Monday, April 25, 2011

lompat sana sini

Tengah syok tidur terasa hujung betis digoyang perlahan.

"Along, bangun"

Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aku terpisat-pisat bangun. Dengan mata separuh terbuka berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik air. Perlu segera bersiap untuk ke sekolah. Kanak-kanak semestinya terlebih excited untuk ke sekolah.

Di sekolah belajar macam-macam. Bahasa Melayu, Matematik, Agama Islam, Alam dan Manusia, Muzik, Pendidikan Seni dan matapelajaran paling best, Bahasa Inggeris!

Waktu rehat, sering emak belanja Nasi Lemak. Patut la aku makin gemok. Kuat makan dari dulu. Haha!  Nasi Lemak dulu sempoi je. Nasi dan sambal ikan bilis.

beli dari pacik Google

Sekarang ni Nasi Lemak pun dah moden. Lauk macam-macam. Ayam goreng la, sambal sotong, kerang, udang dan macam-macam lagi. 

Pagi-pagi pergi ke Sekolah Kebangsaan. Waktu petang, pergi ke Sekolah Rakyat pulak. Belajar Feqah, Tajwid, Sirah Nabi, 'Ibadat, Akhlaq dan macam-macam lagi ilmu agama Islam. Dulu-dulu belanja 60 sen je. Merasa jugak 60 sen kan. Orang susah kadang-kadang tak belanja langsung. Masa rehat kat Sekolah Rakyat, sibuk main galah panjang, gasing, ting ting, polis sentri dan aci kejar. Lepas letih lompat sana sini, pekena Ais Kepal. Harga Ais Kepal tu 10 sen je.

import dari pacik Google lagi

Tapi Ais Kepal zaman aku dulu guna surat khabar sebagai pelapik. Entah dah berapa liter dakwat surat khabar aku  telan.

Habis belajar di Sekolah Rakyat, bergegas ke rumah Opah Teh. Nak mengaji. Rindunya kat Opah Teh. Kami empat beradik semua mengaji kat sana.

Balik rumah dah pukul 7 malam. Mandi dan solat. Kami memang tak dibenarkan tengok televisyen masa sekolah rendah. Kalau kawan-kawan cerita pasal rancangan televisyen, jangan harap kami boleh respon. Sebab kami tak tau ape-ape. Hehe. Jadi, pukul 8 malam dah kena baca buku atau buat kerja rumah. Dua jam lepas tu, Ayah suruh tidur. Nak tak nak, kena paksa diri tidur. Nanti ayah marah.

Kenangan zaman sekolah. Sibuk jugak. Tapi tak de la sesibuk macam budak-budak sekarang. Tuisyen sana sini. Kadang-kadang tak de masa bermain. Budak-budak perlu masa bermain. Itu nature budak-budak kan. Untuk perkembangan otak mereka.

Main = budak-budak.

Boleh bagi mereka peluang untuk menikmati zaman kegemilangan sebagai budak-budak?


p/s: ni zaman sekolah rendah. zaman sekolah menengah, lain pulak rutinnya. lain kali aku cerita :)

25 comments

April 25, 2011 at 11:43 PM

betul lah...budak zaman skrg dh kena kontrol...mcm robot dah...



zaman kita dulu, bebaskan nak main..
blh je mkn nasi lemak....takde la bambam sgt...huhuhu...

April 25, 2011 at 11:44 PM

tu la. dulu ingat nak main je petang2. hehe

bam bam bam bam. :)

April 25, 2011 at 11:58 PM

bdak2 sekrng xenjoy cm kite dulu,....
byk aktiviti n idup penuh berjadual...hehhehe

April 26, 2011 at 12:06 AM

haha .rilex ..
lapar ~~~

April 26, 2011 at 12:12 AM

@nonie: tu la. skarang ni mcm agak menakotkan

@nelly: g makan! :)

Anonymous
April 26, 2011 at 12:24 AM

aku bekal RM50 sampai tingkatan berapa ntah. pastu RM1 sampai habis sekolah. Kalau balik lewat masa tingkatan enam kena tambah jadi RM2 untuk tambang bas

tp aku zaman kanak2 banyak main x macam ko. syok gila!

April 26, 2011 at 12:43 AM

rindu nak main masak2

waaaaa~ T___T

budak2 sekarang lebih kepada bidang IT, dah terlebih advance pasal komputer. sbb tu dah x layan permainan dulu2

April 26, 2011 at 1:06 AM

budak budak zaman sekarang dah tak reti main masak masak, heheh sume tau facebook je~~~
rindunya zaman muda dulu (-_-)

April 26, 2011 at 1:33 AM

dulu lain skrg lain..hehe

saya pon ada buat entry pasal karton yang saya minat masa skolah rndah dulu..

pernah tgk sailor moon??pheww...rasa nak kembali ke zaman dulu je..heheheh!!~

April 26, 2011 at 1:34 AM

ada untungnya kalau banyak yang tersekat semasa masih belajar dulu,bila sudah dewasa ada rasa terima kasih dengan apa yang diraih sekarang.

tapi tetap saja ada ketidak-untungnya dengan cara begitu bila kita tidak dapat melalui zaman kanak2 kita dengan riang..serasa mau saja kita kembali ke zaman tuh.

April 26, 2011 at 1:45 AM

biasalah cik dill zaman dah berubah...cara pun dah berubah...budak budak sekarang permainan pun dah lain... pakai jari jemari je..... sayang kalau tak enjoy zaman budak budak ni.....

Anonymous
April 26, 2011 at 8:04 AM

Dengar cerita sekarang ni penjualan nasi lemak disekolah nak dilarangkan oleh kerajaan. Eh betul ke? Aiyaiyai..

April 26, 2011 at 11:20 AM

suke nasi kerabu...hehe

April 26, 2011 at 11:23 AM

zaman sekarang , semua duduk dpn tv/komputer .ber Fb bagai .

eh, sama la kita . waktu kecik lu tak boleh tgk tv . hahahaa

April 26, 2011 at 1:04 PM

miss dill sempat zaman ais kepal?? khalis tak sempat dah..

April 26, 2011 at 1:29 PM

rindu ais kepal dulu sy msa kecik2 setiap hari beli... hehe

April 26, 2011 at 2:12 PM

ah rindu plak..nak jd budak2 balik la...

April 26, 2011 at 2:40 PM

aku suka nasi lemak yg dibungkus dgn daun pisang

April 26, 2011 at 2:47 PM

@kapten: zaman bebudak mmg terbaek la! tak de masalah

@shikio: tu la. peredaran masa kan.

@miz novexx: kalau boleh nak jadi kanak2 balik kan

@bella bell: dulu saye kumpul komik die woo

@ghost writer: disebabkan didikan macam tu, kami jadi manusia. :)

@mr iz: skarang ni banyak kekangan. main game je. duk umah, tak reti kuar

@miss tira: setakat ni, dengar kabarnya akan dikurangkan. mungkin seminggu sekali

@sham: belah2 timur, nasi kerabu mmg femes ah!

@anis: anis pun tak leh tgk tv eh? sian kite kan

@khalis: sempat. sangat best!

@nick: same la. haha! sedap!

@khairul antasha: jom usha bebudak main bola kat tepi padang :)

@lea: tu mmg sedap ah!

April 26, 2011 at 3:26 PM

Mengimbau zaman kanak2..zaman panjat pokok..zaman men congkak bwh rumah,zaman men sorok2..zaman mandi sungai..sgt best!!!

budak2 skrg da x boley nak mcm kita..port2 nature sume da hampir pupus..berganti ngn rumah2 teres..bangunan situ sini..syg betul..~

April 26, 2011 at 3:35 PM

dunia semakin lama semakin berpenyakit. sebab tu beza dulu dan sekarang. =.= rindu masa muda-muda dahulu.

April 26, 2011 at 5:09 PM

best giler time sekolah rendah..
maen2 jerk g sekolah....

tapi bab ngaji xbest...selalu kena pukul :(

April 26, 2011 at 5:54 PM

@cik sal: toleh kiri teres. toleh kanan teres. semua teres. pokok? dah tersembam ke bumi

@khrlhsym: tu la. rindu sangat

@iema: siannye iema kene pukul

April 27, 2011 at 12:29 AM

zaman skang da byk brubah kan... dlu nasi lemak kat sek 30sen jerk, skang da mahal... seronok zaman dulu kala

April 27, 2011 at 6:32 AM

sekarang RM1. lauk sikit je. huh

Post a Comment