Wednesday, April 13, 2011

si gila seks

Apabila terbaca entri Cik Iema beberapa hari lepas, aku teringat untuk menulis tentang kisah lama ini.

Kejadian ini berlaku ketika aku belajar dalam Tingkatan 5. Pada waktu itu pengangkutan yang ada hanyalah bas penumpang. Gap atau jurang masa antara bas adalah satu jam. Aku dan kawanku tidak sempat untuk menaiki bas petang itu. Kami terlambat sampai ke stesen bas. Jadi, kami mengambil keputusan untuk pergi berjalan-jalan ke ke kedai runcit berdekatan.. Kami tidak singgah lama, bosan. Kami keluar dan berjalan semula ke stesen bas. Kami berborak sakan, melalui jalan di hadapan sebuah pasaraya.Tanpa kami sedari, ada sebuah kereta telah mengekori kami sejak kami keluar dari kedai. Mula-mula mengekor dari belakang, kemudian makin lama makin dekat. Kali ini bergerak di sisi kami.Tiba-tiba kereta itu berhenti. Lalu terdengar suara dari dalam kereta.

"Dik, doktor kat mana?"

Aku tundukkan kepala, "Apa?"

"Doktor kat mana?" 

Aku pelik. Kenapa dia tanya soalan tu. Doktor kat hospital lah! Kenapa dia tanya kat depan pasaraya ni? Waktu ini kawan aku masih melayan soalan bodoh pemandu kereta itu. 

Tiba-tiba mataku terpaku. Apa pemandu kereta itu sedang buat? Kenapa tangan dia seperti menggentel sesuatu? Ya Allah! Dia sedang menggentel kemaluannya! Aku terkejut lalu menarik tangan kawanku cepat-cepat. Aku tarik dia dan kami bersembunyi di deretan kedai di situ. Kawan aku terpinga-pinga. Ye lah. Dia tak tahu apa-apa kan.

"Weh, kamu tak nampak ke dia buat apa tadi?"

"Apa?"

"Dia tengah main dengan dia punya anu lah!" kataku. Kawan aku terjerit kecil.

Di dalam kesamaran, kami lihat kereta itu masih di situ. Seperti menunggu kami. Tidak lama kemudian, kereta itu berlalu pergi.

Hey, trauma okei!

14 comments

April 13, 2011 at 5:56 PM

cerita serius ke nie? kenapa takde makcik2 wat kat khalis camnie?hehehe.. smoga trauma dah hilang ekk

April 13, 2011 at 5:59 PM

serius la khalis. nasib khalis tak berapa 'baik'. hihi

April 13, 2011 at 7:04 PM

penah juga alami bnda mcm ni..

terus lari lintang pukang pergi ke rumah jiran.. hahah~

sumpah, gerun!!!

April 13, 2011 at 7:04 PM

takut la org camtu..

April 13, 2011 at 7:15 PM

@shikio: sume orang normal akan lari lintang pukang

@cik bunga: mmg!

April 13, 2011 at 7:42 PM

perhhh...lagi gila seks....dgn budak2 pun nak teransang...adooiii..

April 13, 2011 at 9:34 PM

miz dill pun pernah kena gak..
nasib baek sempat lari...

memang xde akal la orang2 macam ni...

April 13, 2011 at 10:09 PM

huhuk..
tkotnye la kalo jmpe org giler sex ni..

April 14, 2011 at 2:08 AM

baa~ CAK!!

orang tu sakit anu nak g jumpe doctor.. tu yg die tanye doc ktne.. hahaha

April 14, 2011 at 3:23 AM

he he he... macam macam jenis manusia ada ye tak... tempat aku dulu ada gak...slalu tgu budak sekolah... last last kena kejar ngan orang kampung ...he he he

April 14, 2011 at 4:42 AM

gile la org tu. jaja pun penah kena lah. tapi jaja macamkawan awak. tak nampak. ngee. kawan jaja yang nampak T_T

April 14, 2011 at 1:48 PM

adoiii la..gile sex betul.

xbertempt plak tu...hehhe

April 14, 2011 at 2:52 PM

Hahahaha..emm tu je yang dapat sy katakan kerana sebenarnya pada masa itu orang itu memang sedang mencari doktor.
Kejadian sebelum itu, orang itu baru membeli produk yang perlu disapukan di 'situ' tetapi entah macam mana dia tersapu gam UHU menyebabkan tangannya melekat di'situ'..sebab tu dia benar2 mencari doktor ketika itu...

April 14, 2011 at 5:55 PM

@mina: pedophile. mcm tu la! menakotkan!

@iema: tapi sangat takot!

@cik ezy: tu la. scary~

@azroy: awak mmg memahami orang jenis mcm tu kan :)

@Mr Iz: gile. tunggu budak skolah. padan muke kene kejar ngan orang kampung

@hafiza: nasib baik jaja tak nampak. menakotkan okei

@nonie: uwaa~ buruk

@jss: awak kawan baik ngan orang gitu eh? hihi

Post a Comment