Thursday, April 21, 2011

aprisiasi buat Cik Sal Keropi

Aku ingin bercerita tentang salah seorang sahabat comel aku tika di Taman Ilmu dan Budi.

Cik Sal Keropi panggilan seni
punya blog tersendiri
katak hijau keropi pilihan hati
usah malu terjah sini


tuan punya belog
cik sal keropi

Aku tidak ingat secara terperinci bagaimana kita mula berkenalan. Seingat aku, kita kenal melalui Clavriene. Hehe. Maaf. Stor ingatan aku sudah semakin kronik. 

Kami belajar dalam jurusan yang sama. Alhamdulillah, masing-masing berjaya menamatkan pembelajaran tanpa masalah. Cik Sal Keropi, kita jarang berada dalam satu kelas yang sama kan? Kadang-kadang je terserempak. Kebetulan. Hehe.

Cik Sal Keropi adalah seorang yang kemas. Pernah datang melawat biliknya satu ketika dahulu, fuh! tersusun segala barang. Nak dibandingkan dengan bilik aku, jauh sekali perbezaannya. Jurang perbezaan yang ketara. Hey!  Bilik aku pun kemas okei. Cuma tak sekemas Cik Sal Keropi.

Kamu semua tertanya-tanya tak kenapa ada keropi? Keropi itu adalah seekor katak berwarna hijau yang perasan dia comel! Hehe! 

si keropi
Ha! Nampak tu? Itulah Keropi. Cik Sal ni penggemar si katak hijau ini. Kalau aku kata fanatik, seperti melampau pula bunyinya. Kira, peminat tegar lah! Kalau ada sesiapa yang baik hati mahu menghadiahkan keropi kepada Cik Sal, sila hubungi beliau. Hehe!

Cik Sal Keropi ni rajin tulis diari. Dari darjah enam tu! Terjun ke dunia belog pada tahun lepas. Cik Sal Keropi ni boleh dikatakan sentimental jugak orangnya. Jika dibandingkan dengan aku ni, kadang-kadang emotionless. Ahaks! Aku rasa, mesti Cik Sal senyum je bila baca balik segala penulisan tika kanak-kanak. Mengimbau kenangan lalu kan?

Okei. Rasanya sudah panjang membebel. Cik Sal, ini entri khas untuk kamu. 

p/s: kita sentiasa muda remaja. hihi
p/s: pernah tulis entri untuk Cik Sal di sini.

13 comments

April 22, 2011 at 12:19 AM

wah betul nye sentimental tu ...he he he kalau dah start tulis diari dari darjah 6...he he he.... sapa jd laki cik sal ni kira beruntung la ...he he he sentiasa kemas je...rumah...he he he

April 22, 2011 at 1:21 AM

so kalau tulih macam nih bukan lah kritik namanya tapi sebenarnya lebih kepada rasa pernyataan tentang satu perhubungan atau salam perkenalan.kira boleh jugak lah dimasukan sebagai review @ promote.

nice

April 22, 2011 at 4:43 AM

hehehe..apik dulu pon seorang yg kemas..tapi skarng........

April 22, 2011 at 6:23 AM

@mr iz: yah! mmg betul!

@ghost: ye? saye kurang pengetahuan dalam bab2 gini. time kasih

@apik: skarang lagi kemas, ye tak? hihi

April 22, 2011 at 8:24 AM

keroppi comel ape.
suka2 jugak...

April 22, 2011 at 11:25 AM

sentimental ye...hehehe....pengemas tu..nnti mina terjah okei..hehehe

April 22, 2011 at 1:19 PM

@iema: mmg comel!

@mina: :)

April 22, 2011 at 2:32 PM

wahhh..entry khas untuk sahabat..kompom malam ni dia belanja pizza..hehe

April 22, 2011 at 2:36 PM

ape kate khalis belanje saye? hihi

April 22, 2011 at 7:31 PM

tulis diari itu bagus sebenarnya kalau disimpan baik-baik. :)

April 22, 2011 at 8:03 PM

btol. setuju!

April 22, 2011 at 10:05 PM

Mr Iz: haha..setakat rumah kemas belom tentu beruntung lagi sapa2 yg bakal jadi suami..byk lagi kekurangan lain..huhu

Mykhalis :tu la..bukan senang nak jumpa sahabat mcm cik dilla ni.. ^^

Cik Dilla : Million & trillion thanx cik dilla! sgt terharu..segan je..sy punya blog x seberapa, IT pun x berapa nak terrer..sekadar suka2..jgn jemu bg tunjuk ajar ye ;)

April 22, 2011 at 10:08 PM

cik sal: hihi. no problemo. saye pun bukannye pandai sangat bab IT ni. kalau nak merepek meraban kat blog bleh la. haha!

Post a Comment