenapa tak ditunjukkan karektor membaca ayat Kursi atau surah-surah lain dalam Al-Quran. Sejuk sikit hati orang yang menonton ni ha.

Sebelum apa-apa, maaflah kalau entri kali ini mengguris hati siape-siape. ciaO.

13 comments

April 7, 2011 at 7:33 PM

cerita hantu sekarang mengarut..diorang tak nampak apa yang khalis nampak


Tips supaya blog sentiasa diingati

Kenangan lahir 80-an

Ada apa dengan dara

khalis datang ziarah di sini

April 7, 2011 at 7:57 PM

mmg mengarut pun. wat semak je

April 7, 2011 at 8:18 PM

betul2...lepastu byk buka pekung org melayu....


kdg2 bila terlampau byk...mcm muak pulak....



sbnrnya mina pun penakut jgk...heee

April 7, 2011 at 8:25 PM

mina, same le kite. tapi mina ade mat. :)

April 7, 2011 at 9:31 PM

saye pon penakottt..
hehekk

April 7, 2011 at 9:33 PM

wah! ramai geng ni! jom berlindung di sebalik kusyen!

April 7, 2011 at 10:32 PM

baa~ CAK!!

memang mengarut cite hantu skrg ni.. mengajar bdk2 kecik takut hantu dari takut tuhan..

April 7, 2011 at 10:33 PM

tu la kan. merepek meraban

April 8, 2011 at 12:16 AM

he he he walaupun aku seorang yang buka pentakut.... he he he... pasal semua ceta hantu aku layan dan tak pernah rasa takut...he he he... memang betul tu cik dill..kekadang cerita ntah nak ckap apa pun tak tau... bila kita kaji dan lihat... cerita hantu kita ni semua lebih kurang sama je... mengarut kekadang lebih....he he he he.... tapi nak wat camana ye tak ...lulus tayangan... layan je la.. yang penting kinat tengok.. pkir.. baca dan nilai...he he he...

April 8, 2011 at 10:33 AM

sy peminat cite seram....

April 8, 2011 at 12:16 PM

emm entah la...
diorang nak nampak cite biar seram daripada logik akal agama islam...

April 8, 2011 at 9:27 PM

skrg cte hantu smua mcm x best jer...

April 9, 2011 at 10:08 AM

@Mr Iz: yeap. betul tu. masalahnye bukan sume orang kite ni rajin berfikir. main terime je sume mende

@khairul antasha: yeke? terbaek la!

@iema: tu menyimpang namenye

@nick: mmg pun!

Post a Comment