Entri ini panjang berjela. Jika tidak mahu baca, sila klik ikon pangkah di hujung sebelah kanan anda ya. Untuk pengguna Apple Mac, ikon pangkah anda di sebelah kiri.
Tajuk entri nampak mudah tetapi ia memberi maksud yang mendalam. Jika dihayati sehalusnya, seharusnya memberi impak kepada kehidupan kita semua. Namun, tidak semua rakyat Malaysia peka dengan kepentingan budi bahasa dalam kehidupan seharian. Aku pasti kamu semua pernah melihat manusia-manusia kurang akal fikiran mencarut yang bukan-bukan di khalayak ramai. Konon nampak macho. Tetapi ketahuilah, kamu hanya menunjukkan betapa ceteknya akal fikiran kamu. Betapa kurangnya ilmu di dada. Dipertontonkan kepada dunia, jahilnya kamu dalam berbudi bahasa.
Contoh mudah yang boleh aku berikan seperti situasi dalam LRT. Seorang ibu mendukung anak kecil berpaut pada palang besi di tengah gerabak. Tiada siapa ambil peduli dengannya. Tiada siapa bangun untuk memberikan tempat duduk kepada ibu ini. Aku tidak dapat berbuat apa-apa kerna aku juga berdiri dan berpaut pada palang besi sepertinya.
Kawanku berpendapat jika ibu itu berdiri berdekatan dengan tempat duduk, mungkin ada yang akan perasan dengannya. Masalahnya dia berdiri di tengah dan manusia lain tidak nampak kelibatnya. Mungkin betul juga kata-kata kawanku itu. Itulah pentingnya kepekaan. Mata perlu melilau sana sini melihat keadaan orang lain. Bukannya tidur nyenyak atau borak bagai pasar borong di bahagian kerusi khas untuk orang tua, orang kurang upaya dan ibu mengandung.
Peka.
Satu situasi lagi, pentingnya berbudi bahasa dan kemahiran berkomunikasi sesama manusia. Jika tiada kemahiran berkomunikasi, maksud suatu maklumat tidak akan diterima dengan jayanya. Contohnya seperti keadaan kawanku semalam. Dia mahu format komputer riba dan pekerja di situ tidak berjaya menyiapkan atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.
"Kak, kami dah cuba banyak kali tapi tak boleh. Kami dah cuba guna Ghost pun tak boleh. Keluar blue screen. Kami cuba juga secara manual, tidak boleh juga," terangnya panjang lebar.
Bagi manusia yang memang arif atau ada pengetahuan dalam teknologi maklumat atau IT pasti akan memahami apa yang diperkatakan. Bagi orang biasa seperti aku dan kawanku, kamu ingat kami faham? Menggunakan jargon atau istilah khas IT dalam penerangan kepada pelanggan adalah tidak sesuai sama sekali. Gunakan layman term. Maksudnya gunakan bahasa yang mudah difahami oleh orang ramai. Aku menerangkan semula kepada kawanku. Nasib baik aku tahu sikit-sikit. Bengong manusia IT itu.
Yang ini, aku tidak pasti sama ada boleh dirangkumkan sekali dengan tajuk di atas. Padaku ia isu penting juga. Apabila berjanji sesuatu, pastikan kamu menunaikannya. Kalau tak pasti jangan sesekali cuba berjanji.
"Kak, laptop ni dalam sejam siap lah"
Kawan aku setuju dan kami berdua pergi berjalan-jalan melihat alam di Low Yat Plaza. Sejam kemudian kami sampai, laptopnya masih belum siap. Selepas memberi penerangan tentang masalah itu ini, dia suruh kami datang lagi satu jam tiga puluh minit. Astaghafirullah. Buang masa betul! Kenapa mereka tidak inform kami setengah jam pertama tadi? Kami banyak kali lalu lalang di hadapan kedai mereka. Kami datang semula selepas satu jam tiga puluh minit. Masih belum siap. Kali ini berkomunikasi dengan manusia IT yang lain. Dia kata lagi setengah jam. Wow! Berkematu kaki kami berjalan. Kami ambil keputusan untuk datang selepas empat puluh lima minit. Alhamdulillah, siap akhirnya.
Manusia IT kedua itu seperti serba salah dengan kami. Namun, kami senang dengannya servisnya. Manusia sebelum ini menjengkelkan. Dia ingat kami marah kerna masalah laptop.
"Dik, dengar sini. Kami tak marah pasal laptop ni. Kami faham, ada masalah dengan hardisk dan sebagainya. Apa yang buat kami terkilan, kamu semua tak beritahu kami awal-awal. Sekarang ni sudah makan banyak masa kami. Kerja kami bukannya duduk sini semata-mata. Kami ada kerja lain.," kata aku.
"Mula-mula kata sejam boleh siap. Kemudian satu jam setengah. Lepas tu tiga puluh minit. Lain kali sebut je jangkamasa paling lama. Jadi kami boleh estimate masa. Kami ada assignment, kerja lain nak buat," terang kawan aku panjang lebar.
Manusia itu meminta maaf. Banyak kali. Aku pun minta maaf juga sebab cakap banyak pada dia. Haha!
p/s: entri panjang. wow! o_O
15 comments
A'ah, klu die jenis yg mesra plnggan, sptutnye klu rase x smpat siap lg, msg@cal kan...xde la ssh pyh nak pi mai pi mai....
khalis pernah cuba kedai lain hantar format komputer,,janji sehari..3 minggu baru siap..patutla kedai dia banyak cpu..citt,, wat keje lambat rupenye..
@@aja: tu la! masa nak amik laptop, manis btol cakapnye. bile dah dapat, buat cincai
@khalis: tak suke orang mcm tu kan. wat sakit ati je
haha..
septotnye xyah la die jnji ngn customer kalo xkompem boleh siap awl kn..
xramai orang kte yang mmahami slogan budi bahasa budaya kita..dorg lbih mmntinghkan diri sndiri.
betul2..
diorng ni xbelajar subject communication kot....
kalau bab janji masa 2 memang xleh nak cakap ape la..
memang xreti2 nak tepati masa
hurmm org sekarg banyak berbahasee tah ape2 tanpe berbudi~ erkk?
@cik bunga: tu la. zaman ni manusia makin pentingkan diri sendiri
@iema: bikin hati panas je kan
@azi: btul! cakap merapu
he he he biasalah cik dil...manusia pelbagai ragam... memang susah nak dielak... biasa gak kena banyak kali.. orang jenis macam ni kekadang nak kena bertegas ... kalu tak sambil lewa je....
habis budak tu kena bebel ngan saye smlm, mr iz. haha!
baa~ CAK!!
propa orang bisnes.. biasa la tu..
Pengalaman yg pasti xkan dilupakan
(--")..terima kasih pada kamu cik Dilla!!
@azroy: tu la pasal!
@cik sal: yay! time kasih sbb ajak saye juge :)
hehehe...ragam manusia...yg begitu byk warna...
kalau diikutkan..mcm pengalamn mina sndiri dlm bidang it la...
kalau masalah bab2 laptop ni..kalau sekadar format...dlm 1 jam sudah ok...
mgkn yg lambat tu..sbb nak install program kot...hehehe
betul mina. cube diorang tak contact kami awal2. nak suh kami berkhemah kat low yat kot