Ops. Bukan tentang pengalaman seram atau drama seram ya.
Aku punya satu tabiat (boleh kira tabiat ke) di mana aku sering membayangkan perkara buruk terhadap semua perkara yang aku sedang lakukan.
Contohnya ketika aku menuruni anak tangga, aku akan membayangkan aku tergolek-golek jatuh. Debuk debak. Masa ni jantung sudah berdebar kencang. Padahal tak jatuh pun. Cuma perasaan tu penuh satu badan. Seriau.
Ketika melangkah mana-mana longkang, aku terbayang kaki aku termasuk ke dalam longkang dan aku jatuh tersembam. Padahal mana ada!
Akhirnya, apa yang aku takutkan menjadi kenyataan.
Aku tergelincir ketika menuruni tangga blok kediamanku. Lampu koridor tidak dipasang. Gelap gelita. Aku silap kira anak tangga. Nah! Menggelungsur ke bawah. Sakitnya Allah je yang tahu. Kebetulan hari itu ada kursus di Port Dickson. Terdengkut-dengkut berjalan. Sampai sana, kaki bengkak. Haru biru.
Lagi satu, semasa berjalan pulang selepas mengajar anak murid kawad, tiba-tiba kaki terperosok masuk ke dalam celahan batang besi longkang. Longkang tu sudah ada batang-batang besi penahan untuk mengelakkan manusia terjatuh longkang. Entah macam mana kaki aku boleh muat kat celahan longkang tu! Sakit wei! Luka betis dibuatnya.
Emak kata, aku ni macam-macam. Jalan laju-laju. Lepas tu jatuh tangga lah, masuk longkah lah!
Ala, sori lah Emak. Hehe. o_O
21 comments
ni mesti kaki Miss Dill kecik sgt ni sbb tu muat masuk dalam longkang tu.
hehehe~ lain kali hati2 yah. ^_^
aaaaaaaaaa!!! hehe. thanks shikio dear :)
ni mesti pikir seseorg ni time bjalan... hehe
a'ah. ingat kat sham la. :)
ha. imagine ler lagi
hehe. masih berlaku hingga saat ini
jgn terlalu berfikiran -ve..amalkn berfikiran +ve.insyaAllah..apa pun situasi,dill dpt atasi. :)
tgh cuba, abang stalker. tapi mcm2 dlm pale otak ni ha
hahaha...sama2.....sama dgn mina....
tu mina kerap jatuh tangga..hahaha...
hihi. asik same ngan mina jek :)
ish ish ish Miss Dill ni, ada ke bayang perkara buruk. Kalo Miz tak sanggup sebab takut masuk dalam mimpi, huhuhu
eheh. nak wat cane. jadi sendiri
lain kali aty2 oo !
hahaha
oowhh gitu pulok.... len kali berhati hati yer ;)
@nelly: baek :)
@miz novexx: insyaallah :)
emm 2 la byk berfikir sgt 2....
eheh. ye la kot. tu sampai jatuh tangga~
dill..dill..haha
hati2 yer dear len kali...
hehe. baek :)
he he sediakan payung sebelum hujan lah ni ye...last last kena hujan gak...tak leh nak buat pape la...he he he.... lain kali try buat dek je jgn pkir macam macam.... kang jd betul betul lak...he he he
baeklah Mr Iz. akan cube sedaye upaye :)